BROGA. Apa tuh?? Nama tempat. Wahhh...nama cam best jer kan. Siap ader Nottingham University lagi. Mmg kehlasss sgt. Tapi kat mana tempat ni?? Kat UK kahh sbb ader Nottingham?? Ker kat indon sbb nama broga tuh cam jawa-jawa indon sikit kann.
Haa....sbnrnyer Broga neh kat Semenyih jer :p. Nama jer macam; wahhhh...gitu. Apa aku buat kat situ? Ini adalah acara pendakian bukit Broga ini sambil snappy-snappy bersama rakan-rakan yang lain yang terdiri daripada otai hiking merangkap pengarah projek ini iaitu Cik Nany dan juga AJK yang lain iaitu Wan, Zam, Cik Kam dan Siti. Serta tak lupa juga officemate Cik Nany kita iaitu En. Ahmad.
Perjalanan pada hari Sabtu tersebut bermula seawal jam 4.30 pagi. Beramai-ramai naik kereta Nany yang dah macam 4WD :D. Siti bawak kereta sendiri, janji jumpa dekat MRR2. Pukul 5.30 lebih kurang sampai la kitorang kat dalam ladang kelapa sawit, jalan masuk untuk pendakian Broga ini. Kemudian tunggu En.Ahmad jap sbb dia nk tunjukkan masjid untuk solat dulu.
Lebih kurang pukul 6.30pagi, pengembaraan pun bermula. Wahhh...macam tajuk citer geng pulak :p. Track bukit neh biasa jer. Takder la mencabar sgt macam bukit Tabur. Ini kira bukit hutan biasa jer. Tetapi walaupun bukit biasa jer, harus la kepancitan jugak sayer. Stendet la saye kalo bab daki-daki nih. Dalam hati dah rasa; kenapa aku still nak daki-daki bukit neh. Tak tau ker lenguh kaki?? :p. Tapi yang ajaibnya adalah mulut aku tak bising pun dengan ayat-ayat seperti;
"Aku tunggu kat sini jer la" .... atau..... "Aku nak patah balik laa" :p
Hehehe. Aku kagum tgk Cik Kam, fit giler. Kaki panjang cam Nani, langkah besar pun tak rs lenguh. Si Wan lagi la, muka tak nampak penat pun.
Tapi selepas lebih kurang 30 minit bertungkus lumus menggagahkan kaki untuk mendaki, akhirnya bila dah nampak first point, gembira tak terperi rasanya. Hehe...terus hilang penat. Tapi hazab gak la tgk tangga yang curam ituh. Sekejap jer la tapi. Pastuh bila dah sampai first point tuh, sgt heavennnn u'olss. Pemandangan yang menariks!
Sampai jer apa lagi. Menghayati ciptaan Tuhan dan snappy-snappy lah. Cik matahari pun dah mula terbit. Habis snappy, teruskan perjalanan untuk ke point seterusnya. Ada 3 lagi point untuk ditakluki :p. Tapi antara point-point ini, track nyer mudah jer. Tak mendaki sangat. Macam berjalan-jalan di taman jer. Mmg syioklahhhh. Cuma ada la last point tuh macam kene guna tali untuk panjat baru besar. Tapi keseluruhannya mmg seronok sgt berjalan-jalan dari first point sampai ker last point tuh.
Belakang itu adalah point-point yang seterusnya
Sampai last point, terus patah balik ke first point sambil snappy-snappy. Lebih kurang 9.30 kitorang turun bawah dah. Masa turun tuh harus la sakit balik kuku ibu jari aku neh. Mmg tapaham. Tapi selagi tak tercabut macam last time naik gunung, kira masih ok laa :p.
Masa sampai bawah, ada seekor hanjing dah jatuh cinta ngan aku. Mula-mula dia tenung jer aku. Pastuh makin berani lak ikut-ikut aku sampai aku nk naik kete dengan Siti. Choii sgt :p.
***
Seterusnya?? Kita layan air terjun pulak. Pehh....bayangkan korang. Letih-letih naik bukit. pastuh layan dingin-dingin air terjun. Mmg best. Kitorang layan air terjun Sungai Tekala. Sbnryer perancangan asal adalah nak layan Gabai. Tapi Tekala lagi dekat dari Broga nih. Layan berendam sampai gigil-gigil. Pastuh dalam pukul 1, kitorang pun gerak balik.
Sila abaikan dagu saya yang terlebih tudung itu :p
***
On the way balik, nak cari port lepak makan. Kami telah memilih LookOutPoint Ampang. Tak la best pon makan kat situ. Setakat makan sambil layan view KL jer. Orang bercinta-cinta, nk romantik-romantik boleh la layan. Kalo aku semata nak makan ke sana mmg tak gigih laaa.
Letihs menunggu mknn yang lambat sgt sgt sgt
View dr LookOutPoint