Friday, February 5, 2010

Berkelah

Last week aku g ikot Nany exploring air terjun Berkelah dan terus camping kat sana. Sebutan 'ke' tuh macam sebut ikan keli. Bukan sebutan macam picnic. Berkelah ni dekat Pahang. Area Maran. Sebelum neh aku ingatkan Maran kat Terengganu. Rupanya yang dekat Terengganu tuh namanya Marang.


Aktiviti ni sebenarnya adalah aktiviti reunion budak sekolah Nany. Aku sajer la menyempil macam biasa. Buat-buat macam dah lama kenal :p. So jumaat lepas, pukul 10.30 macam tuh kawan Nany, Amir jemput aku kat rumah dan terus menuju ker Petronas Gombak yang dekat MRR2 tuh. Janji dengan yang lain pukul 11 jumpa kat situ tapi macam biasalaaa...orang yang paling cepat dah tentu2 la kitorang ajer. Yang lain belom sampai. So lepak dulu kat Burger King tanpa order apa-apa :D.

Dalam pukul 12.30 kot. kitorang terus gerak dan berhenti kejap kat Hentian Genting Sempah. Kat sini aku tak berapa paham sbb kenapa nak berhenti. Alasan nya ada yang tak makan lagi. Tapi bila aku pikir balik, kenapa tak makan kat Petronas tadi jer? Dah la jaraknyer tak jauh pun ...setengah jam ajer. Ok takper...abaikan :P.


Lepas makan-makan kat Genting Sempah tuh....teruskan perjalanan. Kemudian berhenti lagi kat Temerloh. Kat sini saje jer kot berhenti, driver nak rehat-rehat. Aku pun cam mamai-mamai jer sbb aku tido jer sepanjang perjalanan :p. Nany jer la yang temankan Amir berborak. Lepas tu teruskan perjalanan lagi terus ker masjid kg gelugor, tmpt kitorang akan park kereta. So sampai ajer, mula la berkemas-kemas untuk amik pack ration masing-masing dan sumbat dalam bag.

Pukul 7 lebih kurang, Lori pun sampai. So beramai-ramailah kami naik lori persis seperti PATI. Tapi best woo. Mana nak dapat experience naik lori :p. pukul 7.25 camtuh kami mulakan trekking. Memula trekking senang jer sbb still ader simen. Lepas tuh masuk hutan sikit. Time kat hutan neh penat jugak la untuk orang yang takder stamina macam aku. Pastuh baru le menyusur sungai, lalu dekat atas batu-batu sungai. Mmg best giler. Jalan tak rasa letih sangat sebab banyak waterfall yang cantik-cantik. Kejap-kejap amik gambar. Lebih kurang 3 jam perjalanan, baru la kitorang sampai camp site. Camp site kitorang antara kolam ke-6 dengan kolam ke-7. Semuanya ada 7 kolam.


Sampai ajer pasang la khemah bagai. Nak amsak pun awal lagi sbb baru pukul 11. So aku pun tuka uniform dan terus terjun tiruk (tipu- mana kan ku mampu untuk terjun tiruk). Pehh.....memang heaven ok. Mmg sangat dalam.....kawasan cetek sikit sgt. Seb baik aku dengan Nany bawak life jacket. So boleh berendam sesuka hati kami. Orang lain jeles jer tgk kitorang :p.

Pas mandi aper lagi, naik dan terus tolong-tolong masak. Masak ayam merah kot tghari tuh. tak berapa nak ingat. Pas makan, terus masuk khemah dan tido. Huahuahua. Penat dol berjalan 3 jam pastuh main-main air pulak. So harus la ketiduran semuanya. pukul 5 lebih camtuh, bangun solat. Pastuh taktau nk buat apa dah. Masuk khemah, pejam mata. Eh eh...tertidur lagi pulak :p. Sakit2 kepala jugak terlebih tido ni. So bangun la buat cekodok ngan Nany. Pas buat cekodok, makan-makan pastuh terjun tiruk lagi.


Malam, ader barbeque. Berhempas pulas la kami jaga unggun api. Dah la lidi lupa bawak, so kene la cucuk ayam-ayam dah potong kecik-kecik tuh kat ranting-ranting kayu. Mmg survival :p. Lepas tuh rasakan....aku sakit pinggang sebab mengcangkung cucuk ayam dan jaga api. Lepas makan terus masuk khemah sebab nak tegakkan pinggang. Bila dah masuk khemah, paham-paham jer la. Harus terlelap. Tapi kat sini malam pun panas. Takder angin langsung.

Pastuh bgn kejap pegi turun kat sungai malam tuh nak membuang yang patut dan gosok gigi bagai. Malam tuh bulan terang. Pakai torch light nk tgk jalan jer. Kalau tutup torch light pun masih boleh nampak orang kantoi buang air. Opsss...sape ek?? Hahahaha.


Next day, bgn subuh dan terus pergi naik kolam 7. Nak amik gambar. Pehhhhhhh....lagi la heaven tgk kat sini. Air terjun dia tinggi giler.....pastuh kolam pun dalam. Mmg cantik gilerrrrrrrrrrrrr. Lepas snappy-snappy, turun then buat breakfast. Lepas breakfast barula terjun tiruk lagi. Tapi kali ni terjun tiruk kat kolam 7. Aku ngan Nany orang pertama terjun dalam kolam tuh pukul 9 pagi. Orang lain semua lepak kat batu-batu jer...takut sejuk. Mmg sejuk pun. Tapi mmg best woooooo. Layan la mandi situ sambil beramah mesra ngan orang-orang dari group lain.

 
Ni air kat bawah...tak teringin pun aku nk main-main...huhu

Pas mandi-mandi harusla penat. So bersiap-siap kemas beg bagai dan terus lelapkan mata sekejap sambil cubaan untuk escape dari kene masak lagi. Hahaha. Dan sudah tentu la kami berjaya. Bangun-bangun.....derang suruh berkemas. Kitorang pun kemas apa yang patut sbb barang sendiri dah siap kemas sambil yang lain masak untuk lunch. After lunch, budak-budak lain amik2 gambar...kitorang pulak duduk jer sambil beramah mesra lagi dengan group lain yang baru sampai dan nk tunggu kitorang blah sbb nk amik tmpt kitorang tuh. Pukul 2 aku ngan Nany dah jalan balik. Budak-budak lain taktau kenapa lambat sangat tak siap-siap. So kitorang jalan dulu dengan sorang abg trekker. Sampai bawah setengah jam awal dari budak-budak lain. Kire kitorang turun amik masa sejam suku.

Pastuh tunggu lori lagi.....balik semula ke Masjid dan bersihkan diri kat Masjid tuh. Then terus pulang ke KL. Walaupun aku join orang yang aku tak kenal...tapi serius camping neh best giler. Tempat yang sangat best. Hasilnya, muka aku gatal-gatal dan kulit semakin sama kaler dengan Naomi Campbell. Syabas!!

7 comments:

Unknown said...

tempat yang best..
syok layan sambil makan mister potato..

sukahati said...

Rizzo - mmg best....tapi tak bawak la pulak mister potato :p

nhanania said...

ooo aku x ingt pun kite ade lunch..hahhaa

missgee said...

Bulan 6 wat la lagi..
mana tau aku bleh join..
Ajak gak kawan2 korang lain..
Tue paling mustahak..
hahahaha

sukahati said...

Nany - choii

MissGee - Bulan 6?? Budak2 ni tiap bulan ader aktiviti...nnti aku tgk bulan 6 aktiviti aper :D

HaZiFah said...

soklan sama gak aku nk tanyer:
toilet ngan tmpt mandi di sediakan ke? hehehhe

sukahati said...

Pza - disediakan tanpa bayaran :P

 

Blog Template by YummyLolly.com