Dia yang pertama wujud time aku kat matriks. Hihi...time neh tgh trend. Memula beli simcard Hotlink harga rm234. Gila betul bila fikir balik sekarang ni. Mahal nak mamp. Sekarang henfon rm69.90 pun dah boleh beli. Cemana aku leh decide nak beli time tuh tah la. Pastuh dia yang pertama iaitu henfon pertama aku ialah Alcatel One Touch Easy db.
Yer....sebijik seperti gambar diatas. Si kaler biru. Hihihi.....henfon ni aku suka sangat sebab sgtlah comel. Design comel, ringtone pun comel sangatttttt!!! Dah la bentuk demuk2 debab. Rasanya beli henfon ni seratus lebih jer kot. Yer ker ek. Tak ingat laa.....sbb rasanya henfon ni di sponsor oleh kakak aku :p. Tapi time tuh henfon ni tak intrend sangat la. Time tuh orang dah pakai 3210. Kalau advance lagi dah pakai nokia 3310 tu :p. Tapi serius rindu ngan Alcatel ni.
Lepas tu, time kat u, orang lain semua dah henfon canggih-manggih. So nafsu dunia dalam jiwa pun meronta2 nak jugak tukar henfon. So masa first year pegi mid valley, survey henfon 3310 kat VV group dalam mid valley tu. Jadi selamatlah berapa ratus ringgit tah untuk beli Nokia 3310 seperti di bawah.
Then masa second year, henfon ni hilang masa tgh exam. Letak dalam beg kat luar bangunan peperikasaan, Habis exam tgk beg dah takder. Aku syak pengawas peperiksaan. Tapi dah benda nak jadi. Aku pasrah. Oleh kerana kekangan kewangan diketika itu. Aku telah men-down grade kan henfon kepada Nokia 3210. Yer.....henfon yang berat giler baling kat hanjing pun leh mati. Henfon ni amik kakak aku punya jer selepas dia dah tukar henfon baru. Aku suka henfon ni sbb henfon ni macam menjaga anak lelaki. Hihihi....tahan lasak. Jatuh beratus kali pun steady jer :). Henfon 3210 ni pakai sampai grad kot. Rasanya lah. Hebat jugak kan aku...bleh bertahan dengan outdated punya henfon dikala orang lain dah pakai henfon cangih manggih :p.
Pastuh dah keje beli la henfon lain. Beli Nokia 5200 jer pun. Taklah canggih mana. Henfon guna dr bulan 5 tahun 2007 sampai la awal tahun lepas. Empat tahun beb henfon ni bertahan. sehingga lah kejadian malang/lucu berlaku sampai terjatuh dan sekaligus rosak.Oh...sadis.
Selepas 5200 ni rosak, terpaksa la aku membeli henfon lain. Survey punya survey ....aku angkat E72. Dalam hati nak layan N97....tapi kewangan tidak mengizinkan. Jadinya E72 jer la yang mamfu.
Henfon ni hanya bersama aku selama setahun sebulan jer kot. Jodoh tak ada. Telah pun kehilangan beliau pada dua minggu lepas setelah dicopet....kot. Ada kot sebab aku sendiri tak pasti mana hilangnya. Tapi sangat yakin hilang di Jusco Wangsamaju. Huhuhu. Kehilangan kali ni sangat2 terasa. Dua tiga hari jugak aku down. Huhu. Yer laa.....henfon ni walaupun tak semahal Iphone atau Blackberry korang....tapi bagi aku sgt bernilai. Henfon ni dah jadi macam personal organizer aku dah. Semua event aku nk pegi....bday sesiapa.....aku dah set dalam henfon. Even account no bank aku dan mak abah serta no ic family pun aku buat note dalam henfon. Itu tak termasuk gambar2 dan video lagi. Pastu yang penting juga applikasi maps dalam henfon ni memang la aku guna betul2 sbb aku bukan mahir sgt jalan KL ni. Dua tiga kali lalu pun kadang2 tak cam lagi :p. Henfon ni juga sebagai peneman aku di kala bosan naik bas/ketapi dr KL ke Ipoh sbb aku layan movie guna henfon ni jugak.
Jadi selepas kehilangan E72, telefon apa pulak aku pakai? Jeng jeng jeng jeng .......
...
...
...
Hahahaha. Yer....currently aku pakai ni la kot. Blehh??? Sebabnya sudah 2 minggu tiada telefon bimbit. Tapi takder la pernah guna lagi public phone ni :p. Hihihi.
p/s : sedang menyusun strategi bagaimana untuk mendapatkan sugar dad yang kayo yang bleh belikan N8 serta menyelesaikan pinjaman PTPTN :p
4 comments:
aku t'salah bg komen sat td...
komen tuk thread ni sila semak kat thread sblom nyer~~
-sekian (^_^;;)-
choiii...btw...jom pza tukar henfon :D
jom!!!!!!!!!!!!
uhuk..uhuk..huk..huk
tggu hakak ada duit lebih sedikit la~~hahahha
Aku pun nak wat entry pasal "Dia"..
P/s: Dia je yang ada n paling setia :)
Post a Comment