Thursday, April 30, 2009

Paperdoll

Smlm, gigih aku ngan Kematz pergi tgk Patung Kertas 2 dekat Matic. Ia merupakan acara yang tidak dirancang sebenarnya. Kat opis pagi semalam, tiba2 rasa macam tayangan Patung Kertas 2 habis pada awal bulan May. Aku pun gigih google nak tgk tayangannya sampai berapa haribulan. Tgk2, habis pada 3 May. Jadi manakan sempat untuk aku tgk sbb hari ni akan pulang ke kampung halaman selepas kerja. jadi peluang untuk aku menonton hanya pada malam semalam. So terus buzz kematz ajak pergi tgk smlm. Dia pun on ajer. So aper lagi, zass, booking ticket semua. Nasib baik ader tiket lagi u'olls.

Mcm tiket bas kan? :p

Lepas maghrib, bertolak lah aku dr opis ker Matic. Tak balik rumah okeh. Gigih giler kan nak tgk teater punya psl. Smpi jer kematz dah tunggu. Ticket pon aku dah suruh dia amikkan. Sape suruh smpi awalkan? Gigihhhhh sgtz. Pukul 8.30 masuk dewan. Ramai penonton lelaki yer kawan2. Aku pun kurang mengerti mengapa senario ini terjadi :p. Masuk dewan, ader penari yang dok statik jer atas pentas. Kalo lenguh baru tuka pose. Motif mungkin untuk mengalu-alukan kedatangan kami la kot. Seat aku ngan kematz, row paling depan okeh u'olls. Kematz siap ckp ms ddk tuh, 'Kalo diorang tarik tgn suh naik pentas macam mana?'. Aku cakap, 'Naik jerla'. Aku jwb camtuh sbb aku tak rasa dia akan tarik2 atau libatkan penonton dlm persembahan. Haaa...tapi amik ko sekali. Kemunculan Cik Muda Bunga Kenanga telah membuatkan aku kecut perut. Dia baling bunga kat audience ok. Naseb baik tak baling kt aku. Dia baling kt budak sebelah sebelah sebelah aku. Eh, tapi aku pempuan kan....konpem la dia tak baling kt aku. Naseb baik. Phewww...Kematz pun terselamat :p. Kalau Kematz kene, haruslah Cik Muda Bunga Kenanga duduk diatas Kematz. Wowwwww. Siap boleh ramas2 lagi tisu didada beliau. Hahaha. Pada babak Malam Gala iaitu malam persembahan PaperDoll mereka untuk memungut sumbangan untuk bantu anak Suhana, ada satu show tak silap aku lagu 'Makhluk Tuhan Paling Sexy'. Dan pada ketika lirik paling sexy tuh, Kemtaz di point out dengan jari okeh, oleh drag queen tuhh. Hahahaha. Sesuatuhhhhhh sgtz u'olss. Hot jugak rupanya Kematz neh. Silap datang ngan aku jer. Kalo tak aku rasa mmg dah kene ngorat dahhhh. Tuh pun dia ckp sebelum masuk dewan, 'motif apesal tgk2 aku?'. :D.

Ashraff Muslim yg hot


Serius, teater ini sgt bestttttt!! Aku tak tahu pun teater ini adalah teater muzikal sbnrnyer. So bila first opening ader tarian bagai, baru aku tahu ini teater muzikal. So akak was like excited giler u'olls. Lgpun perasaan nk menonton tetaer ini adalah disebabkan ini adalah persembahan musim kedua. So bg aku, pasti ader sesuatuhhhh yang menyebabkan teater ini dibuat lagi untuk kali kedua. Tuh yang beria benar nk tgk tuh.

Takder byk aku nk komen cuma pada babak anak Suhana jatuh pengsan, Ebi Yus pulak yang hantar anak dia balik rumah tapi Si Suhana neh boleh selamber jaga kedai. Mcm takder perasaan jer tgk ank sendiri pengsan. Itu jer la yang aku cam muskil. Yang lain semua best. Mmg tak rugi menonton. Aku suka gbr2 yg pd layar skrin, menghidupkan suasana. Juga suka bagaimana set dan props dimasukkan untuk setiap babak. Sgt cool. Sbb props dimasukkan melalui tarian dan selingan2 yang tidak menganggu tumpuan pun. Dan setiap karakter yang wujud dipentas memainkan peranan masing-masing. Walaupun tumpuan perlu difokuskan pada watak utama, tetapi watak tempelan juga berlakon menyebabkan korang rs nak tgk semua. Lakonan semua mantopppppp. Dari pelakon utama ker pelakon tempelan sehingga ke pelakon kanak-kanak. Budak yang berlakun sbg Adik Chu ms kecik tuh siap goyang gerudi lagi tuhh beb. Aku yang tgk plak rasa nak patah pinggang. Mmg budak tuh pandai berlakon lah. Watak Kareena Kapur adalah watak yang paling kelakar sekali. Kelvin Lau pulak, ohh...dem, body hot giler. Aku pulak jeles. Mmg serius smlm aku rs tercabar sebab nyah2 neh lagi lawa dr aku :p. Then sepanjang persembahan, aku ngan Kematz bisik setiap kali watak baru keluar, 'Ni laki ke pempuan?'. Haha. Dah tak kenal sbb derang cantek sgt. Kemunculan Viviana sbg emcee pada malam gala paperdoll juga tersangatlah best dan spontan. Yerlah, saper tak kenal Viviana kan u'olls. Mmg Diva drag queen dlm bidang dia yang tersendiri. The most nyah yg paling kaku ialah...ermmm....Radhi Khalid :D. Baru balik dr Amsterdam....rambut blonde...hilang muka bangla kata Viviana. Tapi akak sedih la noks....sbb tak dapat nak bergambar dengan laki mak, Ashraff Muslim :p. Hensem giler wehhh. Gugur jantung akak tenungnyer :p. Hehe.

Budak ni la pandai berlakon

Diva Viviana

Aku rs macam nk tgk lagi jer. Sape yang tak tgk, pergilah tgk. Ini bukan sekadar hiburan atau drag show. Tapi juga ada mesej yang ingin disampaikan. Juga ia merupakan persembahan amal untuk IJN Foundation. Serius tak rugi beb. Aku yang penat2 pergi tgk balik kerja smpi pukul 11.30 menonton rs sgt berbaloi. Lepas tuh lepak mapley smpai pukul 12.30. Smpi rumah basuh kain bagai sbb dah rendam. Kemas bag pulak sbb hari ni nak balik kampung halaman. Kemudian golek2 takmau tidur. Aku telan ubat tidur separuh biji. Pukul 3 baru leh tidur. Walaupun bangun pagi rs letih, tapi rasanya puas dpt menonton Patung Kertas 2 smlm. Bila teringat some parts, aku boleh senyum sorg2 :D. Mmg Bestlah! Syabas kepada team Patung Kertas 2.

Nak jugak selit gbr sendiri ;p. Muka makin gemuk...nyampah ah.


Wednesday, April 29, 2009

Buku Lima

Hari Ahad lepas aku meronggeng seorang diri ker Book Fair. Aktiviti wajib untuk pergi walaupun sebenarnya takder bajet pun untuk buku bulan ini.

Tetapi, sesungguhnya iman aku lemah. Aku telah merembat beberapa buah buku, yang harganya kurang dr rm10 :D. Kunun nak jimat la kan. Tapi kalo dah bilangannya spt dibawah....sendiri mau pikir laa. Adess. Tapi sungguh seronot. Byk giler buku nak dibeli, cuma wang mengekang diri dari merembat buku tersebut. Bygkan yerk kawan2, Kamus Dewan yang harga rm90 lebeh bleh menjadi RM40 lebeh jer. 50% discount beb. Tapi aku tak beli laa :p. Ikutkan hati nak jugak beli...tapi apakan daya. Belum mendapat penaja lagi.

Book fair kali ni walaupun di buat selama seminggu atau lebih tepat 10 hari, tapi ini merupakan pameran yang lebih kecil berbanding tahun lepas. Tahun lepas, smpi dewan paling belakang kat PWTC tuh pon digunakan. Booth Karangkraf jer dah amik satu dewan tahun lepas. Booth Utusan pulak panjang berjela. Tapi untuk tahun ni, Karangkraf bukak booth kecik jer, Utusan pun sama.

CD ni rm5 jer satu.

:D

Entah bila la aku nk buku-buku ini sbb sekarang pun aku masih ada 4 buah buku yang dalam queue untuk dibaca. Orang lain dah habis pon agaknya baca buku tetralogi Andrea Hirata, aku baru terhegeh-hegeh nak baca 'Laskar Pelangi'. Buku 'Bukan Yang Pertama' baru baca 1/6. Buku 'Surat2 Perempuan Johor' dgn 'Jutawan dr Planet Jupiter' yang aku beli masa warehousesale MPH tahun lpeas pun tak bukak lagik. Adoiii....mmg parah macam ni.

Oh Incik Masa, tolong datang kepada saya. Saya perlukan kamu!

Monday, April 27, 2009

Post - Mahsuri

Last Saturday melepakkan diri menonton teater Mahsuri bersama2 rakan-rakan seperjuangan iaitu Cikgu Eena bersama kakak dan sepupunya dan juga abg Kematz.

Kali neh seat, pada kedudukan yang agak best. Tapi aku kurang puas menonton pementasan ini. Ceritanya terlalu pendek sedangkan aku rs ianya boleh dikembangkan lagi. Mungkin boleh diselitkan babak bagaimana ajaibnyer kelahiran Mahsuri yg kununnya, mak Mahsuri makan kerak nasi tepi sawah. Kemudian baru la dapat Mahsuri. Walaupun babak ini mungkin la mcm kurang menarik untuk dipentaskan , tapi aku rs babak ini agak penting untuk penonton kemudian menghubungkan keajaiban Mahsuri yg tak boleh di bunuh dengan keris lain selain keris kepunyaan keluarganya. Kemudian kisah cinta Wan Darus dan Mahsuri juga terlalu sedikit. Jika di buat kisah percintaaan mereka mcm babak cinta PGL mungkin lebih syahdu :p.

Pada babak Datok Pekerma Jaya meminang Mahsuri , rasa something wrong somewhere sbb set tak tukar. Agak tidak relevan untuk meminang di jeti? Kemudian setiap kali tukar set, lampu padam, tutup tirai dan sbgnya. Aku rs itu tak perlu sbb kita tahu bhw ini adalah teater. Penggunaan bhs pon mcm ade tak kena. Aku tak pasti pada zaman Mahsuri, panggilan 'Abang' untuk suami sudah diguna pakai atau tidak. The ending part, terlalu mengejut. Mahsuri mati, cerita pun habis. Aku mahu lagi! AKu mahu ada babak tunjukkan Wan Darus balik ke Langkawi dan dpt berita isterinya mati. Dia rasa sedihkah?? Marah pd abangnya kah?? Kecewa kah?? Kemudian mungkin boleh tunjuk juga bagaimana kesan keadaan Langkawi selepas disumpah Mahsuri untuk menunjukkan bahawa sumpahan Mahsuri mmg terjadi kerana beliau mmg benar2 difitnah.

Apa pun Vanidah punya suara sedap jugak. Arja Lee pun lakonan dan suaranya ok juga. Lagu2 dalam teater neh pun best2. Aku suka. Koreografi dari Corrie Lee. Tak Perlu pertikaikan lagi. So overall, kire ok la dengan harga tiketnya.







Abis menonton lepak kat Laman Santai jap dengan Kematz lantaran(hebat jugak bhs aku ni...haha) aku tak mkn sehari suntuk ok u'olls. So ingat nk mkn kat situ smbil2 tgk performance Nija dengan Eliza. Tapi mknn pon dah habis. So tuka port kat belakang IB smpi pukul 3 sambil tgk mat2 rempit dan minah2 rempit serta penyokong2 bola sepak negara. Orang lain dok layan Piala FA, kitorg p tgk teater. Tak 'into' langsung :p.


Bersama kelima-lima Perdana Menteri Malaysia. Haha. Takder kaitan

Ada iras tak? :p

Kami. Incik Kematz yang memegang kamera.

Sunday, April 26, 2009

Kenapa aku tak pernah jumpa doktor yang hensem?

Tgk. Byk giler ubat aku. Bulan ini merupakan bulan paling byk aku amik cuti dan MC. Smpi minggu lepas aku dtg opis, lepas tu tetiba sakit perot, pergi klinik dpt MC, tapi aku dtg balik semula ke ofis sbb ade kerja dan rasa terlalu kerap amik MC lately. Lihatlah rakan2, betapa baiknya aku sbg pekerja :p. Kannn??


Salah satu ubat di atas adalah ubat tidur yang dilabel sbg ubat 'Relax'. Pelik sbb aku rs aku tak stress tapi mmg susah nk tidur lately. Mengapakah ye??

Mlm selepas aku dapat ubat tu, aku pun telan sebijik. Next day, aku bangun 8.30 pagi okeh. Amik ko. Itupon bukan terjaga sendiri, tapi Cik Ila, housemate saya yang kejutkan aku. Huhu. Penangan ubat tidur

Eh...korang tak rasa ker entry neh mcm sampah. Tah hape2 jer aku cerita. Takder motifkan?? Dan korang pon membazirkan masa selama lebeh kurang 5 minit nak baca cerita sampah ini :p.
Tapi mmg selalu entry aku berbau sampah pun. Mcm tak biasa. Kannn?

Saturday, April 25, 2009

Pre - Mahsuri

Friday, April 24, 2009

Gimnas itu sexy

Budak ni namanya Diyana. Sepupu aku. Lihat.....10 tahun akan datang, dia mungkin gimnas negara yang akan mewakili Malaysia dalam sukan Olympic. Sungguh aku kagum dia boleh buat cenggini. Aku pun balik rumah try nak buat jugak, tapi hampeh. Sakit pinggang aku.....haha. Korang boleh buat?? Aku cabar korang buat dan post gbr di blog masing2 ....hehe.

Friday, April 17, 2009

Sibuk seperti penyibuk

Aku terlalu ingin meng'update' blog aku, tapi aku berada dalam ke'busy'an melampau. Ye ker?? Tapi bleh buat kuiz dlm facebook lagi. Aper cerita?? :p

Busy dalam erti kata, untuk update blog, perlu masa untuk mengarang dan berfikir tatabahasa yang sesuai didalam setiap ayat.

Tuesday, April 14, 2009

Buah oren berlari-lari

Wahhh...dah lama tak update ini blog. Ape sudah jadi dengan tuan empunya ni?? Sbnrnyer Cik Sukahati masih sihat walafiat jer....cuma kemalasan melanda. Lagpun skang sudah tukar projek lain, tukar tmpt baru, tukar pc yg berkuasa "turbo".....jd adrenalin untuk memblog pon kurang.


***

Ayuh bercerita pasal BHP Orange Run yang berlangsung Ahad lepas di The Curve. Aku rs ini adalah rekod larian yang paling teruk kot :p. Awal-awal larian lg aku dah mula rs nk muntah. Silap sbb pergi minum 100plus pagi2 buta tuh. Bijak kan?? Separuh perjalanan dah rs isi perut dah seprauh tekak. Mmg berjalan jer la lepas tuh sbb takut isi perut keluar habis. Rasa nak naik ambulans pon ada tapi takder geng pulak :p. Lutut belah kiri pon dah sakit. So jalan jer la slow-slow. Sampai aku jumpa petugas St John....mintak minyak cap kapak untuk nak bagi hilang muntah. Buh atas kapas.....pastuh pegang jerla kapas tuh smpi habis. Haha. Nasib baik habis jugak 11km dari The Curve...Tesco...Dataran Pelangi...Tropicana...Bandar Utama n balik semula ker The Curve. Catatan masa 2 jam okehhh...untuk 11km. Rekod buruk. Huhu.

Dimana saya?? Gbr ehsan chanbai :D

Sape tau aku kat mana dalam gbr diatas akan mendapat ganjaran dating ngan aku sambil mkn kehepsi. Jer.

Friday, April 10, 2009

Malas mahu update

Apakah Nama Blog Anda Sekarang Dan Kenapa Anda Pilih Nama Itu?
- Suka Suki Hati. Sukahatilah nak buh nama aper pun :p

Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

- Sila tgk kt url atas tuh. Idea tak timbul pun, sukahati jer tetiba.

Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?

- Aper method2 neh. Mcm programming la pulekk. Method yg aku guna ialah sukahati aku jer.

Pernah terasa nak hapuskan blog anda?

- Kadang-kadang

Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
- Blog kematz adelah blog dimana anda boleh mendapat sumber2 live performance dr indie band :D

10 Person To Tag

Chedet
Khir Toyo
Azwan Ali
Julia Ziegler
Suhaimi SUlaiman
Linda Onn
Siti Nurhaliza
Ako Mustapha
Kevin Zahri
Enku Emran





Tuesday, April 7, 2009

Kembali




psst beb, gua amik ini gbr kt sini
 

Blog Template by YummyLolly.com