Friday, December 2, 2011

Ombak Rindu

Oh oh....selamat menonton filem ini semalam selepas menunggu setelah sekian lama. Overall aku bagi 3 bintang sahaja untuk filem ini. Seperti aku jangka, Maya Karin memang tak sesuai membawa watak Izzah dengan pelat yang beliau ada. Aku pun tak pasti pelat mat salleh atau pelat apa yang ada pada dia tapi yang penting butir bicara skrip beliau mencacatkan watak Izzah seorang gadis kampung. Tambahan pulak dalam filem ini Izzah adalah seorang ustazah yang mengajar mengaji *tiada dlm novel. Lakonan Aaron Aziz pula, biasa-biasa sahaja. Tiada yang menarik lakonan beliau dalam filem ini. KL Gangster masih merupakan lakonan terbaik beliau setakat ini, bagi akulah. Watak Mila Amylia yang dilakonkan oleh Lisa Surihani, bagi aku bolehlahh. Untuk Lisa Surihani yang kita nampak lembut, kira dia berjaya juga nak bawak watak perempuan yang agak garang camtu. Tapi itulah, bagi aku dia sekadar dapat membawa watak emosi tapi tidak pada personaliti. Sbbnya, Mila Amylia adalah seorang model terkenal, penggoda. Lisa Surihani sangat kurus untuk seorang model. Pakai baju seksi pun macam tak ada apa-apa :p. Tak nmpk macam model dan tak nampak gaya penggoda pun. Haihhh...

Dari segi jalan cerita, kalau anda bukan pembaca novel tersebut maka filem ini boleh dikategorikan sebagai best la jugak. Tapi jika anda seorang pembaca novel Ombak Rindu, maka filem ini mungkin akan membuatkan anda sedikit kecewa. Diulang...hanya sedikit. Tapi jangan kecewa kerana kekecewaaan anda semua akan terubat dengan kehenseman Aaron Aziz :D. Terlalu banyak olahan pada jalan cerita yang tidak bersandarkan pada novel. Maka bagi aku jika dilihat filem ini sebagai suatu adaptasi novel, maka filem ini tidaklah berjaya sebagai sebuah filem adaptasi. Tapi jika dilihat dari sudut sebuah filem genre drama-cinta-airmata yang hanya mengambil sedikit jalan cerita didalam novel sebagai rujukan maka filem ini berjaya.

Filem ini juga banyak bergantung kepada soundtrack yang sangat membuai-buai. Ya...soundtrack filem ini sangat sesuai dengan jalan cerita dan jika diperhatikan liriknya juga bersesesuaian. Maka soundtrack filem ini berjaya membawa mood setiap babak.

Keseluruhannnya, adakah aku kecewa?? Rasanya tidak. Tidak sekecewa aku menonton Nur Kasih The Movie. Ya, filem ini masih boleh diberi peluang dan masih boleh berdiri sendiri tanpa bersandarkan pada status 'adaptasi novel'. Adakah anda memerlukan tisu? Err....aku bawak tisu tak guna pun. Hahahaha.....ada la part sedih. Tapi takder la menangis tersedu sedan. Sedih lite-lite sahaja. Tapi boleh la sediakan juga tisu jika anda seorang yang punya hati yang rapuh tak sekeras hati saya ...kot  :p.Tapi Abang Aaron Aziz saya menangis berbakul-bakul dalam filem ini. Jika nk tgk Aaron Aziz mennagis...maka pergilah tonton :p. Tapi ada certain babak dan sekeras2 hati saya tidak pula membawa saya untuk ketawa pada babak yang tak perlu ketawa! Tapi ramai pulak penonton yang ketawa dan ....aku jadi pelik. Serius tak paham apa yang diorang gelakkan. Hmm


p/s : Suatu kenyataan yang perlu anda ketahui. Saya hanya minat Aaron Aziz sebab beliau hensem sahaja. Bukan dari segi lakonan. Bagi saya lakonan Remy Ishak, Zul Huzaimy lebih berkesan. Aaron Aziz?? Biasa-biasa sahaja. Jadi jangan ingat segala tentang Aaron Aziz saya akan puji. Contohnya drama 'Kekasih Awal dan Akhir' di tv9 arahan Aaron Aziz. Drama ini sangat tidak relevan dan rasional dan tah hape-hape. Dan saya tidak akan bagi lakonan Aaron Aziz 5 bintang hanya kerana beliau hensem. Sekian :p

14 comments:

HaZiFah said...

hahahha~ 3bintang aje~~? series?

yg part p/s tu...mmg sgt LOL~~ "Dan saya tidak akan bagi lakonan Aaron Aziz 5 bintang hanya kerana beliau hensem" =p

yer...betul...lg ske tgk lakonan zul huzaimy

sukahati said...

3 bintang tuh dah kira baik la tu :p
aku buat p/s tuh bukan apa...sbb ada org ingat aku kipas susah mati sgt dgn AA smpi semua benda pun aku suka :p...sbnryer minat biasa2 jer...fasha aku tak minat...tapi aku harus akui dia pandai berlakon ....so macam tuh laa...kita perlu menilai lakonan/bakat seseorang tanpa bias :p

HaZiFah said...

aku x minat fasha (...termasuk lakonan juga~) hahahaha
Lg ske lakonan fazura =)

KeMatZ said...

"Contohnya drama 'Kekasih Awal dan Akhir' di tv9 arahan Aaron Aziz. Drama ini sangat tidak relevan dan rasional dan tah hape-hape."

hahahhaha taksangka uols pun cakap citer ni ntahpapantah kan ... hahahahahha :P

sukahati said...

eee....haruslahhhh. Choi punya citer....tgk sekejap terus bukak channel lain :p

sykn's said...

su, drama kekasih awal dan akhir tu mmg cam ntah apa2...hanya sbb pelakon je kot yg drama tu nampak cam best...tp bila tgk jap...tetiba senang je nak alih ke channel lain ..boleh tak camtu..;P..
tu drama terbitan aaron nak?mungkin next time boleh diperhalusi lagi jalan cerita tanpa depends pada pelakon2 yang fofular je...=')...

sukahati said...

itu la sykn, sama la ngan sue...terus tgk citer lain :p

Cik D said...

haha...sgt telus dgn kritikan dan pujian.. but i do agree...paling pelik bile penonton gelak babak yg patutnya sedih dan romantis. x dpt menangkap jiwe sy myb sebab dpt seat ke 4 dr screen n t'pkse tahan sakit pinggang n tengkuk..haha..nice try for osman ali.

sukahati said...

haha...pergilah tgk lagi sekali....dengan seat yang lebih menarik :p....mungkin emosi akan lebih terkesan :p

Cik D said...

maybe...tgok mase...tp dpd tgk lg sekali better tgok movie lain..nk tgk 1 mlm kubur berasap lak..support our films. ramai yg x suke tgk cite melayu...=)

missgee said...

Aku tak bulih nak
komen banyak2 sebab aku
tak nengok lagi..

Tapi nak komen cara ko mengulas filem tue agak menarik..
Kalo ko pelajar aku,
aku tak segan2 bagi ko Gred A..

P/s: Tak bulih bagi A+ sebab aku tak nengok lagi citer tue :P

sukahati said...

MeMySelf - next movie would be Songlap!...trailer dan jalan cerita yang menarik....kot :P

MissGee - ko pasti ke nak bagi A?? Pendapat aku selalunya lain dari orang lain :p

Cik D said...

songlap? abg Sam? hehe...yup..nk cube tgk dia lakon kn sisi watak yg agak lain..tp nk tgok cite ringan genre nye dlu..1 mlm kubur berasap. haha..kalo tgk songlap nti, nk tgk komen awk lg keh =)

sukahati said...

1mlm kubur berasap tu citer hantu kan?? saya tak tgk citer hantu :p

 

Blog Template by YummyLolly.com