Friday, May 30, 2008

Dag dig dug didalam dada......auwwww!

Neh nk citer psl mlm smlm. Aku dok tgk citer Isteri untuk Suamiku. Ape ker saspen sgt tgk citer tuh. Berdebar2 jantung aku tgk. Tgk2 Dr Dimaz ku ituhhh....kawen gak dengan Reva. Siottt jerkk. Rs cam nk hempas2 jer tv tuh. Aku punyer berdebar nak tgk die jd kawen ker tak...last2 ngan reva jugak die kawen. Nyampah. Tp seb baik laa....nnti Alya akan kawen gak ngan Dr Dimaz ku ituh. Hik hik. Ailiakkkkkk.

Aku ingatkan tgk Prison Break jer yang boleh wat kan jantung aku berdebar2, rupanya2 tgk sinetron ineh pon jantung aku dup dap dup dap. Hehehe.

Wat ever laa....yang penting aku dah jatuh cinta dengan Dr dimaz aka Gunawan Sudrajat. Hik hik.....ailebiu. Wahahaha. Gataiiii!

Wednesday, May 28, 2008

Sepi

Can't wait to watch Sepi. Perasaannya terujanya mcm perasaan aku excited tgk filem Cinta. Eheh. Lawat web www.sepithemovie.com. Sgt cantik dengan muzik latar yang sgt syahdu...huhuhu.


Tuesday, May 27, 2008

Lucky

Mengantuk giler neh. Smlm balik kul 1 lebih.

***

Smlm ader dinner kat Dewan Perdana Felda. Last minit nih baru aku plan nak pergi. Itu pon sbb dgr hadiah untuk cabutan bertuah yang sgt2 lumayan. Register smer kul 7.30 start. Pas maghrib bertolak dr opis. Bukan jauh pun. TPM smpi kul 8.30. Bese ler kalo majlis2 mcm nih....ucapan bla...bla..bla.. dah kul 9 lebih. Perut dah lapo neh. Pas jer ucapan, ader plak bacaan syair laa...sajak laa. Abih tuh br dpt mkn. Dan makanan pembuka selera yang tertulis dalam menu dia adelah 'Soto Special'. Aku biler tgk tuh ingatkan special nyer lebih ayam ker kan. Tp bile smpi jer menu tuh, mmg bebetul special la. Mmg aku tak sangka soto ituh se'special' ituh. Nak tau apa yang special nya??? Soto tuh cuma ader 2 ketul nasi impit, dengan seketul bergedil sebesar fish ball dengan beberapa biji kacang. Apekah???!!!! Mknn mmg kureng laa bg aku selama aku pergi mkn dinner kat tmpt2 len. Servis pun hampehh gak. Persembahan2 mlm td pun spt biaser, standart la persembahan untuk majlis2 gomen kannnn. Acara yang best hanyalah cabutan bertuah jer. Aku takla bertuah sgt. Walopon aku dapat hadiah, tp bukan bermakna aku bertuah sbb smer yang pergi akan dapat hadiah. Tp yang bertuah adelah sesapa yang mendapat grandprize. Aku tak bertuah untuk memiliki

LCD tv 42 inch' + aspire notebook
Demak
Habib Jewel RM5k
Poh kong RM2K
Ipod
Blackberry
N76

Uhuhu.....aper pon, syukurlah.Dpt benda best la jugak aku neh.Cuma tak cukup untuk diri sendiri jer. Tp door gift mmg akak sukerrr bangett. :D




Wednesday, May 21, 2008

42

Aku telah mencapai satu kejayaan yang besar kawan. Kejayaan yang selama ini aku anggap mustahil. Setelah bertahun berusaha dan mencuba pelbagai cara untuk mencapai kejayaan ini, baru sekarang termakbul. Syukur.

Mungkin bg sesetengah orang, kejayaan ini bukanlah sebesar mana pun. Tapi bagi aku, kejayaan ini adalah sesuatu yang amat membanggakan. Mungkin sbb sebelum ini perkara ini aku anggap sesuatu yang amat sukar dicapai oleh aku.

Ok. Apakah kejayaan yang telah aku capai itu kawan2?? Sbnrnya, aku telah pun berjaya menaikkan berat badan aku. Hahahahaha. Yaaaaa....sekarang berat badan aku dah jadi 42 kg. Ulang lagi sekali. 42....empat puluh dua. Hehe. Sgt bangga neh. Bukan senang ni nak naik. Kalo dulu time belajar, nak capai 40 pon tak pernah. Siap minum weight gain lg dulu, tak naik2 jugak.

Harap2nya pasni aku akan mendapat berat badan yang ideal. Hik hik. Tp taknak la kalo gemuk sgt plak kannnn. Nanti ssh plak nk turun. Tp dalam dok bergumbira berat badan naik neh, arituh zana my housemate tegur.

"Eh, you mmmg ader double chin ker??Atau dia yang selama ni tak perasan??"

Warghhhhhhhh....apekah!!! DOUBLE CHIN???!!! Dan tegurannya telah membuat aku berasa ok-aku-perlu-lakukan-sesuatu. Iyer, inilah masalah aku. Kalo nk berisi sikit, akan naik kat muka dulu. Muka mmg aku rasa sgt tembam dah skang. Mslh double chin nih memburukkan lagi keadaan. Aku perlu kuruskan muka. Nak buat cemana neh kwn2. Adoiii. Kene makan chewing gum ker?? Tp aku tak suker chewing gum. To chewing gum mempunyai rahsia tersembunyi bg wanita2 semua. Betullll...tak tipu nehhh. Tak caya pegi sini. Wahahaha.

Dah. Sekarang aku ader misi untuk men'single' kan chin aku. Ya...aku boleh. Pasti Boleh! Yay!

Friday, May 16, 2008

Terima Kasih Cikgu!!

Aku cuma nak ucapkan selamat hari guru untuk semua cikgu yang pernah mengajar aku dr kecik smpi ler besar panjang. Biar ler aku list kan nama2 cikgu aku yang aku ingat.

SEKOLAH RENDAH

Cikgu Zainuddin Puteh - cikgu paling best giler. Cikgu sekolah rendah aku. Die mengajar aku dr darjah 4 - 6. Cikgu kelas aku berturut2 selama 3 tahun. Mengajar subjek Matematik dengan Alam dan Manusia. Dalam buku latihan bila die cek, dan dpt A, akan dapat gummy bear(gula2 yang mcm jelly liat) . Gummy bear tuh ssh nk dapat ms tuh, takder jual kat pasaraya yang jual timbang2 tuh. Die beli kat singapore. Sbb wife dia org singapore. Cikgu neh mmg baik laa.

Cikgu Rahim - Cikgu ajar BM. Cikgu neh byk citer. Kadang2 tatau citer die tuh betul ker tidak :p.

Mrs Lim - Cikgu english. Die neh paling bergaya kat dlm dkolah tuh. Baju die ngan kasut ngan handbag mesti matching kaler. Bila die masuk kelas jer, kitorg mesti tgk dia dari atas ke bawah dengan subang2 die sekali matching. Dia neh garang sket, tp die mengajar mmg best.

Mrs Tan - Cikgu muzik. Memula dulu die mengajar 2 buah sekolah. Berselang seli hari dia datang mengajar sekolah aku. Last2 dia pilih untuk stay sekolah aku. Juga merangkap cikgu koir dan pancaragam aku.

Pn Azian - Cikgu BM. Cikgu neh baik jugak.

Ustaz Ariff Fadzillah - ustaz neh dah arwah pon dan penah sebat belakang aku lam kelas ngan rotan beb. Hahaha. Sbb bercakap dalam kelas.

Ustazah Manisiah - ustazah neh rock giler. Walopon mcm2 citer aku dgr, tp ustazah neh mmg best n sempoi.

Cikgu Nadirah - cikgu neh tak mengajar aku apa2. Tp die adalah mak kpd kawan baik aku ms skolah. So die kenal aku dan aku kenal die. Dan die sgt garang. Tp ngan aku tak garang laa...sbb aku kwn ank dia.

Cikgu Azura - Cikgu tarian aku. Penah ngajar aku gak lam subjek aper ntah. Tak hengat.(Jgn tak percaya, aku wakil sekolah lam tarian tauu. Dapat no 2 lagi peringkat zon)

Cikgu Aliza - Juga cikgu tarian aku. Cikgu neh wangi giler. Lalu sebelah dia jer, terbawa2 bau wangi dia.

Mr Gordon - Cikgu neh seorang mat salleh yang menjadi penolong kanan 1 yang muka cam drakula. Dia neh tak mengajar aku. Tp dia besfren ngan Cikgu Zainuddin. Suka kunyah chewing gum.

SEKOLAH MENENGAH RENDAH

Pn Mariam Mohd Noor - Cikgu math. Sebelum die mengajar aku, aku rs die neh seorg yang garang. Dah la cikgu disiplin. Pastuh dengan suary husky dia yang serak ituh sungguh menggerunkan. Tp ms form 2 dia ajar aku, die adelah esorang cikgu yang baik giler. Tak garang pon.

Pn Radziah - Cikgu math aku ms form 1. Cikgu neh mmg dikenali dengan kegarangannya. Juga cikgu disiplin. Tp mengajar math mmg best giler.

Pn Salbiah - cikgu bm merangkap cikgu kelas ms form 3.

Ustaz Ashaari - Ustaz paling sempoi. Mengajar aku ms form 3. Aku ngan kengkwn selalu mkn kopok lekor curi2 lam kelas die. Hehehe. Dan manusia yang bawak msuk kopok lam kelas lepas rehat adalah aku ler. sbb aku pengawas, masuk kelas lambat.

Cikgu Nasir - cikgu neh tak megajar aku. Tp die ader bau2 bacang ngan ayah aku. Jd kenallah. Juga cikgu disiplin.

Cikgu Rahimah - Mengajar english ms aku form 2.

Ms Chong Yin Yin - mengajar englsih ms form 1.

Ustazah Lizawati - ustazah neh mengajar agama ms aku form 1. Dia kejap jer kat sekolah aku. Setahun jer kot. Tp aku takkan lupa la ustazah neh. Sbb time subjek tilawah jer, mesti die suh aku yang baca. Smpi aku tensi. Bila time tilawah jer, aku dh dpt agak, mesti aku yang kene baca. Kalo pon dia suh org len baca, tp mesti ader jugak ayat yang aku kene baca. Tak sah kalo hari tilawah aku tak kene baca. Yang aku ingat bila aku tergagap, dia akan ckp "kita kene selalu baca supaya jd lancar". Hehe. Aku rs sbb dia jugak aku alhamdulillah smpi skang tak lupa untuk kadang2 baca kitab Tuhan)

SEKOLAH MENENGAH ATAS

Cikgu Rahim - also known as cikgu remy. cikgu neh ajar PKA. Mmg best cikgu neh. Cikgu neh pon byk citer gak. Dan bile die bercerita cam nak suh die jgn berenti. Juga merangkap warden asrama.

Cikgu Amer - Juga cikgu PKA. Cikgu neh best jugak tp sedikit kerek. LOL

Cikgu Rosmahini - Cikgu neh ajar LK. Mmg best laa die mengajar LK. Seorang yang sempoi.

Pn Aishah - cikgu neh mengajar kimia juga merangkap guru kelas aku. Dia mengajar best, tp aku tak minat kimia.

Pn Intan - cikgu neh mengajar fizik.Cikgu neh mmg baik dan mengajar pon best. Tp yang tak boleh lupa, aku tertidur dalam kelas dia smpi dia lalu tepi meja, ketuk meja. Ngantuk giler dol ms tuh. Haha.

Cikgu Ramalah - Also known as mama rem. Tak mengajar aku tp dia adalah warden asrama. Byk kenangan ngan cikgu neh. Aku penah kene spray ngan air kat muka time tidur sbb bgn lambat ntuk g skolah. Aku penah kantoi tak g kuliah subuh ari sabtu, die dtg cek satu2 dorm. Terus kene marah2, aku pon bangun, pakai tudung terus blah g surau. Biadap kan?? :p.Ms tuh mamai laa. Penah kene kejar mlm merdeka sbb tak g prep, tp g tgk tv. Baju aku basuh abih die baling ke bawah dr tingkat 3 sbb sidai kat tingkap. Towel penah kene rampas sbb tak sidai towel kat bawah ms g skolah. Tp ikotkan byk jugak brg aku kene rampas, pastuh kene byr kompaun. Byk la sbnrnyer, smpi tak ingat pon ader.

MATRIX
En Kassim - HEP yang sgt baik dan cute. Kalo nk mintak blk umah, mintak la ngan dia.
En Hafizi - Cikgu math yang best.
Cik Mas - Cikgu pertama yang ajar aku programming
En Hairon - ajar math
Isteri En Hairon - Tak ingat nama lah. Dia ajar multimedia tak silap.

UM
En Zaily
En Emran - Lecturer untuk tesis
En Yamani
Dr Ling - Lecturer network yang best!
Mr Phang
Cik Rodziah - PA aku
Dr Rosli

DAN PENGAJAR@ YANG AKU TAK TAU NAMA
Lecturer yang ajar aku guitar
Ustazah yang ajar aku bhs arab
Lecturere2 yang ajar aku tisas

DAN JUGA
Cikgu Azleena dan Cikgu Hazariah - hehe...member aku yang skang dah jd cikgu
Cikgu Feena - Wannabe cikgu. Skang tgh dok pulun studi dpli.

Kepada cikgu2 yang aku tak tulis nama. Mintak ampun byk2. Terlupa lah nama. Tp muka aku ingat. :D

KEPADA SEMUA CIKGU@PENDIDIK SAMA ADA YANG LIST NAMA ATAU TIDAK

SELAMAT HARI GURU.
TERIMA KASIH!!

Wednesday, May 14, 2008

... only three dots



WARKAH(BAU)

takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada


*******************************

Lagu ni aku dgr dalam citer sinderella smlm. Arini beria aku cari, sape yang nyanyi dan tajuk lagu neh. Rupanya kumpulan Bau. Dan aku baru perasan lagu neh Zam aka Kemat dah letak lam blog die. Tp aku yg tak dgr. Hehehe.

Monday, May 12, 2008

Mengejar abang bomba...hikhik

Tempat : Dataran Merdeka
Jam : 7.30 pagi
Tarikh : 10 May 2008

Sabtu lepas, berlangsunglah acara mengejar abang bomba Larian Bomba yg ditunggu2. Tungguker??? LOL :D

Berdebar2 neh beb nak lari 10km!!! Bukan berdebar kegembiraaan, tp berdebar ketakutan. Hehe. Sbbnyer minggu lepas tak training pon sbb balik kg. Minggu sebelumnyer tuh pon tak training gak, sbb g company trip. Cam poyo jer ckp g training kan?? Mcm professional jer. Wahaha. Tetiba jer minggu baru lepas neh nak lari, 10Km plak tuhhhh. Arituh masuk 5km pon rasa cam jauhhhhhhhhhnyerrrrrrrrrrrrrrr.

Tp larian kali neh aku ok skit ler dr yg lepas. Takder ler baru mula lari,dh rasa penat. Kira jauh jugak la baru aku start berjalan :p. Memula lari tuh aku rs cam ankle aku sakit. Tp pas lari skit2, tetiba hilang plak sakit tuh. Ajaibkan?? Aku sbnrnyer tatau nk lari cemana. Nak lari laju, takot pancit cepat. Nak lari selow2, nnti tak terkejar plak org kat depan. Perasan cam dpt kejar org depan jer kan?? Tanak la dpt jd last kan??

So laluan 10km neh ikot Bukit Tunku, jln duta, jln parlimen terus balik ker dataran merdeka. Giler penat naik turun bukit wehh. Catatan masa 1 jam 45 minit bersamaan 105 minit. Sepatutnyer kalo ikotkan catatan masa lari 5km = 50 minit. Jd untuk 10km aku patut habiskan dalam 100 minit. Tp neh dah terlebih 5 minit. Cam trademark stacy....alamak...terlebih sudahhh!!!Tuh la korang, kurus keding cam aku bukan nyer lari kuat. Sbnrnyer tak kisah gemuk ker kurus ker, yang penting stamina. Org tgk aku mesti kuat lari, angin tolak jer dah smpi finishing line, tp sbnrnyer tidak kawan2!! Ader sorg minah india neh, badan besar boleh tahan, tp steady jer dia lari pelan2, tp non stop.

Tp bangga la jugak ngan diri sendiri, sbb dpt habiskan 10km. Hehe. Kaki lenguh la jugak skit2. Tapi yg pelik ibu jari kaki aku yg sakit. Kalo picit kuku ibu jari neh terase sakitnye.

Ms dah smpi tuh, aku dok tunggu ler si nani. Tunggu2 tapi die takder. Pelik lak aku budak neh. Rasanyer aku tinggalkan die tak la jauh sgt. Tapi sesungguhnyer nani lebih hebat dr aku. Dia rupanya nek ambulance. Bukan senang weh nak nek ambulance. Siap naik strecher. Hehehe. Seb bek dia tak nekad nek moto abg polis. Nek ambulance pon dapat jugak sijil penyertaan. Kalo aku tau, aku pon nak nek ambulance.





Gbr dicurik dr blog chan ...hehehe


Knp nani takder dlm gambar di atas?? Jwbnyer kerana nani tgh beramas mesre ngan abg bomba lam khmeah bantuan kecemasan. Hehehe. Sah kene bongok lg ngan nani neh kang. Wakaka

Sunday, May 4, 2008

Cuti cuti








Dah seminggu ... br aku nk update psl g team building kat Pulau Perhentian. Bese ler, i bukan rajin sgt. Hehe . So pd 24/4 yg lepas aku ngan rerakan sepejabat yg lain bertolak ke Kota Bharu dulu, transit di kb untuk semalam. Pg suppose bertolak kul 6.30 pg la kunun, aku pon cam poyo jerk kuar umah sebelom subuh. Mmg bebetul la sebelum subuh. Solat subuh kt opis lg. Tp bese ler, janji melayu bertolak kul 7.30. Hampeh jerk. Lam perjalanan tuh ntah berapa kali berhenti. Dah pergi beramai2, byk ler ragam maknusia yg perlu dilayan. Dmpi kb lebeh kurg kul 6 ptg. at kb kitorg tinggal kat motel Taman Hijau untuk gegirl ajer. oboy aku tatau derang dok mana. Tmn Hijau neh ok laaa. Rumahnyer sgt sweet dan cute. Mlm tuh g mkn kat aper ntah nama tmpt tuh, mcm bazar mkn2. Kat situ la aku br mkn mknn org kelantan neh. Rasa la sotong sumbat pulut tuh. Aku memula excited giler nk mkn benda tuh, sbb dulu mak aku buat, pulut yg disumbat lam sotong tuh ader campor sambal. Rupanya kat kelantan derang mkn ngan mcm air gula. Sungguh tak memenuhi citarasa aku. Tp sbb dh beli, aku telan ajer ler. Lg satu mknn yg aku mkn ialah satar. Sedap jugak la satar neh. Tak manis...itu yg penting. Lg satu ms mkn tuh aku order nasi putih daging merah. Daging merah die mmg bebetul merah, cm letak pewarna, Scary jugak ms nk mkn tuh, mcm merah darah ajer. Huhu. Pas mkn jln2 g pasar mlm area situ2 jugak. Pastuh blk dan teros deboom tido.

Sok nyer pepagi lam kul 7.30 tak silap, bertolak nek bas untuk ke jeti di bedut. Spi besut lam kul 10 kot.Festaim nekbot. Seb baik aku takder plak mabuk2 laut ker. Ok jer. Tp sakit jugak ler montot aku. :p. Kat perhentian kitorg dok kat Cocohut chalet. Chalet aku mmg bebetul mengadap laut, berapa meter jer ker gigi air. Mmg best ahh. Aktiviti kt sana cam bese ler, snorkeling, pastuh ader la game untuk team building skit2. Snorkeling mmg best ler, dpt tgk penyu, dpt pegang clown fish, bg ikan mkn pastuh rs jer ikan2 gigit tgn. Tp coral byk mcm nk mati jer, sian.Taim free n easy tuh ader la merasa nek kayak, dok belajar terapung kan badan scr terlentang ngan kak ina n kak zila. Hehe

Sbom balik ker kl, aderla singgah pasar Payang. Ader la beli sikit untuk femeli aku. Tp untuk diri sendiri takder. Huhu. Takder byk masa nk membeli. Smpi kl lebeh kurang kul 11 mlm. Soknyer kene keje. Giler penat.
 

Blog Template by YummyLolly.com