Monday, November 3, 2008

Aku perlukan rehat...

Hujung minggu yang baru lepas, aku masih sibuk memenuhi aktiviti poya2. Dan sbnrnyer aku sgt letih. Letih yang dicari sendiri jelir.

Sabtu



Aku masuk Canon Photomarathon. Masuk kategori compact ajer la. Mana kan ku ada dslr. Sabtu pagi, pukul 5 lagi aku dah bangun. Bersemangat neh sementelah registration mula pukul 7. Smpi Times Square pukul lebih kurang 7.15am. Erme n da gang pun dah sampai. Orang dah mula beratur. Panjang. Tapi sbb aku masuk kategori compact, pendek jer barisannya sengihnampakgigi. Tapi memula mcm segan giler nak keluarkan kamera aku yang kiut tu, sbb ramai giler yang menunjukkan dslr masing2 siap dengan lens n tripod segala bagai. Start pukul 9 kot. Tak sure sgt sbb excited nak amik gbr jelir. Itupun tema pertama tanya orang lain sbb tak dgr langsung apa yang organizer ckp. Kemudian bertebaranlah manusia2 berbaju merah bagai semut merah yang bertempiaran lari sbb sarang kene pijak dengan manusia. First theme ialah 'Indulge Metropolitan'. Apekah??? Aku hantam jer amik mcm2. Ada gbr yang takde tema pon ader. Aku amik gbr ikut tema sukahati aku jelir. Tapi yang lebih byk adalah gbr syok sendiri. Pose sana sini gelakguling. Mcm pelancong asing yang baru sampai KL. First theme ni mcm ada idea. Tapi tempat yang terhad mls nak pergi tmpt jauh2 dan awal pagi sangat, yang membuatkan aku shoot gbr yang tak berkenaan.





Amik2 gbr sambil berjalan ke Pavillion. Then smpi Pavillion, apekah??? Exclusive sgt ke Pavillion neh smpi amik gbr pon tak bleh. Mmg tak bleh blah. Terus la kitorg amik second theme dkat concept store Canon dalam Pavillion. Second theme ialah 'Mess in Rules'. Dapat jer theme neh, aku dapat idea nak amik gbr orang melintas masa lampu melintas warna merah. Yes, aku dapat amik. Tapi taktau kenapa aku tak hantar gambar tuh. Aku pergi hantar gbr tong sampah??! Mungkin time upload gbr tuh, gila aku dtg jelir .



Third pitstop adalah kat KLCC. So sambil2 berjalan ke KLCC tuh, snap la sana sini. Then amik third theme iaitu 'Goes Green'. So idea aku adalah nak shoot gbr 'recycle bin'. Tapi macam ramai la pulak amik gbr tuh. Last, mcm takde idea nak amik aper. So jln balik ke Pavillion, solat dan rehat. Serius letih beb masa dalam perjalanan balik ker Pavillion tuh. Lenguh kaki dan letih. Aku mmg rasa nak buka kasut jer jalan. Dalam surau Pavillion tuh, sempat la lelapkan mata dalam 15 minit cenggituh. Nikmatnya rasa.


Then siap semua jalan balik ker Times Square. Sampai terus upload gambar, amik mknn dan makannnnn. Siap segala, kitorg jalan2 dalam Times Square. Sempat la aku dan pza buat fish theraphy spa. Dah lenguh kaki kannn. Merasalahhh. Sungguh geli masa mula2 tuh. Si Pza tak henti2 ketawa. Ahahah. Nani pulak siap buat foot massage. Then sempat jugak dia bershopping baju.


Habis tu dah pukul 6, Nani dengan aku ingat nak lepak kat Masjid yang dekat dbp tuh sbb mlm tuh plan nak pergi Maskara Shorties. Gigih kan?? nak tunggu result pun mcm la menang kan?? So baik la berambus sbb mlm tuh ader plan lain. Tapi lepas tu Zehan, member Erme ajak lepak rumah dia jer. So terus lepak rumah dia sbb mcm dekat jugak. Mmg agak bestla Photomarathon ni. So aper yanag aku dapat dari photomarathon ni?? Aku dapat penat, lenguh kaki, kawan baru, experience, seronok, dan kulit yang lebih gelap jelir.

***

Mlm, lepas solat dan mandi2 dirumah Zehan kitorang terus menuju ke Rumah Pena. Sbb Maskara start lebih kurang pukul 8 camtuh. Sampai2, kerusi mmg penuh. So kitorg amik port ddk atas carpet, depan sekali. Belakang Mamat Khalid dan Pyan Habib okayyy. Rasa mcm artis plak sengihnampakgigi. Tapi agak sakit dan panas montot ddk atas tar beralaskan karpet ituh. Tapi ader yang ddk atas tar tak lapik apa2 jelir. Rasa mcm zaman dulu2 pulak, tgk wayang lambak. Start tayangan, masih ok lagi. Lepas2 tuh....ramai giler manusia. Tapi aku sungguh terganggu dengan sorang mamat ddk belakang kitorg. Aper yang tertulis kat skrin dlm mana2 filem, mesti dia nak baca dengan kuat. Apekah??? Member dia tak reti baca ker haper?? Sgt tapaham. Tayangan malam tuh mcm biasa ader filem yang best dan ader yang tak best. Part yang tak best tuh mmg la konfem aku mengantuk. Dah la seharian berjalan sana sini. Mungkin yang buat tak best tuh sbb aku tapaham isi filem tuh sendiri atau juga mungkin aku dah terlalu penat untuk menghadam mesej2nya atau sememangnya aku terlalu bengap ntuk paham seni dalam setiap filem tu. Tapi mmg ada beberapa filem yang aku suka dan tak suka. Mlm tuh jugak aku dapat rembat kumpulan cerpen paling sexy, 'Romlah: The Untold Stories'. Menjadikan ini buku ke-6 dalam barisan buku2 yang aku beli tapi belum baca. Adehhh. Pukul 11, kitorang dah kene blah. Tak sempat nak tgk smer filem.



Aku sampai rumah pukul 12.30 pagi. Sampai2 ajer, aku campak beg kat tepi, salin baju tido, solat isyak dan terus .... padam!

***

Ahad
Pagi2 lagi dah bangun. Kene pergi rumah kakak aku kat Rawang. Dia ader buat kenduri kesyukuran sikit. Terus berdesup amik adik aku dulu. Sampai2, kene la tolong itu ini. Mata aku mmg ngantuk tak bleh blah. Agak2 kerja dah kurang, terus masuk bilik nak lelapkan mata. Sempat la lelapkan mata setengah jam itu pun bangun sbb makcik aku dah dtg. Bersiap2 bagai, kenduri pun berlangsung. Pastuh mcm biase, muka akak neh mmg muka basuh pinggan. Basuh2 pinggan, kemas2 khemah, kemas2 rumah ....smpi ke maghrib jugak habisnya. Baru arini aku rasa sakit pinggan angkat pinggan mangkuk. Mlm tuh kakak aku pergi tgk jln pergi opis baru dia. Malas aku nak ikot sbb penat giler. Aku dok rumah ngan anak sedara sulung aku, bukan untuk berehat jugak. Tapi basuh kain dan gosok baju. Siap semua, kul 11 terlentang la aku tido. Tak ingat ape dah.


Serius. Aku perlukan lebih masa.

Imajin. Bangun pukul 5 - Times Square - Pavillion - KLCC - Pavillion - Times Square - Desa Pandan - Rumah Pena - ZzZzZz - Rawang - Kenduri - ZzZzZz - Kerja.

Takde rehat yang cukup. Aku perlukan rehat. Aku perlukan tenaga. Atau mungkin aku perlukan ecstacy?? jelir

9 comments:

HaZiFah said...

wahhahaha
2 hari 2 mlm aku rs penat nyer :P

KeMatZ said...

bila mau bawa aku ronda ronda kl.. sambil ajar aku cara cara ambil gambar

sukahati said...

Pza - hujung minggu neh aku nk rehat sampai lebam

kematz - cet..mcm ko tak biasa jln2 kat kl.

nhanania said...

"Tapi aku sungguh terganggu dengan sorang mamat ddk belakang kitorg. Aper yang tertulis kat skrin dlm mana2 filem, mesti dia nak baca dengan kuat. Apekah??? Member dia tak reti baca ker haper?? Sgt tapaham"

aku sempat usha muka mamat blkg tu..bleh tahan hensem ingtkn muka2 kokak yg jenis bc kuat2 ni.

nhanania said...

sbnr nye aku mc ni sbb nk rehat gak..tp mmg letih..smpai ahad esok nyer aku x lalu mkn.

sukahati said...

nany - woo...sempat lg usha mamat tuh :p...heh....rehat la sepuas2nya. Lgpon ko mesti bersedih skang neh, gigi dah takder sebatang :D

Izan said...

patutla maintain slim... sila rehatkan diri anda ok. kang pengsan sambil berjalan. hahahahhahah

sukahati said...

izan - hahaha...minggu neh la aku nak rehat. Takder aktiviti aper2 dalam jadual minggu neh

木須炒餅Jerry said...

That's actually really cool!亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,
三級片,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,成人圖片區

 

Blog Template by YummyLolly.com