Yaaa...saya kembali. Menghuru-harakan blog ini dengan cerita yang tidak berfaedah. Lately, sgt tiada mood untuk update blog sbb cerita semua dah basi. Time fresh, takde mood pulak nk menaip plus kekangan waktu :p.
Dua minggu lepas, bercuti ke KK dengan Nany. Berlepas pergi dengan Chan, Hamid dan Haizan sekali. Tapi aku dengan Nany jer yang bercuti. Jejaka bertiga neh pergi sana sebab ader Borneo Marathon.
Hari pertama
Smpi KK tengahari. Lebih kurang pukul 2 kot. Sampai terus check-in dan berehat2. Kitorang duduk kat Api-Api Centre. Mmg best dok kat situ sbb mmg dalam pekan...so sgt mudah nk ke mana-mana. Petang tuh keluar makan sambil berjalan-jalan disekitar KK berdasarkan map yang diprint out :p . Jalan punya jalan nampak CentrePoint. So kita lepak kejap kat CentrePoint, cuci mata. Kebetulan masa jalan dalam CentrePoint tuh, nampak kaunter offer pakej nak pergi ker Kinabalu Park. So kitorang decide amek pakej tuh jer sbb sblom tuh dah tanyer pakcik teksi, berapa charge nak ker sana. So kira-kira macam amik pakej lebih berbaloi. Jadi terus zassss.....sedekah duit kat kaunter tuh. Kemudian keluar nak jalan keluar plak dan tgk2 terus sampai ke Filipino Market. Haha. Tererkan?? First day dah sampai sini :D.
Jadi acara di Filipino Market pada hari pertama adalah acara survey harga. Tahan dulu perasaan mahu membeli. Pastuh ader macam pasar malam pulak kat area Filipino market tuh, jadi jalan-jalan sambil membeli buah-buahan. Motif kan?? Pergi KK nak beli buah, macam kat sini takder. Hehe. Punya banyak buah kitorang beli, Tembikai separuh biji, betik, buah terap, pisang dgn jambu batu. Tak agak-agak borong :p. Nani first day dah beli cengkerang2 untuk akurium rumah dia. Haha. Agak-agak dah maghrib, kitorang pun pulang ke hotel.
Hari Kedua
Hari ni acara ikut pakej yang aku telah sedekahkan semalam iaitu ke Kinabalu Park dan Poring Hotspring. Pukul 8.30 bertolak dari KK. Ader 5 orang kesemuanya dalam rombongan ini. Destinasi pertama adalah Kinabalu Park. Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam. Biasa la...kat sini adelah tempat nk tgk Gunung Kinabalu dengan lebih dekat. Pehhhh....mmg heaven tgk gunung tuh. Walopon aku dah serik nak daki gunung, tapi bila tgk Gunung Kinabalu dengan puncaknyer tuh, mmg berazam untuk mendaki gunung neh suatu hari nnti. Wahhhh....berangan tak bleh blah :p.
Kemudian selesai acara kat Kinabalu park, destinasi seterusnya adalah Poring Hotspring. Sejam perjalanan dari Kinabalu Park. Masuk jer Hotspring neh, kitorang mulakan dengan CanopyWalk. Masuk CanopyWalk kene charge RM5 untuk sebijik kamera. Choiii. Jalan habis Canopywalk, kitorang decide pergi tgk air terjun kecik dalam tuh. Kene jalan kaki 15 minit untuk sampai air terjun tuh. Tapi tak berbaloi pun berjalan sebab tak cantek mana pun. Choii. So terus lah kitorang ke air panas. Amik private room, RM15 per room/per hour. Lepak sejam dalam tuh. Kemudian barulah aktiviti makan-makan di restoran cina yang kitorang macam..... tawakal ajerlah.
Kemudian barulah pulang. On the way balik, tidolah setelah penat trekking dan mandi air panas bagai. Tapi pastuh bangun tak samapi-sampai lagi. Bontot dah sakit dah dok dalam van lama-lama. Bosan punyer pasal, aku dengan Nani main cari the latest no plet kenderaan. Haha. Mmg tak boleh blah.
Malam tuh, chan & the gang ajak aku ngan Nani makan seafood masa kitorang berdua on teh way ker Psr Malam Sinsuran. Tgh nak cari Chan, tiba-tiba pulekk ribut weh. Takut gak aku. Orang kedai pasar malam tuh siap pegang tiang khemah sbb keadaan angin luar biasa dan kemudian disertai dengan hujan. Huhu. takut-takut pun, aktiviti makan seafood di tepi laut tetap diteruskan juga. Kitorang makan kat Likas Highway Centre (aku taktau pun nama tmpt mkn ni, tp aku tgk blog nany update tulis nama neh :p).
Selepas acara makan-makan, acara buang masa. Sajer berjalan masuk dalam UMS. Diorang tgh konvokesyen, so ader la macam pesta konvo. Pastuh jalan ke Jesselton Point lak....iaitu jeti kat KK neh. Dapat la brochure menarik untuk aktiviti keesokan harinya. Lepas tuh kitorang pun pulang.
Baru hari kedua. Ader hari ketiga, keempat kelima lagi. Giler lahh. Esok2 la aku sambung. Haha.
MENGAPA SERANGAN GOUT BERULANG?
3 days ago
5 comments:
nasib baik ribut ko kat tanah besar... kalau ko kat pulau mesti lagi adventure... tak pun dalam bot menuju pulang tanah besar... ehehehhe :P
Itu Dia..
Negeriku Bah tue..
hehehehe
P/s: Gunung Kinabalu sangat best bagi "Gadis Besi" macam ko :P
bestnye hang som..berjalan xhengat yer..
hahah cepat2 laa smbg cite hari ke3, 4 dan 5..nanti jadi telur tembelang pulak nnt.
Zam - choiii...tak hagak2. Kalo ribut time kitorg kat jeti..harus la tak peli snorkel
MissG - Ya ya....negerimu bahhh :p
Umi Syikin - Orang bujang berjalan jer la...orang dah kawen honeymoon :p
Nany - haha...aku sampai tak ingat aper aktiviti kat sana...kene bukak blog ko nak refresh :p
Post a Comment