Friday, February 27, 2009

Kesyahduan

Hari nih mood ok ok sahaja. Ada sedikit kesyahduan di waktu tengahari dan sedih suam-suam kuku. Jadi nak kongsi lagu ini dengan korang semua sbb lagu neh sungguh syiok stim dengar.


Bila rasaku ini rasamu.



aku memang terlanjur mencintaimu
dan tak pernah ku sesali itu
seluruh jiwa telah kuserahkan
menggenggam janji setiaku

ku mohon jangan jadikan seperti
alasan kau menyakitiku
meski pun cintamu tak hanya untukku
tapi cobalah sejenak mengerti

reff:
bila rasaku ini rasamu
sanggupkah engkau menahan sakitnya
terkhianati cinta yang kau jaga
coba bayangkan kembali
betapa hancurnya hati ini kasih
semua telah terjadi

aku memang terlanjur mencintaimu


Wednesday, February 25, 2009

Terima kasih kawan-kawan

Hehe....disini saya ingin mengucapkan terima kasih laa kepada kawan-kawan yang mengucapkan 'selamat' untuk hari lahir saya semalam :D.

Bukan aku harapkan hadiah atau apa-apa. Ucapan selamat pun sudah mencukupi bagi aku. Hadiah yang paling berharga ialah, doa-doa kalian yang mendoakan kebaikan dalam kehidupan aku dunia dan akhirat.

Terima kasih ya kawan-kawan. Aku sayang korang :D.


***

Terima kasih kpd RnD unit untuk kad dan kek. Gigih abang Asri siap buat kad ader muke hakak :p.





Tuesday, February 24, 2009

Always 21



27 tahun yang lalu ...

Comel!






Selepas 27 tahun

...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


...
Masih comel!! Hahahahaha!!



Semoga hidup aku di hari mendatang diberkati Tuhan
Dan
Sentiasa dalam lindunganNya.

Amin.






Monday, February 23, 2009

Letih-letih. Saya mahukan rehat

Hari Sabtu lepas aku menduduki Ujian-Kerjaya-Masa-Depan dekat Jln Peel sana nun. Malam sebelum tuh jenuh la aku dok pergi riki jalan sengsorang. Walaupun pernah lalu sekali, tapi haruslah tak ingat. Lgpun masa 'terlalu' arituh pun sebab tersesat akibat terlepas simpang nk balik dr Times Square. Dalam dok riki tuh pun, tersesat jugak. Tapi alhamdulillah....jumpa juga lokasi yang dicari. Rupanya belakang Jusco Maluri je (akak sukerrrr). Exam dari pagi sampai petang tuh beb. Awal2 exam, aku dah mengantuk gila. Rasa nak tidur jer time buat exam tuh. Mengantuk tak boleh blah. Lepas tuh, acara mengarang2. Haruslah mata tak sempat nak mengantuk sbb tangan lenguh dok menulis. Dah lama tak menulis, rasa macam jari2 dah krem :p. Oleh kerana lokasi aku buat exam tuh belakang jer Jusco Maluri, cuba korang teka apa yang aku buat lepas habis exam?? Hehe. Yaaaa....sudah pasti aku memcuci mata berwindow shopping bagai (gaji tak masuk lagi). Sambil2 nak mencari hadiah harijadi si-perempuan-mengandung. Sgt tak reti nak beli aper untuk hadiah harijadi org mengandung neh. Nak beli barang bayi, rsnya terlalu awal. Nak beli baju mengandung, nnti tak muat pulak. Akhirnya seperti biasa, pilihan terakhir adalah hadiah yang aku mmg suka nak bagi kat orang, tapi tak semua orang suka hadiah ni. Setelah letih bermarathon dalam Jusco Maluri tuh, sendiri mau ingat la untuk pulang ke rumah. Balik rumah terasa letih ya amat. Dari pagi pukul 7.30 kuar rumah sampai la pukul 6.30ptg baru balik. Mana tak letihs.

***

Hari ahad pulak, pagi lagi bangun nak bermarathon dekat Dataran Merdeka - KL City Day Run. 10km menanti. Dah la lari sorang2. Nany taknak join. Kununnya nak merehat dan melengkapkan diri untuk masuk office baru hari ni. Jadinya lari la aku sorang2 dengan budak opis aku yang lain pastinya. Catatan masa satu jam empat puluh minit. Sampai rasa nak pitam2 laa. Nasib baik kaki hari ni tak sakit sangat. Sengal2 biasa macam lepas berlari ajer. Hadui....top 100 pon tak dapat neh. Entah bila la aku nk dapat finisher medal neh. Kene lebih berusaha gigih dan cargas. Balik dari marathon tuh tak usah cakap la. Terus melepek dari pagi sampai ptg.


We are the champion. Champion ker??! :p

Me with Kak Liza n Kak Maznah. Aku tayang sijil jer laa...medal takdak

***

Malam pulak dah janji dengan Mama Mun si-perempuan-mengandung dengan Pza nak dating. Rasa macam nak kensel ajer, sbb aku sgt penat. tapi bila lagi nak dating2. Maklumlah, minggu depan si-perempuan-mengandung nak berpindah ke Penang. Lepas neh mungkin sukar sikit nak berjumpa selalu-selalu. So semalam kitorg jumpa dekat Mid Valley. Si-perempuan-mengandung belanja. Hehe. Mcm selalu2. Murah la rezeki baby dalam perut tuh. Dari kul 8 lebih. sembang punya sembang smpi aku tak perasan pun dah pukul 10. So aper lagi, snappy2 dan ucap selamatlah hendaknya si-perempuan-mengandung dengan kehidupannya di Penang nnti. Kemudian aku pun pulang ke rumah.

Saya bersama si-perempuan-mengandung. Yang mana satu mengandung neh? Haha

Kami!

Friday, February 20, 2009

Tag Heuer

Yaaa....mari kita menjawab tag pula ya adik-adik. Ini tag dr Incik Panadol7e.

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
- Benda??? hmm.... duit kot.

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri??
- Breakfast...bihun goreng dan makaroni goreng plus teh tarik kicik satu.

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu??
- Pantai.

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
- Sampai syurga :D.

5. Adakah anda sedang dilamun cinta??-
- Tidak

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam??
- Restoran?? Errr....kelmarin kot kat belakang istana budaya. Eh...tapi itu gerai. Ahh...lantak la :p

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
- Bukan Yang Pertama

8. Apakah nama penuh kamu??
- Aiseh...kene jawab ker? Korang sendiri tahu laa.

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak??
- Masa kecik abah, dah besar dengan mak.

10. Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya??
- hmmm...sahabat hati saya :D.

11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu.
- Su
- Marlin (Hanya Cik Yah Teknik jer panggil aku dengan nama neh)
- Lina
- Kak Yang
- Cik Som
- Sukahati
- Ina
- Mak Yang

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri??
- Ya

13. Tempat yang paling seronok yang kamu mahu pergi?
- Syurga

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..
- Lelaki
- Bukan gay
- Mpyi cinta hati benama Cik Ju
- Ada kawan nama Nani
- His nickname Panadol7e :D

15. 8 perkara yang amat saya gilai??
- Bepoya-poya bersama rakan
- Buku
- Dress
- Window Shopping
- Marathon
- ** ____
- ** ____
- ** ____

16. Pelukan atau ciuman??
- Pelukan

17. 8 perkataan yang sering diucapkan??
- Aper?
- Yay!
- ooo...OK
- Whatever
- So
- Yer ker?
- ** ____
- ** ____


18. 8 buah buku yang paling baru di baca??
Serius, dah lama tak baca buku. Kalau nak list pon aku tak ingat dah. Buku paling akhir aku baca ialah Bukan Yang Pertama. Mungkin sebulan dua lepas kot. Dem...aku perlu meluangkan lebih banyak masa membaca buku seperti zaman2 belajar dulu. Kadang-kadang rasa rindu nak membaca mcm zaman dulu2. Tapi sekarang ni sangat tidak mpyi banyak masa. Masa banyak digunakan untuk hal2 duniawi dan keseronokan semata. Haihhh.

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali??
- Project Pop (Guyang Duyu)
- Project Pop (Bukan Superstar)
- Ayushita (Tuhan Berikan Aku Cinta)
- Tasya feat SO7 (Jangan Takut Gelap)
- Hijau Daun (Suara[Ku Berharap])
- Kertas (Selamat Tinggal Kekasih Yang Baik)
- 3 in 1 (Bodo Amat Ah)
Berdasarkan kekerapan playlist minggu ini.

p/s : ** isi tempat kosong sesuka hati korang.

Wednesday, February 18, 2009

Weekend update

Sabtu lepas, aku jumpa Fa. My long lost friend ;p. Ini adalah perjumpaan kami berdua untuk kedua kalinya. Selepas ...ermm....mungkin 4 ker 5 tahun. Serius, lama gila kan tak berjumpakan? Mula-mula berjumpa masa aku di tahun kedua pengajian. Selepas perjumpaan pertama dulu, kami sekadar bersms dan ym. Ym pon jarang-jarang sekali sbb makcik tuh jarang juga online.
Maybe korang terfikir, kenapa aku baru jumpa dia hanya sebanyak 2 kali. Sbnrnya aku kenal Fa neh melalui ym jer. Borak-borak, sembang-sembang dan terus kitorang rase mesra gitu dan dr situ mulalah perkenalan kami dan perjumpaan pertama kami :D. Rasanya masa tu dia baru graduate kot.

So jumaat lepas tiba-tiba aku tgk makcik neh online. So aku ajak dia nonton GENG hari sabtu tuh. Lgpun dah lama tak jumpa. Dia asyik suruh aku datang rumah dia. Aku pulak tak biasa area rumah dia tu. So tak berani nk pergi sana. Jadi seperti yang dijanjikan, kitorg jumpa dekat Times Square. Wahhh...menakjubkan kerana makcik neh masih ingat muka aku....haha. Walaupun masa hari jumaat tuh dia tanyer aku thru ym, "Aku tak ingat nama ko". Hampeh kan :p. Tapi bila aku bgtau nama aku, sue, terus dia ingat nama penuh aku. Dan yang lg best, ms jumpa tuh dia ckp lagi, "Ko suka pakai sling bag kan??Masa jumpa dulu pun ko pakai sling bag".Hahaha...mmg masa zaman2 belajar dulu, kemana2 saja aku dengan sling bag. kebetulan pulak masa jumpa dia Sabtu lepas, aku pakai sling bag jugak. Bagus ingatan makcik Fa nih. Perkara-perkara macam ni nampak kecilkan? Tapi bagi aku, perkara2 kecil ini lah yang menunjukkan seseorang itu menghargai kita sebagai sahabat. Respek aku pada makcik Fa ni.

Banyak perkara yang dibualkan. Bayangkanlah, dr tenghari smpi ke malam. Dari hal kerjaya,hiking (Fa adalah ahli Latepackers, group yang aku join masa naik gunung batu putih dulu tuh) sampailah ke hal cinta. Wahhhhh...tak bleh blah :p. Sekarang dia seorang journalist sebuah magazine. Hebatkan?? Borak-borak baru aku tau yang Fa dah nak meniti umur 30 tahun ni. Wahh....mcm tak percaya sbb makcik neh kecik ajer dan muka pun nmpk still maintain muda cam aku. Haha. Thanks for the day Fa :D.

***

Ok. Cerita pasal cerita GENG pulak. Best giler cerita ini ok. Korang takder masa untuk bosan dan menguap. Tapi, aku rasa watak utama adalah Rajoo. SAPY....GO!!! Part lagu tuh, aku tak berapa suka sbb lagu tu tak best :D. Apa pun mmg bestlah.

***

Ahad pulak aku join cross country 6km di Taman Tasik Perdana dengan Nani. Selalu masuk yang larian 10km. So bajet yang ini 6km, kire boleh lagi la kan. Sekali, hamek ko. Naik bukit2, siap masuk hutan bagai. Aku start 7.45 sampai finishing line pukul 9.15, boleh?? Satu jam setengah. Hampeh.



***

Aku mula nak berjinak-jinak untuk bermain futsal. Hari jumaat arituh smpat main selama kurang dr 15 minit akibat sesat. walaupun begtu, 15 minit yang agak menyeronokkan. Rupa-rupanya, aku bukanlah seorang yang berkaki bangku. :D.

Monday, February 16, 2009

Ayuh....goyang duyu

Hari ni perasaan dan mood sangat happy walaupun kerja bertimbun-timbun. Oleh itu, maka ayuh saya kongsikan sebuah lagu yang happy untuk korang semua.



Goyang Duyu - Project Pop



Goyang Duyu
by Project POP

Jika hatimu terluka karena sesuatu
Jika kau mencari cara tuk obati dirimu
Marilah kawanku, marilah bersamaku
Biarkanlah laguku coba menghibur dirimu
Cobalah dicoba
Namanya goyang acak
Goyang paling kocak
Dan bisa bikin ngakak
Please jangan ditolak
Ikutlah bergerak
Tunggu musiknya
Tunggu musiknya

Ayo goyang duyu
Bebaskanlah hatimu
Ayo goyang duyu
Simpan saja gengsimu
Asyik… Asyik…
Angkat jempolnya asyik
Asyik… Asyik…
Angkat jempolnya asyik

Jika hatimu terluka dan membuatmu lesu
Jika kau mencari cara tuk obati dirimu
Marilah kawanku, bangkitlah semangatmu
Biarkan laguku coba menghibur dirimu
Lupakan sedihmu
Sakit hatimu
Jangan siksa dirimu
Tersenyumlah
Hapuslah sesalmu
Air matamu
Hiburkan hatimu
Goyang bersamaku

Ayo goyang duyu
Bebaskanlah hatimu
Ayo goyang duyu
Simpan saja gengsimu
Ayo goyang duyu
Uu Uu Uuh..
Ayo goyang duyu
Uu Uu Uuh..

Dari tua dan yang muda
Laki-laki perempuan
Ayo semua jangan ditahan

Ayo goyang duyu
Bebaskanlah hatimu
Ayo goyang duyu
Simpan saja gengsimu
Ayo goyang duyu
Uu Uu Uuh..
Ayo goyang duyu
Uu Uu Uuh..

Asyik… Asyik…
Angkat jempolnya asyik
Asyik… Asyik…
Angkat jempolnya asyik
Asyik… Asyik…
Angkat jempolnya asyik
Asyik….



***

Ada aktiviti hujung minggu untuk diupdate. Tapi seperti biasa, tunggu kerajinan datang kepada saya ;p.

Sunday, February 8, 2009

Gagah

Smlm untuk kedua kalinya aku pergi Maskara. Itupun sebab di ajak oleh Kematz. Aku pun on jer la. Minggu neh pun takder aktiviti. Tapi memula dia ajak tuh aku cam kompius gak. Biar betul mamat neh ajak aku g Maskara. Setahu aku dia mana layan benda2 mcm ni. Lainla kalo Sunburst ke, Konsert AF ke kann :p. Tapi rupa-rupanya sbb idola beliau, Ana Rafalli. Ceh. Beliau menggunakan aku sebagai batu loncatan untuk mengenali Ana dengan lebih dekat. Tapi takper la kan. Aku pun nk la dgr jugak. Best sgt ker dengan Ana Rafalli neh smpi gigih sgt member aku ajak pergi Maskara neh.

Pukul 8 lebih kitorang dah sampai. Sampai pun cam malu2 kucing gitu. Tak kenal sape2. Maksud aku, kenal muka jer blogger2 terkenal tuh. Tp kenal lebeh2 tak ler. So harus la buat hal sendiri, terus masuk , cop tempat duduk. Time duduk tuh tetiba rs seperti seorang seniman. Wahaha.

Aku tak pandai nk cerita tapi dr hos, Bro Azzam Supardi ke performance KuChi, Jonos, Adam Kasturi, FynJamal, PipiYapong and Ana Rafalli mmg best. Masing2 pun unik. Bro Kuchi tuh, layan gak lagu dan suaranya. Jonos dengan sajak dan sketchnya. Adam Kasturi, penyajak muzikal, lain dr lain. Mmg kagum la aku tgk. tetiba cam terpikir, cemana agaknya kalau aku bersajak mcm dia time skolah dulu. Mesti hebat giler aku dan akan menjadi wakil sekolah :p. Sis FynJamal pun best. Baca entry beliau dengan penuh perasaan. Bro Pipi plak baca entry tanpa perasaan. Tapi tetap kacip dan komedi :p. Last, Ana Rafalli. Wahh, kagum jugak aku dengan adik manis nih. Sebelum kat Maskara neh, ader la member aku si Kematz neh memperkenalkan aku ngan adik manis neh. Aku pun dengar la lagu dia. Cam biasa jer. Tapi semalam tgk live, mmg masyukk ahh. Suaranya, lagunya, senyumannya dan imejnya. Sgt sweet okeh. Habis smlm, sempat la bergambar dengan Ana. Itupun dipaksa oleh Kematz. Haha.

Muka aku minyak2 mcm baru balik lari. Apekah? :p

Lepas jer amik gambar dengan Ana tuh, Si Kematz neh dok menyengih ajer. Tak bleh blah. Sampai aku ckp benda lain pon dia tak fokus. Kepala dia dok teringat kat Ana jer. Angau dan excited giler lah. Mmg smlm la aku br nmpk diri Kematz dalam keadaan tergedik-gedik. Hahahaha. Selesai amik gbr, terus pekena sepinggan nasik dan pulang kerumah.


***



Ptg tadi pulak layan tgk Teater Puteri Gunung Ledang dengan Kematz lagi. Woahhhh. Tak best okeh. Tak best sbb kitorg ddk belakang sekali dan atas ; akibat gagal mendapatkan tiket yg sesuai sementelah tiket yang sesuai itu habis. Tapi performance, aku takleh ckp apa la. Konfem la best giler kannnn. Bg pandangan aku, persembahan Tiara, Adlin dengan AC mmg best. Hang Tuah tuh, aku rs mcm bukan watak utama pulak. Adlin aku sgt kagum sbb dia menari dengan sungguh lembut dan suara dia bleh tahan ok kawan2. No wonder dia bleh kritik budak AF dengan sgt laser. Habis ajer, terus kuar dan seperti biasa bersnappy2 syok sendiri :p.



Tapi ms nak balik tuh, nampak idola kematz yang kedua selepas Ana Rafalli iaitu Roslan Aziz. Tapi aku wonder, nape kematz tak tergedik2 nak bergambar dengan Roslan Aziz mcm dia tergedik2 nak bergambar dengan Ana Rafalli? :p Haha.



Bila menonton teater neh buat aku nak baca balik kisah sejarah. :D

Tuesday, February 3, 2009

Gigih

Hari ahad arituh gigih bangun pagi2 nak berjogging dekat FRIM hasil idea Cik Nany kita. At first bila dia kata nk jemput aku pukul 7.30 dalam hati aku mcm ...

"Haa?? Ada ker orang jogging lagi dah pukul 7.30?"
Tp aku reply kt sms..."OK" je. Sbb leh lmbt sikit bangun :p.

So pagi tuh Cik Nany telah menjemput aku pukul 7.30 kat rumah. Tapi on d way suddenly tukar planning pergi jogging di Taman Metropolitan pulak. Smpi sana, ramai rupanya manusia yang baru smpi nk berjogging jugak. Aku ingatkan dah tak ramai orang kalo time2 mcm tu. Sbb dekat rumah aku, kalo aku turun jogging pukul 7 pon makcik2 yg jogging tuh dah nak balik rumah.

Buat seround ajer jogging. Itupun kunun2 nak berjogging tanpa henti la kunun, tp hampeh :p. Lutut sakit2 paksa jugak. Haaa...amek ko. Gigih sgt smpi akhirnya sehari suntuk aku kene pakai knee guard.

Pas jogging seround, tunggu Cik Kam, officemate Nany yang nak join jugak. Selesai segala, Nany ajak g FRIM sbb katanya nk berjumpa senior Latepackersnya, Kak Biah.

Zasss....ke FRIM. Oleh sbb Cik Kam dah lapo, kitorg telah brekfas kat The Malay Tea House. Sangat cantek kedai teh ini. Very the classic malay house gitu. Kat sini jual teh herba yang pelbagai. Kitorg order nasik lemak ape ntah dan aku order dengan air teh tarik herba mas cotek. Rasa dia cam vanilla. Ok laa. Tapi nasik lemak sungguh tak seswai dengan tekak dan selera aku. Keterujaan aku telah memakan diri dengan membayar rm9.90 untk brekfas. Rasain :p.

Bermain congkak sambil menunggu order

Cantek kan deconyer

Ahaa...dapor gas neh dah lama tak nmpk. Umah aku dulu ade dapor neh. Tgh2 buh minyak gas

Pastuh terus la ke air terjun dalam FRIM tuh untuk tunggu Kak Biah. Best jugak air terjun dalam tuh. Silap tak bawak baju jer, kalo tak harus aku dah berendam bagai. Akhirnya, Kak Biah pun sampai dengan muka merah2 sbb baru selesai bercanopy walk.

Me n Cik Kam

Sembang-sembang psl kerja, psl hiking segala, then Kak Biah ajak perg buat fish spa. Harus la pergi sbb free katanya. Ikan untuk fish spa neh besar2 siot. Memula masuk kaki dalam air tuh, harus la kene bergelak ketawa dulu. Sangat geli okeh. Kene fokus betul2 baru tak gelak.



Selepas itu, secara tiba-tiba aku terdengar suara azan. Kitorang pun balik. Haha.

p/s : Next time maybe bleh buat canopy walk dan bermain air terjun sekali :p.

***

Mlm p layan Zoom In plak kat RTM. Aku sungguh tidak berpuas hati dengan backdrop Zoom In tuh. Mcm interior space shuttle rancangan kanak-kanak okeh. Tak seswai.

Dari segi persembahan, Nitrus sbg host persembahan nyer biasa2 je bg aku. Tapi OBS ngan Pesawat mmg best walaupun sbg guest ajer.

Tapi ntah la...dah namanya Zoom In terbitan RTM kan, harus la audience mcm senyap ajer. Tak happening langsung. Oleh sbb siaran langsung jugak, audience tak dibenarkan berdiri. Aku taula relevannya diorg tak bg berdiri, sbb takur budak2 myspace tuh nnti buat aksi2 tak senonoh ker hape kan....tp pehlis laa...ini band2 indie yg perform ok u'olls. Korang bygkan yerk, lagu2 rancak bleh headbanging cam izal si bass OBS, tapi audience nyer mcm tgk orchestra kat istana budaya. Apekah??!! Tak puas hati lagi, aku bisik ngan Nany.

"Aku tak suka la tgk performance camni dok diam ajer". :p
Pastu Nani balas, "Kita pakai tudung, tak seeswai okeh".
Dushh...kene sebijik kat muka aku .Haha. Aku pun terus la menginsafi diri :p.

Habis jer Zoom In tuh, spt biasa ada acara2 bergambar dengan peminat. Aku? Aku amik gbr kat bawah neh jer la sekeping. Itu pun menyempit dengan Nani masa kuar dr audi. Biasa la, usia dah senja. Dah tak rajin nak bergambar dengan artis :p.

Perhatikan rambut spring ituh. Aku mengkagumi rambut ituh!

Me n Cik Nany

p/s: Aku sangat mengkagumi rambut bassist OBS, incik Izal ituh. Tiba2 mcm nk buat rambut cenggituh jugak. Tapi nnti kalo pakai tudung, tudung jd kembang laks :p

p/s/s: setelah sekian lama aku tuka skin theme blog haku neh, baru aku perasan ym punyer icon yg sepatutnter ader pada right panel tuh dah hilang! :p

p/s/s/s: Ms zaman kanak2 korang, penah tak korang berkawan tapi kawan tipu2. Ahaha...tetiba aku teringat plak bila chat dengan sorg member td. Kwn tipu2 tuh mcm...err...ko tak sker sorg kawan tuh, tapi ko tanak putus kawan ngan dia.....so ko kawan la ngan dia tipu2. Haha. Tah hape2.
 

Blog Template by YummyLolly.com