Wednesday, January 16, 2008

Wooweeee

Last weekend...aku mula kembali ngan hobi aku iaitu pertama ialah shopping dan kedua ialah baca novel. Hik hik

Ari sabtu g shopping Jusco wangsa maju...tujuan sebenar hanay nak beli buku jer sbb boring bangat deh dok umah. Tp sesampai2 jer....tgk baju2 yg menariks...aku terus sambar satu baju. Buku tak beli lg tuh. Huhu. Pehtuh jalan baru p MPH. Kat MPH sangat seronok, sbb rs dah lama sgt aku tak beli buku kat kedai buku. Paling latest just beli buku dr sindiket soljah(K8) 2 minggu lepas. Pehtuh tgk buku2 yang ada, byk giler buku2 baru(yerla...sbb dah lama aku tak membeli buku). memula tujuan aku kunun2 nak beli buku Duri jer...tp bile smpi mph tuh...rase banyaknyer nak beli. Pegang ni nak, pegang tu nak, smer la nk beli. Last2 amik 2 jer buku Fauziah Ashaari ngan Intrend satu. Dapat gaji nnti nk beli Noor Suraya ngan Matt romeo laks. Tp kalo ader org nk hepikan aku, bwk ler aku g kedai buku, pastuh suh aku amik buku yang aku nk. Then korang bayarkan. Aku kompom, akulah manusia yg bahagia.

Pastuh abih shopping kt Jusco, rs cam kaki neh tanak balik rumah pulak. So pastuh g plak carrefour. Hehe. Takde nak beli ape pon, tp saje gatal kaki nk berjalan. Kat carrefour kunun2 nk jln, tp aku terbeli baju selai lg. :p

***

2 3 minggu neh, aku cam ssh nk tido. 3 minggu lepas, kalo nk tido aku telan ubat selsema yg mengantuk giler yg doc bg aku tp tak habis semata2 nk tido :p. Tp ubat tuh pon dah abih dah. Agaknyer betol ckp che sue, pk byk sgt. Cthnyer kelmarin, mata dok ngantuk neh, tak buleh bukak, tp dalam kepala dok pk macam2. Hadoi, tensi akak.

***

Ari selasa arituh ader live run ntuk sistem team aku buat. Kene standby smpi kul 12. Letih rasenyer. Dok berdiri, lari sana sini. Jwb soalan2 yg kadang2 aku pon tatau nk jwp aper. Siap kene marah lg ngan user. Rase nk nangis jer. Seb bek bdk2 teknikal len dah paham sgt ngan perangai makcik tuh. Bukan aku jer kene, ptg tuh hasreen lak kene. Hehe. Mmg ari yg hampeh laaa arituh. Nnti ader lg skali live run neh. Aku sgt takut ahh. Buatnye time live lg skali tuh, boss aku dah blahh. Ohh..sape nk backup aku lg. Huhuhu. Neh yg rase nk blah jugak nehh.

***

Aku rs nak mkn fastfood ler.

Friday, January 11, 2008

Pencari

Hari nih layan lagu Sofaz baru satu album
Ada satu lagu baru yg aku suka
Suka sbb lirik dia cam best(kejiwangan)
Google lirik dia, tp takde lagi.
So aku pon dengar dan salin
Voley gituhh
Nahh lirik dia.
Lirik neh untuk dia.
Aku harap dia baca.
Tp rs cam dia tak baca.
Sbb dia pelupa.
Asyik lupa itu ini.
Dan aku tak rs dia akan ingat link blog aku.
Sementelah link frenster aku pon dia lupa.
Ya.. sape lah aku untuk diingati. ;(

Pencari(SOFAZ)

Kuterus langkahku
Menjejakimu
Kumencari ~~~
Kemana menghilang
Jangan biarkan
Lara hati ~~

Selalu mengharapkan
Engkau kan datang
Mencari cintaku ~~~

Mestikah kau pergi
Tinggalkan aku
Lupakan cintaku

*
Disaat ku perlu
kau disisi
kau pergi jauh
tanpa aku
Selamanya mencari, mencari

Oooooo~

**

Pulanglah cintaku
Ku selalu menunggu
Bisikan hatiku
Merindui kamu

Usahlah kau pergi
Bukakanlah hati
Terus ku mencinta
Mencintai kamu

Disaat ku perlu
kau disisi
kau pergi jauh
tanpa aku

Cinta, rindu
aku cinta kamu

ulang **

hmm.... ;(

Empat Belas Dua Puluh Sembilan

Salam 1429 semua!

Mari mulakan hari baru di tahun hijrah baru dengan...err...sesuatu yg baik? :)

Source here

Cari keberkatan menerusi sedekah

KITA selalu mengeluh tiap-tiap bulan tentang gaji tidak cukup. Yang bergaji RM500 pun mengeluh tidak cukup. Begitu juga yang bergaji RM2,000 pun mengeluh tak cukup duit.

Tetapi kadang-kadang kita melihat ada juga bergaji kecil tetapi rezekinya sentiasa ada. Duitnya sentiasa cukup. Tidak pernah kita mendengar keluhannya tentang duit gaji yang tak cukup. Ini berkemungkinan berkaitan rapat dengan keberkatan. Ramai yang tidak sedar atau ambil tahu tentang keberkatan.

Kekayaan dan kesenangan tidak memberi makna tanpa adanya keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta, rezeki atau gaji yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Tetapi tanpa keberkatan, rezeki yang kita peroleh akan rasa sedikit dan tidak mencukupi. Untuk beroleh keberkatan, antara perkara yang boleh dilakukan ialah sedekah.

Dalam Hadis yang diriwayat At-Tabrani Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu tidak akan mengurangi harta seseorang”.

Bila seorang hamba menghulurkan tangannya untuk bersedekah, maka sedekahnya itu akan sampai ke tangan Allah dan Allah menerimanya, meredainya sebelum sampai ke tangan penerimanya.

Di Malaysia, keadaan yang aman makmur dan maju menyebabkan ramai rakyat negara kita ini yang beragama Islam hidup dalam kemewahan dan kesenangan. Tetapi ramai juga tidak menjadikan sedekah ini suatu amalan. Ia adalah tindakan yang mudah tetapi keberkatan yang bakal kita peroleh adalah berpanjangan. Apalah sangat jika kita memperuntukkan RM10 daripada pendapatan kita sebulan untuk bersedekah.

Sebenarnya, jika kita menguruskan sedekah kita dengan baik, ia akan kelihatan mudah dan berkesan. Tetapi ia haruslah dilakukan dengan ikhlas kerana tanpa keikhlasan, sedekah kita akan menjadi sia-sia.

Antara sedekah yang mudah untuk kita lakukan ialah dengan memperuntukkan RM1 seminggu untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid semasa sembahyang Jumaat.

Kita juga boleh bersedekah dalam bentuk makanan dengan membeli setin susu dan sepeket gula untuk diberikan kepada masjid atau surau berdekatan.

Memberi RM1 kepada orang miskin atau anak yatim yang kita temui juga merupakan satu sedekah yang amat mudah dilaksanakan.

Yang dibincang oleh saya ini hanyalah sedekah dari sudut kewangan dan harta. Ada juga sedekah yang boleh dilakukan dengan tenaga dan lain-lain lagi. Semua kaedah bersedekah ini bergantunglah kepada keselesaan masing-masing. Yang penting, kita haruslah jangan melupakan amalan ini sepanjang hidup kita.

* PENULIS ialah Pensyarah Jabatan Pengurusan Kolej Shahputra, Kuantan.


Tuesday, January 8, 2008

Melawan Kesepian

Melawan Kesepian

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Airmata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apa pun ini
Pelajaran yang bererti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apa pun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku...

(musid bridge)

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apa pun ini
Pelajaran yang bererti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apa pun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku...

Monday, January 7, 2008

Collapse

Hari ni aku nk pitam lam bas.
Dr awal bangun pagi lg aku dah rasa letih.
Dah siap pakai tudung smer2, bleh plak aku baring sbb rs letih sgt.
Tp g opis gak, sbb aku ingat aku letih sbb lmbt tido.
Pastuh jln jem tak hengat. Bas pon penoh.
So aku kene berdiri.
Memula cam ok lg.
Lama2 aku rs tak larat giler.
Tgn dah gigil2.
Rs kejap2 sejuk.
Pastuh rs mual2.
Aku tahan.
Aku tahan.
Aku tahan.
Pastuh dah mule rs takleh nafas.
Aku tarif nafas. Mmg dah rs cam semput ler.
Bile dah mula rs jantung laju jer, dgn tgn gigil...serius aku takleh tahan dah.
Aku pon terus g depan skit, ddk kat tangga bas.
Aku tak pedulik ape2 dah.
Lantak la org nk kata apa pon.
Skit lg kalo aku berdiri, konfom aku jatuh pitam.
Dah duduk, ok skit.
Tp jantung degup laju lg.
Relax.
Relax.
Relax.
Dah ok skit.
Seb baik buleh jln lg.
Smpi kt opis, rs letih lg.
After lunch br rs totally ok.

Neh dah 2 kali aku kene low blood pressure. Dulu sekali dlm komuter. Pon masa komuter penuh, aku berdiri kt pintu. Tak larat, aku terus ddk depan pintu komuter. Huhu. org kata, low blood pressure lg bahaya dr high blood pressure. Yer ker??

Tuesday, January 1, 2008

Hey look, whats coming...its 2008

wahaha...sbrnnyer aku dah taip byk dah semalam kt opis ila
tp ntah naper smer ilang..hampeh tol
mebi opis ila block jugak kot nk publish entry....wahaha

Dah 2008
Ape yg aku buat sepanjang 365 hari lepas??

2007
tahun yg mula menggelarkan aku sebagai pekerja
bukan lagi student...dan belum lagi boss...wahahaha

tahun yg mematangkan aku melihat kehidupan ini
dr sudut kerjaya, kebahagiaan, wang, relationship dengan kwn2 dan dia

tahun aku mula kenal dengan dia

tahun yg memeningkan kepala otak aku memikirkan hala tuju idop aku

So whats next on 2008

Semoga hari seterusnya aku lebih bahagia
Semoga hari seterusnya aku lebih baik
Dan harapnya semoga 2008 menjadi permulaan kepada perancangan masa depan aku
InsyaAllah

---

Woo, New year arituh g bb
Saje nk tgk camne org seleberet new year
Plus kuar arituh sbb seleberet sipu dpt keje baru.
So congrats la kt sipu.
Tp takler happening pon bunga api mlm tuh.
Yg ramai pon bukan orang kita, tp asia barat sana.
Main spray2 sabun jer yg best kt bb tuh.
Sesape pon derang belasah jer spray.
Yang best tuh, monorail lalu pon siap jerit2 and spray2.
Hehe.
Mmg laku ahh org yg jual spray buih mlm tuh
Parking pon mahal nk mampus.
Dalam 10 ke 20 hengget.
Giler tak hengat.

So...Happy New Year All!
 

Blog Template by YummyLolly.com