Setelah berpenat lelah mendaki bukit dan membakar kalori pada hari Sabtu, tibalah hari Ahad pulak. Hari untuk berhibur. Haa...kita mesti mengamalkan keehidupan yang seimbang yer kawan-kawan. Hiburan-hiburan jugak...senaman dont forget okehhhh. LOL.
Sebenarnya memang takder rancangan apa-apa pun untuk hari Ahad ni. Tapi tup tup....kematz msg haku tanya xtvt dihujung minggu dan terus ajak aku g layan gig iaitu Freedom Music Fest kat MCPA Hall. Aku pun on ajer.
Ini la firsttime aku layan gig. Sebenarnya kitorg berdua bukan jenis nak layan sgt gig-gig camni. Tapi kitorg dtg pun sbb nak layan performance Wani Ardy, Fynn Jamal, Mysthicus, Meor n Black.
Sampai ajer aku dah rasa weird giler. Start kul 2, tapi macam takder orang lagi. Dah la aku perasan cam banyak mata memandang aku. Statement perasan sgtkan :p?? Orang lain dengan skinny jeans, seluar kulit2 ular bagai. Kitorang pulak cam sempoi ajer....rasanya aku ngan Kematz lah paling normal time tuh :p.
Tix RM25, dapat la poster ngan sticker. Band yang mula-mula aku tatau la band apa. Haha. Kemudian lepas-lepas tuh ada la performance dr band lain macam tears memories, insecure, tilu, dichimichi, this sunday, frasa, second combat, darchlea. Tapi satu band pun bukan taste aku. So dalam banyak-banyak performance....performance Meor & Black serta Wani dengan Fynn jer kitorang layan. Yang lain...lagu head banging bagai...metal habis.....jerit2 kegilaan....tapi aku leh mengantok?? Boley?? Tak bleh blah kann. Lepas Fynn perform...kitorang pun terus blah. Time tuh dah kul 6 lebih. Kat luar, terjumpa Fynn. Then salam dan terus Fynn ajak kitorang lepak sekali. Tapi kitorang tak joinlah...sbb segan :P.
Aku cam pelik naper gig neh tak dapat sambutan. Kosong beb. Tak tau la kalu time malam...penuh pulakkan sbb ptg aku dah cabot.
Ok...kemudiam kami meneruskan hiburan ker Shah Alam. Ada Karnival Gen-S. Tujuan utama adalah nak tengok band Cili dengan Yuna :D. Sampai-sampai ajer...mcm dinch ado apa-apa. Kosong jugak. Pelik pulak aku dengan hari tersebut. Semua event macam lengang. Huhu.
Pukul 9, event bermula dengan performance dari Rosewood. layan beb...raggae :D. Kemudian tibalah band Cili pulak. Yaa....sgt mantopp. Akak suka!
Then time Yuna perform....terus ramai depan stage tuh. nampak sgt orang datang sbb nak tengok Yuna. Tapi Yuna mmg bestlah! Dia nyanyi 4 buah lagu....dan lagu yang sangat aku suka adalah Random Awesome. Mmg Awesome!!
Lepas tuh ada la band lain cam Peanut and Sixth Sense. Habis event...terus la pulang.
**Gambar dan video ehsan kematz :D
MENGAPA SERANGAN GOUT BERULANG?
3 days ago
2 comments:
yeah, mmg awesome lagu yuna nih. gempak!
Cik Mas - bestkan?? bleh la ko goreng gitar lepas neh dengan lagu ni
Post a Comment