Tuesday, July 21, 2009

Chokit

Tadi lunch pergi Chow Kit. Teman Kak Sha beli barang kek. Sangat seronok lah masuk kedai tuh. Rasa berkobar-kobar nak buat kek. Siap beli buku :p dha tadi. Tapi aku blom beli oven lagi. Neh yg rs tak sabar nak beli oven neh. Sebelum neh dah terpikir dah nak beli. Lepas tuh tgk Aja punya blog pun tgh pk nak beli oven gak. Bila tadi masuk kedai tuh, terus rs macam akan beli jugak nnti.

Pastuh survey2 psl oven. Orang kata oven cap butterly tuh bagus. So far mak aku guna yang buh atas api tuh mmg bagus. Kek menjadi ajer. Tapi payah asik kene tgk jer, dah masak ker belum dan asik kene jaga api.

Tapi masa search tadi baru aku tau oven cap butterfly tuh ada yang guna letrik. Ni yang kene cari ni.

Oven Butterfly letrik yg saya idamkan

Setelah google-google....kebanyakan cakap oven cap Europa, Zanussi,Galy dan Elba pun ok. Tgk, semua jenama yang kurang kedengaran jer kan?? Yang aku tau cap Elba jer banyak. Hmmm...di saat ini, kalau mendapat sponsor dari rakan-rakan yang mahu menghadiahkan aku sebijik oven, sangatlah digalakkan yer :D.

Search psl butterfly punya barang, jumpa gbr ni. Hehe...ini la stove cap butterfly. Dulu mak aku ada dan bila nak masak kek, buh oven tuh atas dapor minyak tanah ni sbb dulu dapor gas umah aku jenis gedabak besar sekali ngan oven tuh. Bila oven rosak mak aku beli oven butterfly. Pastuh sbb nak buat kuih lama, masak kat dapur minyak tanah ni boleh bersila kat bawah :D. Teringat zaman kanak2 dulu...hehe.

 

Blog Template by YummyLolly.com