Aku bukan nak cakap pasal kes ini. Cuma semalam ada Oprah senaraikan tanda-tanda bahawa kita perlu bertindak jika tanda-tanda tersebut sudah jelas ada pada pasangan. Iaitu:-
1. Cemburu (jealousy/s
2. Sikap mengongkong (controllin
3. Maki Hamun (verbal abuse)
4. Ugutan (threats to harm you, family even pets)
5. Pengasingan (isolation - menjauhkan mangsa dengan keluarga dan teman2)
Ok. Selain itu yang menarik minat aku ialah apabila Oprah cakap, kadang-kadang sebenarnya Tuhan telah membisikkan kita sesuatu. Tetapi kita mahu menganggapnya macam tiada apa-apa kerana kita mahu ianya begitu. Kita tidak mahu menerima realiti yang sebenarnya.
***
Bercakap pasal bisikan Tuhan, yang mana aku anggap ianya suatu instinct atau naluri. Tadi, waktu lunch hour, aku pergi ker Carrefour :D. Sedang sibuk aku jalan-jalan sambil tgk tudung-tudung, aku berselisih dengan seorang perempuan berbaju kurung tanah putih berbunga hitam dengan tudung hitam dan berpurdah. Saat aku berselisih dengan perempuan itu, aku tgk dia, dan nampak mata jer. Yang lain semua dah berselubung. Time tuh hati aku berkata, 'Uiii...Nampak biji mata jer'. Kemudian hati aku cakap lagi,'Pakai purdah ni, orang boleh menyamar, entah-entah lelaki ker kann?'. Tiba-tiba, selepas perempuan tuh melepasi aku, aku rasa macam dia berjalan macam lelaki. Aku pun paling kebelakang dan tgk dia berjalan. Yaa, macam lelaki. Kemudian aku terus berjalan sambil berfikir, orang-orang kulit hitam mmg badan besar dan tinggi, mcm perempuan tadi. Tapi cara jalan pelik. Kemudian aku abaikan. Aku teruskan berjalan dan berjalan sambil cuci mata tgk tudung-tudung. Kemudian aku nmpk macam ada ramai orang. Taklah ramai sangat...tapi macam ada beberapa orang macam tertumpu pada sesuatuhh. So sebagai rakyat Malaysia yang penyebuk, aku pun tak nak lah ketinggalan. Aku pun usha. Ada seorang pak guard (bukan pakguard carrefour sbb dia tak pakai full uniform, hanya pakai vest, rasanya Pak gurad kedai emas situ kot), bercakap dengan perempuan berpurdah tadi.
Pak Guard: Awak lelakikan?
Perempuan Purdah: bla..bla..bla
Pak Guard: Meh saya nk tgk IC.
Perempuan Purdah: bla..bla..bla
Pak Guard: Awak tak bawak? Haa...mana boleh macam tuh. Awak ni lelaki. Tak payah nak menipu
Perempuan Purdah: bla..bla..bla
Pak Guard: Tak payah tipu. Suara awak memang lelaki. Meh ikut saya pergi kaunter.
(Aku tak dgr butir perkataan yang perempuan purdah tuh ckp. Tapi serius, suara lelaki :D)
Pakcik tuh pun bawak perempuan purdah ni ke kaunter carrefour. Time ni aku dah blah g masuk satu kedai kat situ dan tgk satu jubah. Cantek wehh. Rasa cam nak beli untuk raya jer. Bleh tak? Tapi aku hold dulu nafsu membeli aku sbb bulan neh macam sengkek sikit. Pas tengok2 jubah sambil pose2 depan cermin tgk sesuai atau tak, aku pun blah jer dan jalan-jalan lagi.
Kemudian terlalu la pulak depan kaunter pertanyaan kat carrefour tuh. Pak guard tuh ada kat situ, tapi aku tak nampak dah perempuan purdah tuh. Maybe dah dibawak ke pejabat kot. Tapi yang pasti aku dengar org-org kedai kat situ tanya pakcik tuh, selalu ker dia si perempuan purdah datang situ. Pak guard tuh cakap, selalu pakcik tuh perasan. Dan dia jugak selalu masuk tandas perempuan!! Ok, u'olls. Berhati-hatilah selepas ini bila masuk tandas. Heuuu.
Tapi tak dapat nak pastikan sama ada, adakah perempuan purdah itu betul-betul lelaki atau tak. Siapakah dia?? Adakah ustazah Imah?? Oppss....mati la mak kene maki lepas ni. Mahap ustazah :p. Adakah dia lelaki yang bajet Aishah dalam Ayat-ayat Cinta?? Apapun, pada firasat aku mmg perempuan purdah tuh seorang lelaki :D.
Entry ini bukan nak membuatkan korang semua rasa curiga pada orang yang pakai purdah. Tak. Tak. Tapi just berhati-hati dengan orang sekeliling yang mungkin sebenarnya bersembunyi di balik topeng atau menyamar.
2 comments:
erm..
idea yang baik..
bule aar masuk tandas pompuan lepas ni..
ha ha ha..
riz -err...motif nk masuk toilet pempuan?? mcm tak penah tgk :D
Post a Comment