Wednesday, February 24, 2010

Thanks friend ;)

Alhamdulillah. Hari ni genaplah aku 23 thn aku berjaya mengharungi pancaroba kehidupan ini dengan izin Allah. Jadi disini aku nk berterima kasih kepada kawan-kawan diatas ucapan selamat dan doa korang pada hari lahir aku hari ni.  Tak kisah la melalui sms ker, FB ker, email ker....atau direct sound :p. Terharu sangat rasanya u'olls. Hik hik. Juga tak lupa kepada Celcom, Lina Jobstreet dan Kurnia Insurance yang juga tak lupa birthday aku tiap tahun. Hahaha.

Yang bagi aku hadiah....(ader ker??).... terima kasih juga. Aku tak mengharap pon sebab aku jarang terima hadiah. Cabutan bertuah pun tak penah nak dapat. Kesiankan? :p. Hadiah yang paling aku nak sekali dari korang adalah doa dalam lewat solat korang semoga aku sentiasa dipjgkan umur, dimurahkan rezeki dengan rezeki yang halal serta kerberkatan hidup dunia dan akhirat. Amin.


Tahun neh hadiah paling best adalah seperti dalam gambar dibawah ini :D. 


Huhuhu...sungguh terharu rasanya. Walaupun terpaksa layan sorang-sorang sbb sahabat aku tuh jauhhhhhhh nun disana, tapi aku akan tgk bagi pihak dia. Hehehe. Kepada "you know who you are"....orang cakap....orang berbudi, kita berbahasa. So selepas "you know who you are" berbudi dgn bagi hadiah ini pada aku, aku rasa harus aku berbahasa dengan "you know who you are". Jadi...terimalah ucapan terima kasih banyak-banyak ini. 


Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak. 

Cukup banyak tak?? Cukuplah yerk...kalau tak cukup, roger aku. Nnti aku buat entry khas :p.  Juga terima kasih kepada unit RND yang tiap tahun bagi kad dan kek :D. Sweetkannnn??? Hihihi. Terima kasih daun keladi, tahun depan nak lagi dan lagi :D.


 




Thursday, February 18, 2010

Kong Hey Kong Hey!!

Cuti CNY yang panjang, aku amik sehari untuk join Syikin dan rakan-rakan atas anjuran Kema (adik Syikin) join buat water rafting kat Gopeng. Kebetulan aku balik Ipoh, so boleh la join sekali. Ini adalah percubaan pertama untuk try water rafting bagi aku. Budak-budak lain yang join, ramai yang dah pernah try.

Hari Sabtu, pukul 8. Syikin jemput aku kat rumah. Kemudian ke Simpang Pulai amik Dini dan terus ke Gopeng. Sampai pekan Gopeng, tunggu angkatan rakan-rakan yang lain yang terdiri daripada Kema dan rakan-rakan.

Pastuh tunggu brader yang akan jadi guide kitorang untuk tunjukkan jalan nak ke tmpt parking kereta yang sesuai. So kitorang ikot brader tuh, Amy; terus ker Kem Murni untuk park kereta. Dari situ kitorang naik 4x4 brader tuh nak ker hulu sungai untuk memulakan water rafting.

 
Poyo forever!


Sampai ajer amik la peralatan yang disediakan dan ada sedikit penerangan. Time ni dada aku berdebar-debar jugak. Almaklumlah....first time katakan.

'Forward!' 'Backward!' 'On the job!', 'Hold on!','BomBom!'

Pastuh turunkan bot dan terus naik bot. Debar dah kurang. Tapi rasa syiok pulak sbb kene air. Haha. Start ajer dah ader jeram yang kire mencabar jugak. Double pulak tuh. Bila dah lepas jeram tuh......eh....tak la takot pon. Syiok jer. Seronok lagi ada la. Ramai jugak yang buat water rafting arituh. So kene tunggu satu-satu boat nak lepas jeram.

Yang tak bestnyer....silap perhitungan. Pergi time musim panas....air memang cetek. So tak berapa nk mencabar minda sgt. Tersangkut ngan batu jer banyak. Overall mengambil masa dalam 3 jam jugak rasanya. Hanya ada 2 3 jeram jer mencabar....yang lain-lain kurang mencabar. Standard lah sbb Sungai Kampar ni untuk beginners and intermediate.

Samapai Kem Murni, lepak dan solat. Kemudian terus ke Gua Tempurung untuk aktiviti seterusnya. Sampai gua tempurung, kita makan dulu. Lapo wehhh berendam. Makanan makcik kedai tuh mmg sedap jugak. Pastuh terus buat aktivit caving. Aktiviti neh just melawat ajer sampai tower tertinggi dalam gua tuh. Bukan pakej adventure. Kalau pakej adventure mmg mencabar gak ikot kata Syikin yang pernah join. So kali ini aktiviti leisure jer. Masing-masing pun dah penat. Tapi mmg menakjubkan tgk ciptaaan Tuhan. Hebat!!

 
Tak nampak? Sila suluh dengan torchlight :D


Ini second time aku masuk gua. First time aku masuk gua tokong mana ntah. Zaman sekolah rendah. Ada rombongan g tokong :p. Dalam tuh ada patung Budha besarrrrrrrr gila. Time tuh terpikir cemana diorang bina patung besar tuh dalam gua!



Habis tuh...pulanglah kami ker rumah masing-masing. Mengantuk dan penat dan rasa nak cepat-cepat mandi :p. Sbb kitorang pakai baju basah masa main water rafting tuh. Tak tukar baju bersih sbb ingatkan masuk gua kene kotor2.



Kalau ada next time, nak cuba water rafting kat tmpt yg mencabar pulak. Kat hulu selangor atau tunggu time hujan :P dan juga nak explore gua tempurung dengan pakej adventure pulak.



p/s : Package included white water raftin, caving, lunch+tea for RM170 nett.

Friday, February 12, 2010

Clumsy Day

Hari ni hari Jumaat.
Jalan clear jer pagi tadi.
Aku sampai awal walaupun menyinggah isi petrol dan pegi bank.
Tapi sesampai ajer aku kat ofis, baru aku sedar henpon tertinggal kat rumah.
Maknanyer aku kene balik semula ke rumah sbb petang ni nak balik terus ke Ipoh.
Ok, takper.
Cek email dulu.
Wohh....ader kerja kene dibereskan.
Tapi g breakfast dulu :p.
Balik dari breakfast, settle kan kerja.
Settle kerja...kunun buat research sikit untuk memudahkan kerja.
Tapi research macam tak jalan sangat sebab aku tak paham.
So kita bukak facebook.
Layan komen dan message kat facebook.
Dah pukul 1.
Aku pun gigih keluar nak balik rumah ambil henpon.
Di sini bermulalah ketensi-nan gua.
Jalan jem tak hengat.
Pukul 1.20 aku stuck kat bulatan pahang lagi.
Ok takper...amalkan konsep sabar.
Dalam perjalanan aku dah plan baekkk punyer.
Nak singgah kat kedai makcik yg banyak lauk tuh, dan nak lepak kat rumah.
Dalam pukul 2.30...baru balik ofis.
Setibanya aku lagi 5 minit jarak nak sampai rumah, baru aku teringat.
Kunci rumah aku tak bawak!!!
Macam mana nk masuk rumah??
Time neh aku mengamalkan konsep redha.
Aku teruskan perjalanan, singgah kedai makcik byk lauk dan berharap housemate aku ada kt rumah.
(Sorang daripada housemate aku cuti hari ini).
Sampai kt rumah tgk kereta dia takder.
Dem....sah dia dah balik kg.
Huk huk huk.
AKu pun patah balik ke ofis.
Ajaibnyer, time aku patah balik ker ofis, jalan clear!
Syukur alhamdulillah.
Sampai ofis, aku terus amik kunci dan keluar semula.
Terus menuju ke rumah.
Sampai rumah terus amik henpon.
Kemudian keluar balik terus menuju ke ofis semula.
Otw balik ofis, jalan mulai macam siput.
Takper....sabarrrrrrr.
Kemudian sampailah aku ke ofis.
Park kereta, terus keluar.
Dan aku jalan dengan penuh konfiden.
Kemudian baru terperasan sesuatuh.
Aku pakai selipar!!
Dem....patah balik ke kereta dan tuka kepada kasut emas aku :p.
Haihhhh....sekian.


Neh aku baru nak makan....huk huk

Wednesday, February 10, 2010

Lari Malam

Ahahh.....sabtu lepas aku join acara Putrajaya Night Run. Ni firstime masuk acara larian malam-malam. Masuk kategori 7.7km jer.

Pukul 6.30ptg gerak ker Putrajaya. Dalam pukul 7 sampai dah kat sana. Tgh cari parking, Si Nani baru teringat dia lupa bawak Livita. Untuk pengetahuan semua, Livita adalah minuman wajib Nani kalau berlari. Kira Livita tuh umpama steroid bagi dia....hahaha. Aku? Aku takder rahsia kekuatan(kuat ker???) pun sbb aku malas nak pegang apa-apa kalau lari.

Jadi pergi la kami cari kedai pulak kat Putrajaya tuh. Susah betul nak cari kedai kat sini. taktau la kat precint berapa tah.....baru jumpa ada kedai mamak. Nasib baik mamak tuh ader jual Livita. Aku cadangkan 7E explore kawasan Putrajaya ni :p.

Lepas tuh kembali la kami ke kawasan Precint 3 dan terus cari parking. Pastuh terus gegas-gegas solat kat Masjid Besi yang baru tuh. Dekat jer. Best jugak masjid neh....sebab open air. Lanskap mmg menariklah waktu malam. Kematz and the gang boleh buat photoshoot kat sini nnti....haha. Tapi tempat ambik wudhu harus lah jauh. Soalan Trivia! Kenapa masjid2 kat Putrajaya tmpt amik wudhu dia jauh?? Tapi nasib baik ada escelator nak naik ker tmpt solat. Cuma nak cari tmpt letak selipar masa masuk tadi boleh bikin sesat. Huhu. Pastuh boleh pulak terjumpa kakak sepupu aku kat dalam masjid tuh. Sembang-sembang kejap pastuh terus chabut.

Time berjalan nak ker tmpt mula ni, dah dgr bunyi tembakan menandakan acara 42km dah mula. Sampai kat tmpt mula, acara 21km dah mula siap sedia nak berlepas. Ramai gile join acara ni. Yang 42km pun ramai, yang 21km pun ramai apatah lagi yang 7.7km!

Ada 2000 orang yg masuk acara 7.7km. Giler ramai okeh. Ingatkan tak ramai sebab ader acara 42km ngan 21km...tapi tgk-tgk lebih ramai dari biasa. Harapan nak dapat medal punah serta merta. Hahahaha. Giler penat larian kali ni. Mungkin sebab lari malam kot, atau sbb aku pening lari malam byk sgt lampu (aku rabun silau)....atau sbb mee rebus mak Nani yang aku bedal sebelum g Putrajaya......hahahah.

Ini baru masuk 7.7km dan pancit giler. Tapi kagum aku dengan budak-budak gunung ARC. Ada yang 42km...ada yang masuk 21km. Giler tak?? Mmg giler. Acara 21km derang bleh habis dalam masa 2 jam ajer. Hebat tak hebat diorng ni. Patut la masa naik turun gunung dengan beg ebrat tuh diorang bleh berlari-lari ajer. Kagumlah! Aku plak tamatkan larian dalam masa sejam lima minit jugak. Giler takder stamina. Banyak berjalan daripada berlari. Huhu.

Takperla...kira ini warm up untuk larian Hari KL minggu depan. Tapi minggu neh....kita bergembira dulu. Walaupun aku jeles Nani pergi Endau Rompin.....tapi aku redha jer. Aku pun akan bergembira balik kampung dan sambut CNY dengan aktiviti water rafting and caving. Yeehaaaaaaaaaaaaa :D



***


Opss....lupa nak bagitau. Hari Ahad bersambung pulak dengan aktiviti bermain futsal. Gigih giler kan? Tapi aktiviti futsal neh lebih kepada aktivity seronok-seronok. Macam biasa gaya main mmg marveles, tapi bola ntah kemana. Hehe. Snappy snappy lebih dari main bola. Haha. Tapi serius letihss gilerss. Dah la 9 orang jer yang join. Jenuh gak nak habiskan sejam. Kaki dah kejung-kejung. Siap perut pun kejung  :p.

 
Suka gbr ni sebab very the Gol n Gincu :P

Monday, February 8, 2010

Karma

Orang puteh cakap, what u gives u get back. Aku rasa ada sesuatuh yang aku pernah cakap dulu....sekarang dah kene kat aku balik.

Dulu, masa sekolah aku ada kawan nama Zack (dia perempuan okeh). I used to called her 'Kak Bun' sebab pipi dia licin dan gebu macam bun kacang aku beli kat kantin sekolah.Pernah jugak panggil dia si pipi pau.

Sekarang ni, aku rasa benda neh dah balik kat aku. Pipi aku semakin naik pulak....macam di letak serbuk penaik. Huk huk. Aper nak buat ni??!

Friday, February 5, 2010

Berkelah

Last week aku g ikot Nany exploring air terjun Berkelah dan terus camping kat sana. Sebutan 'ke' tuh macam sebut ikan keli. Bukan sebutan macam picnic. Berkelah ni dekat Pahang. Area Maran. Sebelum neh aku ingatkan Maran kat Terengganu. Rupanya yang dekat Terengganu tuh namanya Marang.


Aktiviti ni sebenarnya adalah aktiviti reunion budak sekolah Nany. Aku sajer la menyempil macam biasa. Buat-buat macam dah lama kenal :p. So jumaat lepas, pukul 10.30 macam tuh kawan Nany, Amir jemput aku kat rumah dan terus menuju ker Petronas Gombak yang dekat MRR2 tuh. Janji dengan yang lain pukul 11 jumpa kat situ tapi macam biasalaaa...orang yang paling cepat dah tentu2 la kitorang ajer. Yang lain belom sampai. So lepak dulu kat Burger King tanpa order apa-apa :D.

Dalam pukul 12.30 kot. kitorang terus gerak dan berhenti kejap kat Hentian Genting Sempah. Kat sini aku tak berapa paham sbb kenapa nak berhenti. Alasan nya ada yang tak makan lagi. Tapi bila aku pikir balik, kenapa tak makan kat Petronas tadi jer? Dah la jaraknyer tak jauh pun ...setengah jam ajer. Ok takper...abaikan :P.


Lepas makan-makan kat Genting Sempah tuh....teruskan perjalanan. Kemudian berhenti lagi kat Temerloh. Kat sini saje jer kot berhenti, driver nak rehat-rehat. Aku pun cam mamai-mamai jer sbb aku tido jer sepanjang perjalanan :p. Nany jer la yang temankan Amir berborak. Lepas tu teruskan perjalanan lagi terus ker masjid kg gelugor, tmpt kitorang akan park kereta. So sampai ajer, mula la berkemas-kemas untuk amik pack ration masing-masing dan sumbat dalam bag.

Pukul 7 lebih kurang, Lori pun sampai. So beramai-ramailah kami naik lori persis seperti PATI. Tapi best woo. Mana nak dapat experience naik lori :p. pukul 7.25 camtuh kami mulakan trekking. Memula trekking senang jer sbb still ader simen. Lepas tuh masuk hutan sikit. Time kat hutan neh penat jugak la untuk orang yang takder stamina macam aku. Pastuh baru le menyusur sungai, lalu dekat atas batu-batu sungai. Mmg best giler. Jalan tak rasa letih sangat sebab banyak waterfall yang cantik-cantik. Kejap-kejap amik gambar. Lebih kurang 3 jam perjalanan, baru la kitorang sampai camp site. Camp site kitorang antara kolam ke-6 dengan kolam ke-7. Semuanya ada 7 kolam.


Sampai ajer pasang la khemah bagai. Nak amsak pun awal lagi sbb baru pukul 11. So aku pun tuka uniform dan terus terjun tiruk (tipu- mana kan ku mampu untuk terjun tiruk). Pehh.....memang heaven ok. Mmg sangat dalam.....kawasan cetek sikit sgt. Seb baik aku dengan Nany bawak life jacket. So boleh berendam sesuka hati kami. Orang lain jeles jer tgk kitorang :p.

Pas mandi aper lagi, naik dan terus tolong-tolong masak. Masak ayam merah kot tghari tuh. tak berapa nak ingat. Pas makan, terus masuk khemah dan tido. Huahuahua. Penat dol berjalan 3 jam pastuh main-main air pulak. So harus la ketiduran semuanya. pukul 5 lebih camtuh, bangun solat. Pastuh taktau nk buat apa dah. Masuk khemah, pejam mata. Eh eh...tertidur lagi pulak :p. Sakit2 kepala jugak terlebih tido ni. So bangun la buat cekodok ngan Nany. Pas buat cekodok, makan-makan pastuh terjun tiruk lagi.


Malam, ader barbeque. Berhempas pulas la kami jaga unggun api. Dah la lidi lupa bawak, so kene la cucuk ayam-ayam dah potong kecik-kecik tuh kat ranting-ranting kayu. Mmg survival :p. Lepas tuh rasakan....aku sakit pinggang sebab mengcangkung cucuk ayam dan jaga api. Lepas makan terus masuk khemah sebab nak tegakkan pinggang. Bila dah masuk khemah, paham-paham jer la. Harus terlelap. Tapi kat sini malam pun panas. Takder angin langsung.

Pastuh bgn kejap pegi turun kat sungai malam tuh nak membuang yang patut dan gosok gigi bagai. Malam tuh bulan terang. Pakai torch light nk tgk jalan jer. Kalau tutup torch light pun masih boleh nampak orang kantoi buang air. Opsss...sape ek?? Hahahaha.


Next day, bgn subuh dan terus pergi naik kolam 7. Nak amik gambar. Pehhhhhhh....lagi la heaven tgk kat sini. Air terjun dia tinggi giler.....pastuh kolam pun dalam. Mmg cantik gilerrrrrrrrrrrrr. Lepas snappy-snappy, turun then buat breakfast. Lepas breakfast barula terjun tiruk lagi. Tapi kali ni terjun tiruk kat kolam 7. Aku ngan Nany orang pertama terjun dalam kolam tuh pukul 9 pagi. Orang lain semua lepak kat batu-batu jer...takut sejuk. Mmg sejuk pun. Tapi mmg best woooooo. Layan la mandi situ sambil beramah mesra ngan orang-orang dari group lain.

 
Ni air kat bawah...tak teringin pun aku nk main-main...huhu

Pas mandi-mandi harusla penat. So bersiap-siap kemas beg bagai dan terus lelapkan mata sekejap sambil cubaan untuk escape dari kene masak lagi. Hahaha. Dan sudah tentu la kami berjaya. Bangun-bangun.....derang suruh berkemas. Kitorang pun kemas apa yang patut sbb barang sendiri dah siap kemas sambil yang lain masak untuk lunch. After lunch, budak-budak lain amik2 gambar...kitorang pulak duduk jer sambil beramah mesra lagi dengan group lain yang baru sampai dan nk tunggu kitorang blah sbb nk amik tmpt kitorang tuh. Pukul 2 aku ngan Nany dah jalan balik. Budak-budak lain taktau kenapa lambat sangat tak siap-siap. So kitorang jalan dulu dengan sorang abg trekker. Sampai bawah setengah jam awal dari budak-budak lain. Kire kitorang turun amik masa sejam suku.

Pastuh tunggu lori lagi.....balik semula ke Masjid dan bersihkan diri kat Masjid tuh. Then terus pulang ke KL. Walaupun aku join orang yang aku tak kenal...tapi serius camping neh best giler. Tempat yang sangat best. Hasilnya, muka aku gatal-gatal dan kulit semakin sama kaler dengan Naomi Campbell. Syabas!!

Thursday, February 4, 2010

Pedoman bersama

Berikut aku kongsikan ngan korang posting Ustaz Asri dalam FB beliau :D. 

Steps to be closer to Allah

1. Start off each day with thanking Allah for waking up in good shape.

2. Put Allah first in your life.

3. Broaden your horizons – learn 5 new verses from the Quran every day, pray in the mosque to brighten your day,take up a booklet having supplications and read them.

4. Pray Salaat Al-dhuhaa (after sunrise).

5. If someone says something mean ;to you, just shrug it off and dismiss it in a friendly, laidback manner, and pray that Allah shall forgive them.

6. When you get angry, remember Allah, and how short and worthless life is to waste in being Angry.

7. Remember that you can never have too many friends, but you can have few quality friends that help you fulfill the purpose of your creation (i.e. live for Allah).

8. When you’re happy, try to share your happiness with others. Thank Allah for that, and pray its continuation.

9. When something bad or embarrassing happens to you, just think that it could always be worse, remember the reward of patience, and thank Allah that it’s not worse than it is.

10. Do something extra of goodness once in a while, like feeding a poor person, or caressing an orphan’s head.

11. Never stop believing that you can win Allah’s love and thus work For it. Then you can win the love of Allah’s slaves.

12. Spend some time thinking of Allah’s amazing creation.

13. Always love those who love Allah unconditionally. This way you will ensure that you live for Him, love for Him, and hate for Him (those who are enemies of Him).

14. Find the righteous ways to express yourself, and if you think that what you are about to say shall cause no benefit, maintain silence (this is tough!!).

15. Every now and then, give yourself a break. Play sports, give time to your family, friends, but always remember Allah and watch that He is watching you.

16. Pray for blessing to come to those being lost, and pray to Allah to guide them to the right path.

17. Hug your parents, kiss their hands and heads and always obey but stop at Allah’s orders.

18. Smile to everyone, for your smile makes a big difference to him or her and you are rewarded.

19. Forgive, forget and smile.

20. Tears are not for women only… tears are for all human beings with feelings remaining in them. Don’t restrain your tears when remembering Allah.

21. When people criticize your actions and effort, revise your actions and see if they please Allah or no. If they do; then ignore and remember how the Prophet (SAW) and the Sahaba were criticized, made fun of and even physically harmed, so have patience.

22. Read the Quran daily and try to have a schedule for completing it as much as you could. As you open the Quran daily, read with observing not just passing your eyes through the words.

23. Don’t let popularity go to your head, for it never lasts and you may lose from it more than gain.

24. Never look down on anybody, for, to Allah, they may be better than you.
 
 

Blog Template by YummyLolly.com