Last week layan Muzikal Tun Razak. Secara solo. Huhu. Apakan daya, rakan seperhiburan tengah sibuk berkebun di Southpark. Choiii. Secara peribadi aku rasa tak best sgt la teater neh. Huhu.
1. Ianya bukan satu persembahan kisah hidup Tun Razak yang berkesinambungan. Sbnrnyer setiap babak adalah petikan peristiwa-peritiwa penting dalam kehidupan beliau. So ade babak yang kadang-kadang aku tapaham , tetiba jer muncul. Cam cth di awal persembahan babak Tun Razak belajar di England, last babak tuh dia sebut merdeka...kemudian terus masuk babak Tunku Abd Rahman laungkan Merdeka dekat Bgnn Sultan Abd Samad dengan diapit oleh Tun Razak. So bg aku yang buta sejarah, macam tapaham laa...adekah Tun Razak sudah pun menjadi TPM semasa masih menuntut? Huhu. Ada bbrpa lagi...tapi aku dah tak ingat. Haha....sbb lambat update kann :p
2. Lagu sungguh tak masuk dalam jiwa walaupun sebuah teater muzikal. Vokal shidee....menyedihkan. Stendet karaoke. Pelakon pembantu mpyi vokal yang lebih hebat. Fauziah Latiff...mmg tak bleh nafikan...mmg best. Kalau aku jd Shidee sentap jugak la bila sedang ko nyanyi, tetiba part gee masuk key nak nyanyi...semua orang tepuk tangan :p. Dan aku tak paham aper motif serorang perempuan baju putih tetiba nyanyi soprano, kalau tak silap masa peristiwa 13 mei kot. Tak tau la dewi cinta ker aper tuh :p.
3. Koreografi, aku secara peribadi tak suka. Banyak babak yang disampaikan melalui koreografi...dan bagi aku sungguh serabut. Sorry Cikgu Aris .
4. Set menarik tapi lighting kureng sikit. Cth ketika laungan merdeka, ada tunjuk percikan bunga api. Tapi kalau dah lighting kat pentas cahaya kuat, tak nampak dah percikan bunga api tuhh.
5. Panggilan untuk Tun Razak didalam persembahan ini adalah Tun. Aku tak pasti kalau Tun Razak mmg mendapat gelaran Tun semasa masih memerintah. Kalau kita tgk sekarang neh, Paklah dengan Che Det dalam gelaran Tun selepas tamat memerintah.
Kesimpulan. Aku rasa sbb ini produksi Aswara, so semua elemen yang di ajar dalam Aswara nak dimasukkan dalam persembahan. So agak messy bagi aku laa kann. Tuh jer la.
Next, kita layan Muzikal Gamat pulak yek bulan 10 nnti :D.
3 comments:
smpt g g berlibur? hahahhaha
Sue..
Choi..Tak dapat pegi..
Lagi banggang tanya
selepas hari kejadian..
Series aku berminat..
ada pasang niat beb..
nak layan teater..
tapi aku jap je
kat KL..hurmm..
Takpe arr..
Disember nanti
aku datang carik ko..
P/s: Choi?? betul ke aku guna tue..hehehe..Choi sungguh!tue pun mau tanya..Hahahaha..
Pza - menyempatkan diri :p
MissGee - Choii...dtg kl tak bgtau.Huhu. Nak tgk teater untuk kali pertama kene tgk teater yg best...sbb kalu tgk yg tak best mcm ni cthnyer....akan buat ko serik nk tgk lagi...hehe
Post a Comment