Aku suka tidur bila hujan turun.Contohnya mlm tadi. Sungguh best dgr bunyi2 hujan...sambil kau lelapkan mata. Nyaman. Bunyi guruh-guruh yang ala-ala manja. Feelnya sungguh......err.....nikmat
. Bunyi2 air hujan tuh seakan suara Jamal Abdillah yang menyanyikan untuk aku lagu 'Tidurlah Wahai Permaisuri'
. Sungguh syiok. Cuma aku tak suka petir dan kilat. Tidur sambil dgr bunyi ombak pun best. Mcm aku pergi kem btn kat besut dulu. Orang lain solat subuh, aku yang cuti, baring atas pasir pantai yang sejuk dan tidur ditemani bunyi ombak.
Jd, akibat daripada kenikmatan tidur yang nyenyak malam tadi, aku bangun lambat hari ni. Jd lambat jugak pergi ofis dan lambat juga sampai ofis. Jln pulak jem tak hengattt. Rumah ngan ofis dekat jer, tp perjalanan ambil masa sama mcm orang dr Shah Alam. Boleh?? Pukul 8.40 aku masih terhegeh2 depan simpang rumah aku. Huh.
Kebetulan aku bercakap psl hujan di awal entry ni, aku nak cerita masa aku tensi meredah kesesakan jalan rya pagi td. Ader teksi depan aku. Di tahan oleh 2 orang mat bangla. Salah sorang drpd mat bangla itu sungguh cool beb. Sbb dia pakai t-shirt band Hujan. Sungguh cool kan??
Heh. Korang ada??
***
Mlm tadi berjaya menghabiskan buku 'Dunia Ini Sederhana Kecil'. Aku membaca sambil menDENGAR tv. Kalau aku menonton tv, konfemlah aku tak akan baca kan. Jd dalam usaha untuk menghabiskan buku tersebut, aku menDENGAR tv. Lgpun aku tak nak miss criter 'KUMILIKMU' dan 'KISAH KAISARA'
.
Ya, dunia ini sederhana kecil. Sejauh mana pun aku nak mengembangkan network kawan2 aku. Balik2 ke situ jugak.
- Laili, kwn ms aku sekolah menengah dulu, satu kuliah dengan si Kemat.
- Si Kemat pulak boleh kenal classmate aku ms matrix, iaitu Hazwan.
- Member chat aku ms 1st yr kenal junior aku mase matrix, Helida, sbb girlfriend
sekarang isteri dia berkawan baik dengan junior aku.
- Masa aku berbuka puasa dengan member ACCP arituh, Daus bawak kawan dia, Omar. Dan Omar adlah sbnrnyer satu office dengan Syikin, kawan sekolah aku.
- Daus, pulak kenal dengan Nisya-chan, kawan satu kuliah merangkap roomate aku masa 2nd yr sbb mereka berdua Pegawai Gomen Terulung.
- Masa kat office lama dulu, Si Fadhil yang ddk sblh aku tiba2 ckp, 'mun kirim salam'. Rupa-rupanya, Mun rakan sebilik aku waktu tuh, satu uni dengan si Fadhil dan sebelum kenal Fadhil, actually aku dah dulu dgr citer psl dia. Haha.
- Masa aku 1st yr dulu, roomate aku, Nurul, satu kuliah dengan Amy, bestfriend aku masa sekolah rendah. Salah satu faktor aku rapat dengan budak civil masa kat uni.
- Si Nany pulak satu kuliah dengan Wahida, officemate aku sekarang ni.
Ya, dunia ini sederhana kecil.
***
Minggu ni aku asyik rasa mual dan loya-loya jer
. Makan pun sikit-sikit jer. Kenapa yerk? Haihh.
***
Ok. mempunyai rambut warna ala ala 'brunette' mmg idaman aku. Tapi kalau dah beruban, sape nak jwb kawan2?? Dah ada lebih 20 helai uban atas kepala aku. Dan tahukah kamu kawan, uban ni menyebabkan kepala aku gatal. Bila kepala aku gatal, mesti aku cari uban dan mesti jumpa punyalah. Pastu aku cabut...lega. Risau plak aku, uban semakin byk. Aku tau aku dah tua, tp... haihhh. Amik dari
sini ,
[Rambut boleh kehilangan warna kerana kekurangan
melanin iaitu bahan pewarna semulajadi yang terdapat di dalam badan yang juga dikenali sebagai pigmen.]
Adekah aku terpaksa meminum susu buatan dr China untuk menggalakkan melanin??