Festival Bon Odori dalam masyarakat Jepun adalah festival kunun menyambut pulang hantu yang melawat balik keluarga dalam setahun sekali camtuh. Tapi festival ni kat Malaysia lebih nak menunjukkan budaya jepun. Tapi sesuai jugak nk sambut hantu pun, sbb stadium tuh sebelah jer dengan memorial park :D.
Kunun nak pergi naik komuter sbb ada disediakan shuttle bus dr komuter Shah Alam. Lgpun pikir-pikir nnti susah nak cari parking. So pukul 5.45ptg camtuh tunggu komuter dekat stesen Pantai Dalam. Sekali tgh tunggu, ader announcement kata komuter stuck smpi 30 minit. Setengah jam okeh! Choi sgt!
Aku tak paham btol dengan KTM neh. Cemana nak buat servis smpi Ipoh nun, kalau area kat KL ni pun hampehh! Perbaiki la dulu perkhidmatan sedia ada, lepas tuh baru la plan nak buat komuter dari mana-mana pun. Nak sampai bulan pun boleh. Haa...kan aku dah emo.
Ok sambung. Lepas dgr stuck smpi 30 minit, kitorg buat keputusan naik kete jer. So terpaksa la balik ke rumah Pza balik amik kete. Direction pun taktau neh, so Kak Tora call la makciknya tanyer arah nak ke stadium tuh. Berkat arahan direction yang betul, sampai jugak kitorang tanpa sesat-sesat. parking pun nasib baik ada, sebab disediakan parking kat dalam kilang JVC tuh. Cuma kene jalan jauh sikit.
Kira timing baekkk punya. Sampai2 acara tarian pun start.Tapi tak ramai lg menari. Kebanyakannya tgk-tgk jer. Serius mmg ramai manusia. Ramai gak pakai yukata. Tengok budak-budak pakai yukata sangatlah comel. Ader gak jualan yukata. Teringin jugak, tapi mahal sgt, baik aku g tempah baju raya aku :p . Yang pakai cosplay pun ada walaupun ilan terang-terang cakap "No cosplay allowed". Siap nampak spender bagai. Tapi yang aku perasan, takder yang pakai high heel. semua pakai flat sbb mmg takleh pakai heel, tanak bagi padang rosak kot.
Pukul 7.30, cari tmpt solat. Bagus gak la cara festival ni dianjurkan. Ada disediakan khemah untuk tmpt solat, siap ader paip air bagai. Sgt pandai urusetia memikirkan semua ini :D.
Habis solat, jalan-jalan tgk gerai2 jualan dia. Biasalah, dah namanya festival jepun, haruslah makanan-makanan jepun jer ader jual. Aku teringin nak beli aiskrim jepun, tapi rasa was-was lak. Akhirnya beli aiskrim Kings ajer la :p. Kak Tora la beli makanan banyak. Kak Tora beli, Aku ngan Pza makan :D.
Dah makan-makan, acara menari-menari sambung. So kitorang join jugak menari. Simple jer tarian Jepun ni. Tapi-tiap satu rutin ulang banyak-banyak kali. Aku join 2 tarian jer. Lepas 2 tarian, kepala pun sakit. Haa...amek ko. Menari sampai sakit kepala. Lg satu, keadaan sgt berdebu okeh. Mungkin sbb padang kering, pastuh manusia ramai menari-menari. Sakit tekak pun yer jugak. So tunggula Kak Tora yang asyik masyuk menari bersama-sama rakan-rakan forum beliau yang lain. Kul 9.30 camtuh acara pun habis. Kitorg pun pulang.
Video yg sempat aku capture
The next day, Ahad, suppose aku ader larian Siemens. Tapi disebabkan aku sakit kepala, aku pun lari dalam mimpi jerlah :p.**sbnrnyer aku masih menunggu gbr dari Pza. Gbr kat kamera aku ader 2 bijik jer muka aku. Yang lain gbr tak berkenaan. Hampeh ajer :p.
8 comments:
wah menarik video ni.
lebih kurang poco poco jer...
ni apa nama tarian ni...
harus praktis....
kematz - aaa...bleh la macam poco2. Ulang2 ajer. Aku suka lagu dia...comel2
Sue..
Awek tudung kaler Biru
sebijik macam kawan aku..
Nama dia sape??
Kawan aku tu 'Mazura'
Ke orang yg sama??
hehehehe..
aku teka je :P
MissG - Nama dia Mastura, tapi dia mmg ada kembar nama Mazura...aku panggil Kak Mazu. Cikgu kan???
Weh..
Betul arr tekaan aku..
hehehehe..
'Mazu'tue
sama2 aku time
kat maktab..
Sue..
aku suka kawan
ngan 'Mazu'..
dia byk stok makanan..
Aku suka kawan mcm tu..
memenuhi selera.. :p
MissG - sama la tuh ngan Kak Tora, Rajin jer masak itu ini...spagetti laa ...macam2
ko bagus kan som..suke berjalan2..bagus tul..pehtu repot cam journalist..love ur blog!!huuuuuuu
Syikin - uihh...journalist kah kalo ejaan pun tak btol :p
Post a Comment