Apa sebenarnya nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan dan sebuah kehidupan?
Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ‘melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2,000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya?
Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit.
“Seorang ibu membuat kerja rumah kerana nilai kasih sayang. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas nilai kasih sayang. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban, malah sumber kebencian,’’
Bagaimana pula dengan nilai duit? Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperoleh.
“Memegang jawatan yang menawarkan ganjaran gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu anda bayar untuknya? Perpisahan, keretakan rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa... itulah harga yang perlu dibayar setanding nilai material yang dijadikan asas bekerja.
"jika ada cita-cita untuk memilih kerjaya yang menawarkan gaji tinggi, lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan"
“Atas provokasi inilah, saya mengajak sahabat-sahabat, untuk menyemak hubung kait bidang pekerjaan dengan tujuan hidup kita. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenal Ilahi.
“Pun begitu bukan semua kerjaya yang membawa masalah. Ada yang baik dan boleh membantu, apa yang dibentangkan adalah sebagai contoh. Pokoknya terpulang kepada kita menentukan coraknya,’’
Sebagai hamba Allah, menjadi tanggungjawab kita menjaga tali kita dengan Dia yang disembah dan mengabadikan diri kepada-Nya.
Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita. Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan keperluan, asalkan luas perjalanan mencapai tujuan. Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.
Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisau, nikmat yang dikecapi akan terasa bila hilang, apa yang diburu timbul rasa jemu bila sudah didalam genggaman, dunia ibarat air laut diminum hanya menambahkan kehausan, inilah nikmat kehidupan yang menjadikan manusia hilang kasih sayang dan sepi rohani. (Al sufi)petikan ini untuk mengingatkan diri aku. Itu jer.
---
Hmm...sejak aku kerja neh kan, baru aku perasan banyak benda yg aku dah tak buat. Contohnya, aku dah susah nk abiskan baca buku. Kalo dulu aku boleh baca novel tebal2 mcm kamus dlm masa sehari, sekarang ni sebulan pon belom tentu aku boleh abis baca. Sekarang ni pon aku dah jarang2 sangat beli buku. Sebabnya aku tahu aku tak sempat nak baca. Majalah yg tetiap bulan aku beli, Eh! ngan Intrend dulu aku boleh abiskan sehari dua2 majalah ni. Tapi sekarang amik masa sebulan. Itupon sbb dah nk masuk bulan baru. Aku nk beli yg baru, mesti abiskan baca yg bulan lepas punya dulu. Buku yang aku beli bulan lepas...ker 2 bulan lepas ntah .. "Wanita jangan bersedih lagi"... aku br baca berapa page jer. Sejak kerja neh takde masa la. pagi g kerja, balik dah kul 7 ke 8 mlm. Pastuh kalo turn aku masak, kene masak plak. Kalo tak...basuh kain. Pastuh makan...then pas mkn mesti la ngantuk, so tido. ujung minggu plak, slalunyer aku kuar. yer laa...weekend jer masa aku nk kuar jumpe member atau shopping.Kalo tak kuar baru la aku habiskan masa aku baca buku/majalah.
Dulu time blajar, sungguh byk masa aku. Pegi shopping time weekdays, jarang sgt aku kuar weekend. Pastuh beli buku ngan majalah pon byk jugak berbanding sekarang. Dulu majalah mingguan wanita, gempak, eh ngan intrend majalah wajib aku beli. Skang neh Eh ngan intrend pon aku tak dapat nk khatam. Rindu zaman dulu......dan.....rindu juga kamu :D
0 comments:
Post a Comment