Friday, May 16, 2008

Terima Kasih Cikgu!!

Aku cuma nak ucapkan selamat hari guru untuk semua cikgu yang pernah mengajar aku dr kecik smpi ler besar panjang. Biar ler aku list kan nama2 cikgu aku yang aku ingat.

SEKOLAH RENDAH

Cikgu Zainuddin Puteh - cikgu paling best giler. Cikgu sekolah rendah aku. Die mengajar aku dr darjah 4 - 6. Cikgu kelas aku berturut2 selama 3 tahun. Mengajar subjek Matematik dengan Alam dan Manusia. Dalam buku latihan bila die cek, dan dpt A, akan dapat gummy bear(gula2 yang mcm jelly liat) . Gummy bear tuh ssh nk dapat ms tuh, takder jual kat pasaraya yang jual timbang2 tuh. Die beli kat singapore. Sbb wife dia org singapore. Cikgu neh mmg baik laa.

Cikgu Rahim - Cikgu ajar BM. Cikgu neh byk citer. Kadang2 tatau citer die tuh betul ker tidak :p.

Mrs Lim - Cikgu english. Die neh paling bergaya kat dlm dkolah tuh. Baju die ngan kasut ngan handbag mesti matching kaler. Bila die masuk kelas jer, kitorg mesti tgk dia dari atas ke bawah dengan subang2 die sekali matching. Dia neh garang sket, tp die mengajar mmg best.

Mrs Tan - Cikgu muzik. Memula dulu die mengajar 2 buah sekolah. Berselang seli hari dia datang mengajar sekolah aku. Last2 dia pilih untuk stay sekolah aku. Juga merangkap cikgu koir dan pancaragam aku.

Pn Azian - Cikgu BM. Cikgu neh baik jugak.

Ustaz Ariff Fadzillah - ustaz neh dah arwah pon dan penah sebat belakang aku lam kelas ngan rotan beb. Hahaha. Sbb bercakap dalam kelas.

Ustazah Manisiah - ustazah neh rock giler. Walopon mcm2 citer aku dgr, tp ustazah neh mmg best n sempoi.

Cikgu Nadirah - cikgu neh tak mengajar aku apa2. Tp die adalah mak kpd kawan baik aku ms skolah. So die kenal aku dan aku kenal die. Dan die sgt garang. Tp ngan aku tak garang laa...sbb aku kwn ank dia.

Cikgu Azura - Cikgu tarian aku. Penah ngajar aku gak lam subjek aper ntah. Tak hengat.(Jgn tak percaya, aku wakil sekolah lam tarian tauu. Dapat no 2 lagi peringkat zon)

Cikgu Aliza - Juga cikgu tarian aku. Cikgu neh wangi giler. Lalu sebelah dia jer, terbawa2 bau wangi dia.

Mr Gordon - Cikgu neh seorang mat salleh yang menjadi penolong kanan 1 yang muka cam drakula. Dia neh tak mengajar aku. Tp dia besfren ngan Cikgu Zainuddin. Suka kunyah chewing gum.

SEKOLAH MENENGAH RENDAH

Pn Mariam Mohd Noor - Cikgu math. Sebelum die mengajar aku, aku rs die neh seorg yang garang. Dah la cikgu disiplin. Pastuh dengan suary husky dia yang serak ituh sungguh menggerunkan. Tp ms form 2 dia ajar aku, die adelah esorang cikgu yang baik giler. Tak garang pon.

Pn Radziah - Cikgu math aku ms form 1. Cikgu neh mmg dikenali dengan kegarangannya. Juga cikgu disiplin. Tp mengajar math mmg best giler.

Pn Salbiah - cikgu bm merangkap cikgu kelas ms form 3.

Ustaz Ashaari - Ustaz paling sempoi. Mengajar aku ms form 3. Aku ngan kengkwn selalu mkn kopok lekor curi2 lam kelas die. Hehehe. Dan manusia yang bawak msuk kopok lam kelas lepas rehat adalah aku ler. sbb aku pengawas, masuk kelas lambat.

Cikgu Nasir - cikgu neh tak megajar aku. Tp die ader bau2 bacang ngan ayah aku. Jd kenallah. Juga cikgu disiplin.

Cikgu Rahimah - Mengajar english ms aku form 2.

Ms Chong Yin Yin - mengajar englsih ms form 1.

Ustazah Lizawati - ustazah neh mengajar agama ms aku form 1. Dia kejap jer kat sekolah aku. Setahun jer kot. Tp aku takkan lupa la ustazah neh. Sbb time subjek tilawah jer, mesti die suh aku yang baca. Smpi aku tensi. Bila time tilawah jer, aku dh dpt agak, mesti aku yang kene baca. Kalo pon dia suh org len baca, tp mesti ader jugak ayat yang aku kene baca. Tak sah kalo hari tilawah aku tak kene baca. Yang aku ingat bila aku tergagap, dia akan ckp "kita kene selalu baca supaya jd lancar". Hehe. Aku rs sbb dia jugak aku alhamdulillah smpi skang tak lupa untuk kadang2 baca kitab Tuhan)

SEKOLAH MENENGAH ATAS

Cikgu Rahim - also known as cikgu remy. cikgu neh ajar PKA. Mmg best cikgu neh. Cikgu neh pon byk citer gak. Dan bile die bercerita cam nak suh die jgn berenti. Juga merangkap warden asrama.

Cikgu Amer - Juga cikgu PKA. Cikgu neh best jugak tp sedikit kerek. LOL

Cikgu Rosmahini - Cikgu neh ajar LK. Mmg best laa die mengajar LK. Seorang yang sempoi.

Pn Aishah - cikgu neh mengajar kimia juga merangkap guru kelas aku. Dia mengajar best, tp aku tak minat kimia.

Pn Intan - cikgu neh mengajar fizik.Cikgu neh mmg baik dan mengajar pon best. Tp yang tak boleh lupa, aku tertidur dalam kelas dia smpi dia lalu tepi meja, ketuk meja. Ngantuk giler dol ms tuh. Haha.

Cikgu Ramalah - Also known as mama rem. Tak mengajar aku tp dia adalah warden asrama. Byk kenangan ngan cikgu neh. Aku penah kene spray ngan air kat muka time tidur sbb bgn lambat ntuk g skolah. Aku penah kantoi tak g kuliah subuh ari sabtu, die dtg cek satu2 dorm. Terus kene marah2, aku pon bangun, pakai tudung terus blah g surau. Biadap kan?? :p.Ms tuh mamai laa. Penah kene kejar mlm merdeka sbb tak g prep, tp g tgk tv. Baju aku basuh abih die baling ke bawah dr tingkat 3 sbb sidai kat tingkap. Towel penah kene rampas sbb tak sidai towel kat bawah ms g skolah. Tp ikotkan byk jugak brg aku kene rampas, pastuh kene byr kompaun. Byk la sbnrnyer, smpi tak ingat pon ader.

MATRIX
En Kassim - HEP yang sgt baik dan cute. Kalo nk mintak blk umah, mintak la ngan dia.
En Hafizi - Cikgu math yang best.
Cik Mas - Cikgu pertama yang ajar aku programming
En Hairon - ajar math
Isteri En Hairon - Tak ingat nama lah. Dia ajar multimedia tak silap.

UM
En Zaily
En Emran - Lecturer untuk tesis
En Yamani
Dr Ling - Lecturer network yang best!
Mr Phang
Cik Rodziah - PA aku
Dr Rosli

DAN PENGAJAR@ YANG AKU TAK TAU NAMA
Lecturer yang ajar aku guitar
Ustazah yang ajar aku bhs arab
Lecturere2 yang ajar aku tisas

DAN JUGA
Cikgu Azleena dan Cikgu Hazariah - hehe...member aku yang skang dah jd cikgu
Cikgu Feena - Wannabe cikgu. Skang tgh dok pulun studi dpli.

Kepada cikgu2 yang aku tak tulis nama. Mintak ampun byk2. Terlupa lah nama. Tp muka aku ingat. :D

KEPADA SEMUA CIKGU@PENDIDIK SAMA ADA YANG LIST NAMA ATAU TIDAK

SELAMAT HARI GURU.
TERIMA KASIH!!

4 comments:

HaZiFah said...

giler la igt nama cikgu.Mnyk gak ko igt.Tp satu je:
Cik Rodziah - PA aku

aku rasa xder nama Cik Rodziah bkn PA ko sama ngan CheSue ke? Cik Rafidah?

KeMatZ said...

hehehhe.,,, wehhhh nama trainer ko tak letak...

KANNAN... RAHMAN..... SAFUAN.... YASSIER..... SOFIAH ENDUT (kakak ko)

hehehehhe

Najashukor said...

sue..merangkap kawan semukim @ jiran makcik aku kat RPA ..haha

wah..dasat ingatan ko..wey Cikgu Rohizah lah..bukan Radziah..
haha aku masih ingat lagik muka garang dia tuh..wahh sadis aku kene marah sebab tiru signature dia sebab aku dah terkoyak kan buku Math..huwaa nangis...
Ustaz Shaari aku masih ingat..kesian ar dia kita sekelas buli dia..Insap aku..

- Aja:p

sukahati said...

p-za - ahahah....yer2...cik rafidah...cemana aku leh tersilap lak nama die neh

kematz - a'ah laa...apesal aku tak teringat langsung ngan trainer kiter dulu yerk...mungkin tiada chemistery...wahahah

aja - puan radziah ek?? betol la kot. Dah terkompius nama daaa..hehe

 

Blog Template by YummyLolly.com