Kali ni aku nak membebel pasal taste aku. Haha. Sebab selepas buat review Nur Kasih, aku dapati aku punya masalah untuk meminati suatu karya.
Contoh yang nyata sebelum ni adalah cerita Nur Kasih The Movie-lah yang mana rata-rata mengatakan filem ini menarik. Tapi bagi aku takder yang menarik pun filem ini. Tapi aku nak cakap pasal novel skang ni.
Ada sesiapa pernah baca novel 'Andai itu takdirnya'?? Novel ini sangat popular dan kalau di-google, hampir tiada kot manusia yang cakap novel ni tak best. Jadi sekarang aku nak memecah tradisi dengan mengatakan novel ni TAK BEST. Dangggggg!!!! Mati la aku kene rejam dengan kipas susah nak mati Siti Rosmizah...penulis novel novel tersebut :p.
Buku ni telah dikhabarkan pada aku sangat best oleh adik aku. Kemudian Kematz pun ada cakap novel ni best. Jadi aku terpengaruh untuk membaca novel ni walaupun selepas baca sinopsis di belakang novel tersebut firasat aku mengatakan novel tu tak best. Imajin, dua orang lelaki yang cakap novel ini best. Jadi aku rasa mungkin benar la novel ini best kot. Sedangkan lelaki pun cakap best kannnn. Jadi aku buang jauh firasat aku yang menyatakan novel ni tak best.
Aku baca dari satu helaian ke helaian yang lain. Aku baca dari satu bab ke satu bab yang lain. Baca. Baca. Baca. Hampir suku novel, aku dah gelisah. Mana part yang best ni? Aku tak jumpa lagi. Perlu ker aku sambung baca atau stop jer kat sini? Ok...novel tu tebal la jugak. Jadi bila baca novel yang tebal dan tak jumpa lagi part yang best, ada suatu perasan....nak stop jer. Tak...tak. Aku perlu baca sampai habis. Maybe blom sampai climax cerita lagi. Jadi aku baca lagi...sehelai....sehelai....se-bab.....se-bab. Sampai habis.
Nak tau apa aku rasa selepas habis satu novel tu? Rasa nak terjun bangunan jer. Demmmm. Rasa nak marah semua orang yang pengaruh aku suh baca novel tuh. Sampai ke-helaian terakhir aku rasa.....ape ni??!! Sampai habis aku tak jumpa mana part yang best.
Cerita kahwin-kahwin paksa ni mmg tak taste la bagi aku. Sbb dah terlalu banyak sangat novel pop yang jalan ceritanya sebegini. Cliche. Aku rasa permulaan trend untuk jalan cerita kahwin paksa ni bermula dari novel 'Ombak Rindu' karya Fauziah Ashaari. Sebenarnya sebelum Ombak Rindu ada lagi satu novel Fauziah Ashaari yang temanya kahwin paksa juga bertajuk Pergilah Sepi. Tapi novel ni tak hot sangat macam Ombak Rindu. Novel Ombak Rindu jer la yang aku layan untuk tema kahwin-kahwin paksa ni. Selepas tu kalau ada novelkahwin paksa, aku macam rasa....alahhhh, takder cerita lain ker and end up aku takkan beli atau baca buku tu. Kesinambungan novel Ombak rindu untuk nvel kedua ngan ketiga pun bagi aku dah tak relevan dah jalan ceritanya. Apa pun aku tetap nak tunggu filem Ombak Rindu ni keluar kat pawagam sebab ada Aaron Aziz. Weehoooo!!!!
Bercakap pasal Aaron Aziz pulak, aku rasa kebanyakan hero2 dalam novel pop wataknyer mmg sesuai sgt bagi dekat Aaron Aziz. Kebanyakan watak dalam novel pop dan tema kahwin paksa ni lelakinya harus; hensem giler dan kaya. AA sgt sesuai watak sebegini. Even kalau tak dibuat drama atau filem pun, mmg AA lah yang dibayangkan oleh perempuan2 yang baca novel. *tetiba terfikir, kalau lelaki baca novel macam ni, siapa yang mereka bayangkan?*
Tengok jer lah penangan cerita Nora Elena. Personally bagi aku, jalan ceritanya tak best. Biasa-biasa ajer. Well, tema kahwin paksa lagi. As i said earlier, aku kan mmg dah tak suka jalan cerita kahwin2 paksa ni so memang tak layanlah novel Kasih Yang Suci tu. Tapi sebab aku layan cerita tu hanyalah kerana Aaron Aziz. Kalau ZulHuzaimy yang pegang watak Seth Tan tuh....harus aku layan gitu2 ajer.
Lambakan novel-novel pop dipasaran membuat aku memilih dalam membeli/membaca buku. Perkara pertama aku akan tengok adalah siapakah penulis novel itu. Aku ada beberapa penulis yang aku gemar antaranya, Sharifah Abu Salem, Faisal Tehrani, Salina Ibrahim, Noor Suraya dan bbrapa orang lagi. Tapi skang ni banyak sgt novel pop smpi kadang2 aku tgk penulis kegemaran aku pun dah mula buat cerita-cerita yang kurang menyengat dah. Mungkin ini juga salah satu faktor aku dah kurang membaca sekarang. Atau mungkin ini masalah diri aku sendiri. Huhu.
Ok, aku dah ngantuk. Ape benda tah aku bebel2 ni. Sengal!
Saturday, June 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
"Hmmmm Tue Novel pertama aku yang
meletup sampai bulih bukak syarikat
sendiri ko" Kata Siti Rosmizah sambil
cekak2 pingang.. :P hehehe
missgee: hahhahahhahhaha~LOL!! aku dpt bayang kan plak Siti Rosmizah tu nyer gaya~
sukahati: layan anime & manga lg best..hehe
missGee - hahaha.....yerla2. Aku pun nk tulis novel tema kahwin paksa jugak la.....so that aku leh bukak kompeni sendiri :p
Pza - anime tuh zaman dok ngan ko je la layan....pehtuh malas dah :P
sila layan pulak novel keluaran fixi. novel berbeza abis dari novel pop.
hai eri-chan. thanks sbb singgah...novel dari fixi.....macam ada ternampak smlm di kino....akan cuba untuk tengok dulu :p
lol Kami sempat siapkan artikel lagi pasal novel kahwin paksa ni:
http://squidoo.com/kahwinpaksakontrak
hi jay....just read...nice article....couldnt agree more :)
Post a Comment