Monday, September 29, 2008

Bla..bla...bla

Apa yang aku buat hari ni? Pagi pergi shopping baju raya. Setengah hari dok shopping. Dr pukul 10 sampai la pukul 2. Panas ya amattt. Tapi nasib baik dah sampai rumah, hujan lebat giler. Syukur. At last, dpt jugak aku baju raya :D.

Balik-balik, rehat kejap. Lepas tu mak aku suruh kupas bawang merah SEKILO!! Giler banyak laaa. Mak aku dah start masak rendang dah hari ni. Dah siap dah pun. Rendang daging resipi arwah opah aku. Mak aku cakap senang jer buat rendang neh, cuma kene banyak bawang. Aku tgk pon cam senang jer. Masukkan semua bahan, pastuh masak atas api berjam2.

Esok masak rendang lagi. Rendang ayam pulak. Resipi aper tak tahulah pulak aku. Tungu esok yer. :p

Esok lepas sahur aku dah plan nak buat biskut. Ecewahhh. Dah bertahun rumah aku tak buat biskut sendiri. Semua beli jer sebelum ni. Tapi tahun neh sbb mak aku dah beli bahan, mcm kene buat jugak la. Kalau tak, tak rajin jugak aku nak buat :D.

4 comments:

KeMatZ said...

sue... ko buat biskut apa... nanti balik kl nak sebalang.... hehehe nak rasa hasil air tangan ko boleh... wakakkaka

sukahati said...

teringin gak yerk ko nk mkn biskut aku buat...bleh buat jual nehh :p

KnowLee said...

Tak menangis ke kupas bawang sekilo?

sukahati said...

cik knowlee - t5akder la plak nangis. sbb kupas jer kot...tak hiris2 :p

 

Blog Template by YummyLolly.com