Thursday, December 10, 2009

Declare

Yer, hari ini, tanggal 10 Disember 2009, saya mengisytiharkan bahawasanya saya, Sukahati,  merupakan peminat Idola Kecil 4 eva n eva(gaya tulisan tulis kat dorm masa sekolah dulu :p)....hehehe. Daripada memula nama program ni Bintang Kecil, kemudian kepada Idola Kecil tahun lepas di mana aku penyokong Wada...hikhik....maka tahun ini, saya masih tetap menten menyokong Idola Kecil.

Lantak la peminat AF nak cakap apa pun (jeling kat Kematz). Motif dia cakap Idola Kecil ni boring?? Helloooo......AF tuh lagi boring okehh. Suara budak-budak Idola Kecil neh lagi hebat daripada Ebi atau Nonie (statement berani mati sgtz. Mati la akak kene kutuk ngan peminat kipas susah mati...tapi...ada akak kisahhhh??? hahahah)

Baiklah, siapakah pilihan hati saya untuk Idola Kecil musim baru ini?? Ada banyak yang aku suka. Paling aku suka budak nama Dayana ni. Peh.....suara mmg lemak merdu okehhh. Dah la cun...baru 10 tahun. Bila aku dgr dia nyanyi dan tgk dia, secara automatik aku dapat bayangkan dia akan ganti Tokti suatu hari nanti :p. Poyo tak ayat?? What ever lahhhhh....yang penting akak tehtappp suka dia. Kalau dekat Facebook, mmg akak click butang 'LIKE' :D.

Dayana

Kemudian di tangga kedua yang aku suka ialah Azzam.Mak aih budak neh....suara nyaring. Yang best tuh suara dia ader lenggok-lenggok tuhhhh. Macam M Daud Kilau. Tapi budak laki, biasalah. Suara belum pecah, satgi dah pecah lain pulak. Tapi takper, buat masa ini akak tetap menyokong u'oll Azzam. :D

Azzam


Kemudian Fienaz. Memula aku selalu konpius dia ni dengan Dayana. Dah lama-lama baru leh cam mana satu Dayana, mana satu Fienaz. Fienaz neh suara dia unik. Ader serak-serak sikit.

Fienaz

Kemudian last sekali adalah seorang Rock Chic, Ain. Mmg rock la budak neh. Suara serak dan lincah. I like. Kematz, sila search di youtube, ada persembahan Ain nyanyi lagu Mirage. Mungkin bleh usulkan Pesawat untuk duet dengan budak nih. Hehe :p.

Ain

Ini la top 4 yang aku suka. Tapi malam tadi aku tgk ulangan untuk minggu lepas punya sbb last week ada hal, tak dapat tgk. Aku baru nk jd peminat Sam, iaitu seorang budak lelaki berbangsa Cina. Dia menyanyi lagu Sudirman, Merisik Khabar, best giler okehhh. Tapi malang sekali bila dia undur diri dari rancangan ni, haiyohhh...sedih sgt u'olss. Mak tak puas hati sbb apesal Alif Satar tak tanyer reason kenapa dia nk keluar. Mak hanginnn sgt. Alih-alih terus keluar jer. Motif??

Sam


11 comments:

KeMatZ said...

amboi.... motif jeling kat aku... ada yang yang nak kena korek mata ni... hahahah :P

ehhh budak yang aku cakap tu sam.. lepas dia perform terus aku tido...

ya dayana memang hebat... bakal ganti TokTi bila dia dah tak adalah... kalau dia ada lagi jangan mimpilahh... nyanyi lagu 3 kupang pun tokti still orang suka... wakakak.. :P

matilahhh panjang comment aku... :)

sukahati said...

hellooo....sila buat entry di blog sendiri yer...choii....hahah

HaZiFah said...

suka suka sore dayana tu
tp aku undi Azzam lah~~
hehhee

sukahati said...

masalahnyer pza, ini takder undi2...tak mainlah sms2 macam AF tuhh :p

missgee said...

Sumpah!
aku tak nengok pun
Idola kecil tue..
hahahaha..
choiiii....

okeh jo..
nanti aku nak nengok arr..
berbaloi2 dari nengok af tue..
Betul tak kematz??
lari...
hahahaha

sukahati said...

MissG - Berbaloi-baloi okeh...tgk yerk...setiap ari Sabtu...pukul 9 malam...wahh..gigihh promote :p.

Motif MissG nk bermesra ngan Kematz kat sini?? Hehehe

Unknown said...

sue..Sam kuar sbb dia x sanggup tgk kawan2 lain kuar dulu...boleh??? Baik betul si Sam nie.....

sukahati said...

lorr....yer ker cam tuh kak sue...isk isk....baik btol dia :p

Unknown said...

hurm..
kalu AF tu pon aku tak layan,
apetah pulak idola kecik ni..

tak paham betul aku pasal rancangan2 camni..

Tak Lawak said...

Macam budak kecik je tengok idolaekcik wahahaha

sukahati said...

Riz - huhu...rancangan mcm neh mmg tak sesuai untuk tontonan anda

Tak lawak - ehh...saya mmg budak kecik...choii ;p

 

Blog Template by YummyLolly.com