Ahad lepas, selepas aku rasa macam sengal giler tak keluar rumah melebihi 24jam....aku decide untuk melayan teater bangsawan Sinbad: Batu Permata Dewa di panggung DBKL.Yaa....ini acara layan secara solo jer. Biasalaaaa.....lone ranger :p.
Pas maghrib, terus berdesup keluar sebab pementasan start pukul 8.30 malam. Sampai panggung pukul 8, tgk dah penuh giler orang kat luar. Time neh pintu tak bukak lagi, haruslah semua pun berkerumun kat pintu. Time tuh aku rasa macam dah nak balik jer...sebab ramai sgt. Tapi adik-adik, Allah suka orang yang sabar yer. Jadi akak pun sabar jer lah. Pukul 8.15 pintu bukak, habisssssss semua merempuh masuk. Jatuh la bunting semua u'olls. Mmg agak memalukan jugk la perangai orang Malaysia ni sebenarnya. Panggung neh tak besar manapun, sbb tuh la ramai berebut masuk untuk dapatkan tempat duduk. Lagipun pementasan ini percuma yer...di ulang PERCUMA. Jadi no wonderlah ramai kannn?? Saya harap next time pementasan bangsawan di caj RM5 atau RM10 supaya tak la ramai sangat bawak anak berderet-deret.
Aku masuk jer, seat dah takder. Choi tak?? Yer....choi sgt. Paras perasaan mahu balik dalam dada makin menaik. Akak usha pulak bhgn atas...full jugak. Ok takper. Tuhan suka orang yang sabar yer.....ingat konsep kita adik-adik! Jadi akak berdiri ajer di suatu sudut dgn konsep where, "hey.....aku berdiri pun ada orang nak berebut jugak tempat aku berdiri ni ker??" Motif!! Haaa...tu diahh. Bengang la i ada orang nk tolak2 i. Akhirnya akak mengalah. Malas nk gaduh...jd i berdiri sebelah aircond.
For the whole 2 hours show, akak berdiri yer adik-adik walaupun peha belah kanan akak masih sakit-sakit akibat naik Bukit Tabur/Tabuh sehari sebelum ituh. Betapa gigihnya kannn.
Memang berbaloi ok berdiri untuk pementasan ini.
Yaaa....tak sia-sia berdiri. Memang best. Yang jadi Sinbadnya adalah A.Aris Kadir. Kenal tak?? Yaa.....Cikgu Aris AF tuhhh. Aku tak berapa suka dia pun.....dan tak sangka dia berlakon dalam pementasan ini. Tapi bila tengok lakonan dia dalam teater ni, not bad jugak okehhh. Best la jugakk. Farawahida berlakon sebagai Puteri Jasmin dan Syafinaz Selamat berlakon sebagai Ratu Sheeba, watak antagonis dalam teater ini. Lakonan Farawahida biasa ajer. Lagipun watak dia tuh tak kuat sangat, watak kosmetik aje. Tapi lakonan Syafinaz mmg best sangat dan sgt sesuai watak itu dengan dia. Boleh dikatakan yang watak yang kuat dalam cerita ini adalah watak Ratu Sheeba dan syaitan-syaitannya iaitu Mumbra,Kumbra dan Yaman. Mmg lawak lah watak diorang ni. Tidak membosankan.
Macam biasa, kalau teater bangsawan mesti ada extra-turn atau selingan. Tak ingat ada berapa extra-turn tapi kira banyak jugak lah. Mungkin dalam 5 atau 6 extra-turn. Ada tarian ular, belly dancing, nyanyian lagu tema sinbad, miming lagu 'Copa Cobana' oleh Datok K Palsu, nyanyian lagu Suatu Masa ala-ala Misha Omar oleh seorang lelaki :p dan juga nyanyian oleh Syafinaz dengan lagu opera yang sgt superbbbbbbbbbbbbbbbbbbb. Malangnya, kamera tak bawak. Selalu g mana-mana aku harapkan orang lain jer bawakm :p. tapi kali ni sebab solo, terus terlupa bawak...huhu. Kalo tak harus aku dah rekod. Serius extra-turn paling best adalah nyanyian dari Syafinaz. Extra turn lain boleh dibaiki :p sbb ada jugak yang bosan.
Set untuk pementasan ni biasa ajer, tapi bagi aku masih menarik.Props juga boleh tahan....siap bawak masuk ular, arnab dan kambing okehhhh.Yaa.....binatang real. Tak lupa juga....seekor naga. Tapi naga tipulah :p. Pakaian watak pun cantik dan sesuai. Dari segi jalan cerita, biasa jer. Very d fairy tale lah. They live happily ever after last sekali. Kali ni host atau tokei panggung pulak adalah Yus Raja Lawak. Ok jugak mamat ni. Lawak jugak. So far mmg best lah.
Habis jer pementasan, terus balik. Time neh tgh perkenalkan warga produksi. Tapi malas la aku tunggu....baik aku balik jer. Dah lenguh kaki aku :p. Untuk sinopsis cerita sila pergi sini.
Thursday, December 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Pegi sorang2??
Tabah ko nie..
P/s: Weh, Aku tak heran kalo ko berdiri semalaman pun.. kaki ko kan ada besi.. Pura2 lagi.. :P
Hidup lone ranger mesti tabah beb :p...besi la sgt kaki aku...ko tak tau berapa letih nyer den berdiri ...nk pengsan dah rasenyer
Post a Comment