Friday, December 28, 2007

Sayalah wanita idaman lelaki.....ngeeee :)

Kamu...pergi sini.
Dan cuba jawab soalan.
berapa markah yg kamu dapat?

Aku? 29 markah...
dan..
aku adalah wanita idaman lelaki.....hik hik hik :p

Lalala Kerja

Aku nk share satu article dlm paper utusan hari ni. Aku quote kan skit yg mana aku suka. Nak baca panjang2...p kat sini

Apa sebenarnya nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan dan sebuah kehidupan?

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ‘melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2,000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya?

Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana nilai kasih sayang. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas nilai kasih sayang. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban, malah sumber kebencian,’’

Bagaimana pula dengan nilai duit? Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperoleh.

Memegang jawatan yang menawarkan ganjaran gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu anda bayar untuknya? Perpisahan, keretakan rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa... itulah harga yang perlu dibayar setanding nilai material yang dijadikan asas bekerja.

"jika ada cita-cita untuk memilih kerjaya yang menawarkan gaji tinggi, lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan"

“Atas provokasi inilah, saya mengajak sahabat-sahabat, untuk menyemak hubung kait bidang pekerjaan dengan tujuan hidup kita. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenal Ilahi.

“Pun begitu bukan semua kerjaya yang membawa masalah. Ada yang baik dan boleh membantu, apa yang dibentangkan adalah sebagai contoh. Pokoknya terpulang kepada kita menentukan coraknya,’’

Sebagai hamba Allah, menjadi tanggungjawab kita menjaga tali kita dengan Dia yang disembah dan mengabadikan diri kepada-Nya.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita. Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan keperluan, asalkan luas perjalanan mencapai tujuan. Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisau, nikmat yang dikecapi akan terasa bila hilang, apa yang diburu timbul rasa jemu bila sudah didalam genggaman, dunia ibarat air laut diminum hanya menambahkan kehausan, inilah nikmat kehidupan yang menjadikan manusia hilang kasih sayang dan sepi rohani. (Al sufi)


petikan ini untuk mengingatkan diri aku. Itu jer.

---

Hmm...sejak aku kerja neh kan, baru aku perasan banyak benda yg aku dah tak buat. Contohnya, aku dah susah nk abiskan baca buku. Kalo dulu aku boleh baca novel tebal2 mcm kamus dlm masa sehari, sekarang ni sebulan pon belom tentu aku boleh abis baca. Sekarang ni pon aku dah jarang2 sangat beli buku. Sebabnya aku tahu aku tak sempat nak baca. Majalah yg tetiap bulan aku beli, Eh! ngan Intrend dulu aku boleh abiskan sehari dua2 majalah ni. Tapi sekarang amik masa sebulan. Itupon sbb dah nk masuk bulan baru. Aku nk beli yg baru, mesti abiskan baca yg bulan lepas punya dulu. Buku yang aku beli bulan lepas...ker 2 bulan lepas ntah .. "Wanita jangan bersedih lagi"... aku br baca berapa page jer. Sejak kerja neh takde masa la. pagi g kerja, balik dah kul 7 ke 8 mlm. Pastuh kalo turn aku masak, kene masak plak. Kalo tak...basuh kain. Pastuh makan...then pas mkn mesti la ngantuk, so tido. ujung minggu plak, slalunyer aku kuar. yer laa...weekend jer masa aku nk kuar jumpe member atau shopping.Kalo tak kuar baru la aku habiskan masa aku baca buku/majalah.
Dulu time blajar, sungguh byk masa aku. Pegi shopping time weekdays, jarang sgt aku kuar weekend. Pastuh beli buku ngan majalah pon byk jugak berbanding sekarang. Dulu majalah mingguan wanita, gempak, eh ngan intrend majalah wajib aku beli. Skang neh Eh ngan intrend pon aku tak dapat nk khatam. Rindu zaman dulu......dan.....rindu juga kamu :D

Kejiwangan lagiiiiii

Mulanya Cinta

Tiada sesiapa dapat melupa
Perasaan cinta pertama
Akan ku ingat selama-lama
Saat pertama jatuh cinta

Kasih sayang senyum mesra bersama
Gurau senda pujuk rayumu
Pasti ku ingati

Apapun juga akhirnya
Aku kan tetap
Mengingatimu dengan setia
Walaupun kau akan pergi
Pasti ku ingati gelora cinta
Kali pertama

Thursday, December 27, 2007

Kejiwangan

Baru aku ingat, aku tak taip pon entry psl aku berpoye-poye ngan member2 aku kt midvalley arituh kan??

Mls la nk taip .... hehe

---

Hari ni aku layan kejiwangan jer. Layan lagu jiwang2. Layan lagu ct nurhaliza yg baru....mmg masyuk ahhhh. Memula nk upload lam imeem,...pastuh nk buh kat blog neh la kunu....tp hampeh nk upload satu lagu pon lambat. Dgr la weh....

Sutramaya(ct)
Sekian lama(ct)
Mulanya cinta(ct)
Lara(Liza Hanim)
Gantung(melly goeslow)

jiwang..jiwang...jiwang...karatz....karatz...karatz

Wednesday, December 26, 2007

Kecewa, terima dan teruskan perjalanan

Giler malas. Aku dah blk ke kl pon. Dah mula keje pon arini. Tp tak update2 jugak blog aku ni. Tak tahu nk mula dr mana. Hmm...

---

Last 2 weeks, gigi aku sakit gila. Mmg dah rosak ler. Aku tahan sakit seminggu juga la. Balik ipoh nk raya arituh br g cabot. Sampai bengkak2 dah gusi aku. Sakit woo. So dah selamat la gigi geraham aku satu. Gigi yg bawa masalah pd aku sejak study lg. Memula pecah separuh, pastuh 2 kali tampal dan akhirnya dah selamat.

Pastuh pulak last week perot aku hangin tak tentu pasal. Jenuh la minum Eno halia , teh halia. Tp tak abih2 gak angin lam perot aku. Sapu minyak yu yee lg. Sampai raya aji arituh br ilang. Angin sesat kot, tak jumpe jln kuar. Huhu.

---

Raya Haji umah aku bese jer. Tak mcm raya pon. Takder citer sgt. Tv pon takder rancangan menariks. Ntah hape2.

---

Ahad lepas Umem dah selamat kahwin. Aku tak g pon kendurinyer. Sbb Shida sepupu aku tunang. Shida setahun mude dr aku pon dah tunang. Adehhh...tensi2. Nway...selamat bahagia kepada Umem and Shidah.

---

Smlm blk kl bertolak pagi dr ipoh. Kak yong hantar smpi komuter Rawang. Maser nk blk dr Bank Negara ker stesen Bandaraya tuh, giler tak larat. Rasa nk pitam. Dah la beg berat, pakai skirt... seb bek pakai selipar jer. Panas giler smlm. Arini baru mendung dan hujan kejap td.

---

Tentang hati?? Aku tgh kecewa. Sgt sakit bila tak dapat apa yg kita inginkan. Mungkin ini ketentuan Allah. Allah tahu apa yg terbaik ntuk aku. Aku hanya perlu terima dan teruskan perjalanan. Nak nangisssssssssss.

Tuesday, December 18, 2007

Nk balik kampong!!

Giler malas. Tp aku banyak kerja. Aku dok surf2 jer. Nak upload gambo pon mls. Bukan buat aper pon. Klik2 jer, Nak taip kat blog neh pon malas jugak sebenarnya. Tapi aku gagahkan diri aku gak

Banyak benda nk citer....

Psl kesihatan yg sangat2 teruk
Psl perjumpaan poya2
Psl nk sambut raya

...
...
...


Ahh....malas laaa. Nanti la aku update. Kat ipoh nanti aku update. Aku giler malas ni. Nak balik ipoh jer skang neh. Tapi lambat lg. Balik pas keje esok. Haishhhh

Friday, December 7, 2007

Haha

Ok. Aku stick pd blogspot sahaja selepas ini.
No wordpress.
No blogdrive.
End.

***

Nanti aku cantikkan page aku ini. Currently, sgt busy. (Eh, tp kalo busy canr aku dpt buat blog dalam worpress ngan blogspot dalam sehari?? Jawapan: sbb masa aku buat, bos takder kat sebelah...haha). Dan nanti aku masukkan link2 blog korang...yerk.

***

Dalam kenangan. Juga boleh klik di atas kepala blog ini, di 'Kenangan Terindah'.

***

Sok jom pegi PIKOM.


Thursday, December 6, 2007

Belasungkawa

Ya, blogdrive domain expired. Bengong tak kawan2. Terpaksalah aku memulakan dunia blogging aku dalam wordpress plak. Walopon aku agak tolol menggunakan wordpress ini, tp aku guna jugak. Sbb aku dah ader account lam wordpress ini. Selamat tinggal blogdrive. Huhu. Sedey jugak rasanya. Mana taknya, aku start blogging dlu rasanya ms aku 3rd yr kt um. Erm...sekarang 2007, maknanya masa tuh tahun 2004/2005 kot. Ya... at that time satu bilik ngan cik uni. Masa tu aku dah start blogging...tp takde sape tau. Misterius kan aku? :p. Aku berhubungan memula memang dengan blogdrive, then aku stop. Aku sambung plak ngan blog friendster. pastuh rase tak best pulak, aku berhubungan balik kat blogdrive. Sehinggalah hari ini, aku terpaksa curang kepada blogdrive dengan memilih wordpress. Wahaha.

Kenapa aku guna blogdrive? Tak glamour langsung kan? Tapi tu la korang taktau, blogdrive dulu blog hosting yg sangat hebat. Sehebat wordpress dan blogspot sekarang inih. Maser tuh smer org gune blogdrive. Huhuu. Blog page design aku dulu tuh, aku design gune hardcode sikit2 tuh beb. Siap view blog org lain, pastuh amik source dia. Haha. Blogdrive tuh dulu takde WYSIWYG.

Tp tuh la...tak lama lepas tuh blogdrive dah tenggelam sampai domain expired. Huh...apekah? Tp tuh la, kalo tak expired, tak tukar2 la aku ker blog host lain sbb betapa aku sayang kat blog lama tuh. Dan aku terpaksa cari balik gambar perempuan sexy yg memakai two-piece ituh. Agaga :p

*****

Aku lama dah nak betulkan. Past entry aku pasal ank sedara baru aku tuh. Ectually nama boyfriend baru aku tuh bukan Amsyariddin. Sebenarnya Amsyar Yadiy. Maknanya cerdas pintar. Korang ingat tak zaman kanak2 kita dulu, ader program nama cerdas pintar? Hehe.

*****

Ok. Aku tak masuk team lain. Tp keje aku semakin banyak nampaknya. Tiga benda aku pegang sekarang. Dua web dan satu application. Auuuu.....pening dan sedikit gabra. Huhu. Sbb web tuh nnti aku kene jumpa org2 media. Dahla aku tapaham sgt. Aku cepat blur. Ya...saya seorang yang blur.

 

Blog Template by YummyLolly.com