Monday, February 23, 2009

Letih-letih. Saya mahukan rehat

Hari Sabtu lepas aku menduduki Ujian-Kerjaya-Masa-Depan dekat Jln Peel sana nun. Malam sebelum tuh jenuh la aku dok pergi riki jalan sengsorang. Walaupun pernah lalu sekali, tapi haruslah tak ingat. Lgpun masa 'terlalu' arituh pun sebab tersesat akibat terlepas simpang nk balik dr Times Square. Dalam dok riki tuh pun, tersesat jugak. Tapi alhamdulillah....jumpa juga lokasi yang dicari. Rupanya belakang Jusco Maluri je (akak sukerrrr). Exam dari pagi sampai petang tuh beb. Awal2 exam, aku dah mengantuk gila. Rasa nak tidur jer time buat exam tuh. Mengantuk tak boleh blah. Lepas tuh, acara mengarang2. Haruslah mata tak sempat nak mengantuk sbb tangan lenguh dok menulis. Dah lama tak menulis, rasa macam jari2 dah krem :p. Oleh kerana lokasi aku buat exam tuh belakang jer Jusco Maluri, cuba korang teka apa yang aku buat lepas habis exam?? Hehe. Yaaaa....sudah pasti aku memcuci mata berwindow shopping bagai (gaji tak masuk lagi). Sambil2 nak mencari hadiah harijadi si-perempuan-mengandung. Sgt tak reti nak beli aper untuk hadiah harijadi org mengandung neh. Nak beli barang bayi, rsnya terlalu awal. Nak beli baju mengandung, nnti tak muat pulak. Akhirnya seperti biasa, pilihan terakhir adalah hadiah yang aku mmg suka nak bagi kat orang, tapi tak semua orang suka hadiah ni. Setelah letih bermarathon dalam Jusco Maluri tuh, sendiri mau ingat la untuk pulang ke rumah. Balik rumah terasa letih ya amat. Dari pagi pukul 7.30 kuar rumah sampai la pukul 6.30ptg baru balik. Mana tak letihs.

***

Hari ahad pulak, pagi lagi bangun nak bermarathon dekat Dataran Merdeka - KL City Day Run. 10km menanti. Dah la lari sorang2. Nany taknak join. Kununnya nak merehat dan melengkapkan diri untuk masuk office baru hari ni. Jadinya lari la aku sorang2 dengan budak opis aku yang lain pastinya. Catatan masa satu jam empat puluh minit. Sampai rasa nak pitam2 laa. Nasib baik kaki hari ni tak sakit sangat. Sengal2 biasa macam lepas berlari ajer. Hadui....top 100 pon tak dapat neh. Entah bila la aku nk dapat finisher medal neh. Kene lebih berusaha gigih dan cargas. Balik dari marathon tuh tak usah cakap la. Terus melepek dari pagi sampai ptg.


We are the champion. Champion ker??! :p

Me with Kak Liza n Kak Maznah. Aku tayang sijil jer laa...medal takdak

***

Malam pulak dah janji dengan Mama Mun si-perempuan-mengandung dengan Pza nak dating. Rasa macam nak kensel ajer, sbb aku sgt penat. tapi bila lagi nak dating2. Maklumlah, minggu depan si-perempuan-mengandung nak berpindah ke Penang. Lepas neh mungkin sukar sikit nak berjumpa selalu-selalu. So semalam kitorg jumpa dekat Mid Valley. Si-perempuan-mengandung belanja. Hehe. Mcm selalu2. Murah la rezeki baby dalam perut tuh. Dari kul 8 lebih. sembang punya sembang smpi aku tak perasan pun dah pukul 10. So aper lagi, snappy2 dan ucap selamatlah hendaknya si-perempuan-mengandung dengan kehidupannya di Penang nnti. Kemudian aku pun pulang ke rumah.

Saya bersama si-perempuan-mengandung. Yang mana satu mengandung neh? Haha

Kami!

2 comments:

Unknown said...

Akhirnya seperti biasa, pilihan terakhir adalah hadiah yang aku mmg suka nak bagi kat orang, tapi tak semua orang suka hadiah ni.

wahh..
nak hadiah gak..
=D

sukahati said...

erkkk...anda mengandung ker riz?? kalo mengandung bleh la bg hadiah tuh :p

 

Blog Template by YummyLolly.com