Sunday, February 8, 2009

Gagah

Smlm untuk kedua kalinya aku pergi Maskara. Itupun sebab di ajak oleh Kematz. Aku pun on jer la. Minggu neh pun takder aktiviti. Tapi memula dia ajak tuh aku cam kompius gak. Biar betul mamat neh ajak aku g Maskara. Setahu aku dia mana layan benda2 mcm ni. Lainla kalo Sunburst ke, Konsert AF ke kann :p. Tapi rupa-rupanya sbb idola beliau, Ana Rafalli. Ceh. Beliau menggunakan aku sebagai batu loncatan untuk mengenali Ana dengan lebih dekat. Tapi takper la kan. Aku pun nk la dgr jugak. Best sgt ker dengan Ana Rafalli neh smpi gigih sgt member aku ajak pergi Maskara neh.

Pukul 8 lebih kitorang dah sampai. Sampai pun cam malu2 kucing gitu. Tak kenal sape2. Maksud aku, kenal muka jer blogger2 terkenal tuh. Tp kenal lebeh2 tak ler. So harus la buat hal sendiri, terus masuk , cop tempat duduk. Time duduk tuh tetiba rs seperti seorang seniman. Wahaha.

Aku tak pandai nk cerita tapi dr hos, Bro Azzam Supardi ke performance KuChi, Jonos, Adam Kasturi, FynJamal, PipiYapong and Ana Rafalli mmg best. Masing2 pun unik. Bro Kuchi tuh, layan gak lagu dan suaranya. Jonos dengan sajak dan sketchnya. Adam Kasturi, penyajak muzikal, lain dr lain. Mmg kagum la aku tgk. tetiba cam terpikir, cemana agaknya kalau aku bersajak mcm dia time skolah dulu. Mesti hebat giler aku dan akan menjadi wakil sekolah :p. Sis FynJamal pun best. Baca entry beliau dengan penuh perasaan. Bro Pipi plak baca entry tanpa perasaan. Tapi tetap kacip dan komedi :p. Last, Ana Rafalli. Wahh, kagum jugak aku dengan adik manis nih. Sebelum kat Maskara neh, ader la member aku si Kematz neh memperkenalkan aku ngan adik manis neh. Aku pun dengar la lagu dia. Cam biasa jer. Tapi semalam tgk live, mmg masyukk ahh. Suaranya, lagunya, senyumannya dan imejnya. Sgt sweet okeh. Habis smlm, sempat la bergambar dengan Ana. Itupun dipaksa oleh Kematz. Haha.

Muka aku minyak2 mcm baru balik lari. Apekah? :p

Lepas jer amik gambar dengan Ana tuh, Si Kematz neh dok menyengih ajer. Tak bleh blah. Sampai aku ckp benda lain pon dia tak fokus. Kepala dia dok teringat kat Ana jer. Angau dan excited giler lah. Mmg smlm la aku br nmpk diri Kematz dalam keadaan tergedik-gedik. Hahahaha. Selesai amik gbr, terus pekena sepinggan nasik dan pulang kerumah.


***



Ptg tadi pulak layan tgk Teater Puteri Gunung Ledang dengan Kematz lagi. Woahhhh. Tak best okeh. Tak best sbb kitorg ddk belakang sekali dan atas ; akibat gagal mendapatkan tiket yg sesuai sementelah tiket yang sesuai itu habis. Tapi performance, aku takleh ckp apa la. Konfem la best giler kannnn. Bg pandangan aku, persembahan Tiara, Adlin dengan AC mmg best. Hang Tuah tuh, aku rs mcm bukan watak utama pulak. Adlin aku sgt kagum sbb dia menari dengan sungguh lembut dan suara dia bleh tahan ok kawan2. No wonder dia bleh kritik budak AF dengan sgt laser. Habis ajer, terus kuar dan seperti biasa bersnappy2 syok sendiri :p.



Tapi ms nak balik tuh, nampak idola kematz yang kedua selepas Ana Rafalli iaitu Roslan Aziz. Tapi aku wonder, nape kematz tak tergedik2 nak bergambar dengan Roslan Aziz mcm dia tergedik2 nak bergambar dengan Ana Rafalli? :p Haha.



Bila menonton teater neh buat aku nak baca balik kisah sejarah. :D

8 comments:

Unknown said...

err, sape yang gajah..?
ehh, sape yang gagah..?
sue ke kematz..?

KeMatZ said...

ngan roslan aziz... senang jumpa...
ngan ana susah occay...
tak dengar dia da 5 abang...
wakakakka harus carefull occay...

nhanania said...

uii 5 abang? single mingle lg ker?
gigih, gagah, lps ni guguh plak ek?

sukahati said...

riz - err..tentula gusti adipati yang gagah

kematz -wahhh...ngan roslan aziz selalu jumpa tuhh....tau la selebriti blogger :D

nany - single mingle la beb...mude lagi tuhh...
err...guguh ader makna ker?

HaZiFah said...

nany>>> pas ni gugur kot :P

uiiii org2 bekemban isk2 :P

sukahati said...

pza- kemban la sexy beb

Ruby League... said...

wah... aku baru nak g tgk ahad ini.... tapi aku duduk depan.. bawah sekali... nak beli grand stand macam tgk PGLM mula2 dulu... dah takder tiket... sedih2....

sukahati said...

panadol - haa ...tiket seating lower circle la aku nk beli....tp habeh sokmo...terpaksa la beli yg 33 hengget punyer.

 

Blog Template by YummyLolly.com