Tuesday, March 30, 2010

Pewwiitttttttttttttt!!!

Yaaa......tibalah masa minggu lepas untuk aku menebus hadiah yang aku terima sempena birthday aku yang lepas....hik hik.

Kalo ikutkan mmg aku tak plan nak tengok konsert ni. Macam biasa....kalau konsert kat IB, tiketnyer tentulah sangat-sangat-sangat mahal berbanding teater. Sebab tuh korang selalu tengok aku layan teater jer sebelum neh kat IB walhal dalam hati meraung2 jugak nak layan konsert. Itupun sekarang rasa macam nak resign dari tgk teater. Teater Sri Mersing yang lepas aku dah melepas tak tengok.....budget lari punya pasal. Terpaksa tahan jer nafsu nak menonton :(....huk huk.

Tapi minggu lepas termakbul sudah hasrat hatiku untuk menonton konsert Amy, Suatu Masa. Terima kasih yer kawan yang menyempurnakan hasrat hatiku....cewahhh.

Macam biasa...aku sampai IB kul 8.30. Datang awal-awal pun buat apa. Aku lone ranger....satgi nnti sangap jer sengsorang kalo dtg awal. Tapi sebenarnya kalau ada geng pun aku mmg selalu sampai 8.30....hahahah.

Suppose konsert pun mula pukul 8.30 tapi mungkin sebab tunggu aku.....konsert start pukul 9 malam! Aku amik tempat duduk, upper circle bahagian tengah. Setengah jam tunggu, aku cam sangap jugak. Pandang keliling....buat-buat cool. Ok, sebenarnya ada debar dalam hati layan konsert ni sorang-sorang. Kalau teater takper laa....sbb teater mmg kita fokus tgk teater jer. Lagipun macam aku tak biasa tgk teater sorang2. Tapi konsert rasa macam seriau sebab nanti kalau orang lain headbanging....aku nak headbanging jugak ker??! :p. Nasib baik itu semua tidak berlaku :D.

Konsert dimulakan dengan lagu-lagu rancak. Amy muncul dengan rambut panjang ketak-ketak zaman dulu-dulu.  Konsep konsert neh bak kata paper yang aku baca ialah theatrical. Ada la monolog bagai siap ada dua watak yang pakai suit tuxedo dengan mask dan mengucapkan berapa line dialog di antara sela tukar lagu tuh. Tapi aku rasa konsep neh sangat tak kena. Aku rasa Amy sangat terbatas dalam pergerakannya membuatkan aku rasa penonton dan aku sendiri rasa sangat asing. Tak ada interaksi dengan penonton pun. Cuma pada lagu Kerja Gila, Amy buat kemunculan dari bahagian penonton dan berlegar-legar sekitar penonton siap baring atas penonton. Ini la baru aku rasa persembahan kemuncak dan aku tgk pada persembahan ini jugak, audiences sgt enjoy. Aku yang duduk kat atas pun rasa nak terjun ke bawah sebab Amy merayau macam orang gila kat bahagian stall siap baring-baring lagi. Baring atas penonton ok!! Mmg kerja gila!



Untuk persembahan lagu Gita Rama Sita pulak, siap ada penyanyi dengan penari India dengan pemain sitar sekali. Ditambah pulak dengan latar belakang Taj Mahal. Bagi aku sangat kene persemabahn lagu ni yang ada bunyi2 india sikit.. Sebab Amy macam berlawan nyanyi dengan penyanyi India tuh. I like! Antara lagu lain yang aku ingat dia nyanyi lam segmen pertama ni ialah Kongkang, Kepala Sotong, Malangkoli dengan Aku dah Bosan. Semua pun dari album solo. Pastuh penutup segmen neh baru la diberitahu bahawa dua watak yang muncul tuh adalah setan dan iblis. So kira konsert neh menunjukkan perjalanan seni Amy la kot di awal kemunculan beliau.



Kemudian kita layan segmen lagu mellow-mellow marshmallow. Memula lagu Suralaya Dalam D Major. Lagu ini adalah salah satu lagu favourite aku. Tapi aku sangat kecewa bila lagu ni hanya dengar suara Amy jer. Atas stage yang ado hanyalah penari sahajo. Tak puas hati betol. Aku bayar tix mahal-mahal nak tengok Amy, bukan nak tengok penari! Persoalannya......aku ker yang bayar tiket? Lu pikirlah sendiri...hehe. Tapi serius....aku tertunggu-tunggu jugak. Dah la opening lagu tuh dia ulang tah berapa kali. Bikin dada aku debar. Tapi bila dia start nyanyi....dari awal sampai habis lagu Amy tak muncul-muncul. Pehhh...rasa nak terjun je! :p
 Then Amy keluar nyanyi Suatu Masa sambil baring dan tido lite-lite atas katil.Ok....props katil dengan kerusi cleopatra tuh sangat cantik okeh. Serius! Dan lagu...tak payah cakap la....mmg syahdu habis. Habis lagu Suatu Masa, Amy nyanyi lagu medley dengan tajuk nama-nama wanita. Dimulai dengan Rozana, Nigina, Laila Namamu Teratas dan Isabella. Pada nyanyian medley neh baru aku rasa audiences layan sekali nyanyi sama-sama. Siapa tak tahu lagu2 nama perempuan neh. Hebatkan perempuan? Perempuan bukan sahaja bisa menggoncang dunia u'olls. Tapi buat lagu dengan tajuk nama perempuan pun, lagu boleh top! :p
Segmen neh bagi aku nak menunjukkan kehidupan Amy dalam alam kejiwangan sehingga akhir segmen beliau kemudian mengenal cinta Ilahi di mana diakhiri dengan lagu Tiada Lagi. Mmg sesuai lagu ni.



Pada segmen ketuhanan ni, baru la keluar orchestra yang sebelum-sebelum nih dok menyorok saje kat belakang. Aku suka keadaan stage time neh. Dengan orchestra yang duduk bertingkat, kemudian ada lampu bulat-bulat. Lampu tuh nampak macam cahaya-cahaya kemimanan gituh :p. Amy mulakan dengan lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur. Kemudian disusuli dengan salah satu lagu favourite akak juga iaitu Kalimah Cinta. Pastuh lagu Kepadamu Kekasih. Peh.....lagu neh mmg syahdu. Dan last sekali Amy lagukan Asma Ul-Husna versi Siti Nurhaliza. Memula aku dengar , aku mmg tahu Siti penah nyanyi. Tapi aku konfiden ingat dalam teater Sirah Junjungan yang aku pergi tahun lepas. Tak lama tuh baru aku ingat, Asma Ul-Husna versi Siti neh ada dalam album Tahajud Cinta. Huhu.



Kemudian konsert pun habis. Berlangsung dalam masa 2 jam jugaklah. So far aku rasa puas jugaklah tapi macam tak berapa nak lawas :p.

Aku rasa kalau takder konsep theatrical tuh lagi best kot. Sbb Amy boleh berinteraksi dengan penonton. Penonton pun bleh enjoy. Pastuh aku rasa Amy tak perlu penari-penari segala macam tuh sebab dia seorang duduk atas pentas tuh pun dah cukup memukau. Aku expect macam konsert M.Nasir yang kat IB tahun lepas. Semua crowd bangun, menyanyi dan menari sama-sama. Kemudian aku rasa kalau ada segmen artis jemputan pun tak apa. So boleh la Amy jemput artis2 yang pernah berduet dengan dia macam SM Salim atau Sasi the Don untuk lagu Suatu Impian atau lagu favourite aku, Syurga dan Neraka yang Amy duet dengan Bienda.

Apapun, Amy tetap terbaek!. Maybe dia nak buat perubahan kot. Tapi percubaan yang bagi aku, berjaya tapi kurang enjoy. July nanti ada konsert Double Trouble pulak. Adakah aku akan pergi layan?? Sama-sama kita nantikan :D.

p/s : all pictures credit to Incik Mohd Azali Tangkap Gambor. Terima kasih. Gambar aku amik semua blur dan jauh sebab tak bawak kamera. Guna hp jer....apa yang nampak :p.

Thursday, March 25, 2010

Blog ko dah macam rumah hantu ok

Whats up with my title above?? Ahah......ada seorang manusia cakap kat aku semalam. Helloooo....baru seminggu lebih jer aku tak update okeh. Choiii :p

***

Apa cerita aku minggu lepas yer?? Ohh....last 2 week balik kamfong. Layan pergi kenduri Kak Sal kahwin. Jumpa member-member sekolah. Kenduri tuh dah jadi macam reunion pulak :p. Ada member yang aku dah tak jumpa hampir 15 tahun okeh. Haiyohh......tuanya hakak :p.

Habis kenduri kitorang plan pergi layan mandi sungai kat Intake pulak. Dalam pukul 5 camtuh. Tak semua yang join, yang single mingle jer join. Tapi yang bermandi manda haruslah jejans ajer. Yang gegurl semua layan gossiping dari masa kenduri sampai ke Intake. Gossiping never ending :p.

Tetiba hujan pulak, tapi gossip tak habis lagi neh. Terus la kitorang meneruskan sambungan aktiviti bergossip kat Giant sambil makan-makan sampai pukul 9 malam lebih. Giler tak bleh blah kannn? Sehari suntuk tak duduk rumah.


Apapun, tahniah kepada Kak Sal dan suami. Semoga perkahwinan diberkati-Nya.

***

Last week pulak tak tau hantu apa dah rasuk aku sehingga aku gigih gila pukul 8 dah keluar rumah, pickup Pza kat rumah then terus ker Putrajaya. Semata-mata nak tgk belon panas!! Tu diahhhh.....gila gigih. Pi keja pun tak segigih tuh bangun pagi.

Ok tak?? Pakwe baru :D

Sampai Putrajaya manusia dah ramai. Tgk belon, takder pun belon yang pelik2. Rupa-rupanya belon pelik-pelik terbang waktu petang jer. Hampess btol. So aku ngan Pza layan tgk belon untuk orang naik tuh jer....belon yang diikat tali ker ground. Huhuhu. Lepas jalan-jalan sekitar even. Best jugak acaranya, tapi kene kuar modal skit kalo nak merasa. Macam naik belon tuh, RM10....pastuh ada masuk bola besar guling-guling dalam air yang macam Biggest Loser Asia punya challenge yang Martha menang tuh. Ada acara naik helikopter. Pastuh berjalan-jalan lagi ke Monumen Alaf Baru. Memula tgk dari jauh ingatkan roket nak berlepas. Hehehe.....rupanya yang roket neh la monumennya :p.

Neh la Monumen Alaf Baru

Pastuh layan tgk budak-budak naik go-kart. Masa layan tgk tuh ada 2 kemalangan berlaku. Huhuhu. Ini la first time tgk accodent depan mata:p. Sampai ada sorang tuh kene naik ambulans laa.

Dah tengahari, kitorang pun berambos kehampaan sebab tak dapat tengok belon pelik-pelik :p.  Nak balik kalau dari Putrajaya haruslah kesesatan sampai masuk LDP ke Puchong sanun. Baper kali masuk tol ntah. Rugi duit bg kat tol :p.

Balik tuh lepak makan dekat Bangsar South. Pehhhh....hebat tak rumah Pza? Dekat ngan Bangsar South tuh beb. Jalan kaki jer. Di kesempatan ini sebelum terlupa, terima kasih cik Pza belanja saya makan Nasik Hayam :D.



***

Ahad pulak. Kita layan panjat tangga sebanyak 2000 lebih anak tangga sampai pancit. Ini kali kedua aku masuk Towerthon. Kunun bajet nak perbaiki prestasi tahun lepas. Tahun lepas catatan masa 40 minit. Tapi hampes! Tahun neh lagi buruk rekod yang dicatatkan iaitu 52 minit. Apekah??

Jadi aku mencari alasan bahawa rekod buruk sbb aku masih blom sihat sepenuhnya. Batuk dan selsema masih menghantui time aku panjat anak2 tangga tuh. Alasannnnn :p. Bleh tak aku rasa time panjat tangga tuh rasa....alahai...beratnyer bontot aku :p. Serius....badan makin berat. Huk huk.



***

Sudah 2 minggu hidup aku dipengaruhi dadah. Sampai bekalan pun dah habis. Tapi keadaan masih tak berapa baik. So aku telan jer dadah yang aku beli kat luar. Malas dah nak jumpa tokan amik dadah.

Thursday, March 11, 2010

Its Broga again

Sabtu lepas layan naik Broga lagi. Tapi kali nih best banyakkk. Selain event neh aku ngan Nany yang organize :p....cewahhh. .....event ni juga disertai oleh kawan-kawan yang kami sayang dengan pelbagai latar belakang (wahh ayat....tak menahannnn :p).



Maksud aku pelbagai latar belakang tuh adalah kitorang jempot jer semua kawan-kawan aku dari sekolah, matriks, uni.....pastuh nany pun ajak kawan-kawan dia jugak. Lepas tuh kawan-kawan kitorang nih pulak jemput pulak kawan diorang. So acara ni macam di sertai oleh sebuah network kawan-kawan yang besar. Masing-masing tak kenal. Aku pun tak sempat nak kenal bbrp orang cam kawan si Nany, Abby n friend dan Liza n friend. Yang paling best,....sampai atas Broga tuh bergambar sakan macam dah lama kenal jer semua. Sungguh seronok :D.



Tapi kali ni aku pergi sampai peak 3 ajer....sbb aku layan kawan-kawan aku yang first time panjat-panjat bukit neh. Sian pulak kalo tinggalkan derang walopon ader beberapa orang aku tinggalkan jugak.....hahahahah. Tapi akhirnya semua pun sampai atas....at least peak 1 semua dapat conquer. Nany, John dan beberapa kawan yang lain meneruskan pendakian ker Gunung Tok Wan. Aku kalo tak ramai nak jugak join derang...tapi sbb sian ngan member2 aku yg firsttime neh....takper laa. Lagipun peak Tok Wan tak cantik pun. So sementara diorang teruskan ker Tok Wan, kitorang turun dari Broga dan masing-masing lepas tuh buat hal masing-masing.



Aku dan beberapa member yang lain lepak pekan koboi Broga. Pekena Maggi goreng dengan milo ais. Lepas tuh pergi layan rabbit farm depan tempat parking dekat Broga tuh. First time merasa pegang kuda yang mempunyai mata  yang syahdu. Oh....sgt comel! :D



Hampir 2 jam tunggu.....barulah Nany n the geng turun ke bawah. lepas tuh terus kitorang layan mandi Sg Tekala. Sangat heaven panas tuh dapat mandi sungai sambil tengok anak orang asli buat somersault dengan sungguh hebat sekali. Aku rasa patut suggest pada Majlis Sukan negara untuk cungkil bakat budak2 anak orang asli neh sebagai penerjun papan anjal laa :p.

Lepas lepak mandi...kami semua terus pulang. Aku sampai rumah jer...letak beg....terus pengsan tak sedar aper sampai dengar azan magrib berkumandang :p.

Teater Antara

Ok...aku tau dah abis. Tapi aku nk tulis juga. Aku tak puas hati dengan teater ni :p. Kalau aku tgk Malam Nada Biru...persembahan Najwa dengan Yuna lagi berbaloi kot.

Teater ni berkisar pasal iblis yang menyesatkan manusia. So cerita dimulai dengan babak Nabi Adam dan Hawa di syurga yang telah di hasut oleh iblis. Kemudian lepas-lepas tuh ader la tunjuk zaman sekarang pulak di mana lagi mudah la iblis punya kerja dengan melihat kepada manusia2 zaman sekarang.



Yang aku tak puas hati, banyak sangat lagu daripada cerita. Seolah-olah macam tengok konsert yang dihiaasi dengan sketsa :p. Kemudian bila ada babak yang baru nk capai klimaks....tetiba masuk lagu yang potong stim.Watak utama tetaer ni sepatutnya adalah iblis tuh sbb watak dia yang  paling banyak da berkesan. tahniah pada Azhan Rani. yang membawa watak iblis tuh. Serius.....sgt bagus. Pelakon lain?? Ermm..biasa-biasa ajer.



Tapi ader jugak la beberapa babak yang memang memberi keinsafan contohnya babak kat neraka, babak meniti titian siratulmustaqim. Lagi satu persembahan nyanyian semua terbaek juga. Tapi buat aku kecewa sebab aku nk menonton teater....bukan konsert.

Dah la. Malas nak cakap banyak. Yang penting aku ader bergambar dengan Amy :D.

Kl City Day Fun Run

Pada tanggal 21 feb lepas, iaitu lebih kurang 3 minggu lepas kot (motif baru nk update? :p), aku join ini acara bertempat di Dataran Merdeka. Lari 7km jer, tapi penat tak hengat. Acara kali ni jugak aku pecah rekod sampai termuntah. Ceritanya malam sebelum larian tuh aku tak makan. Pagi tuh pun tak jamah apa-apa pun. Masa awal larian, aku dah tak larat. Dah rasa isi perot nak keluar separuh. Aku tunggu ambulans....tapi takde ok!! Mmg hangen btol sbb takder ambulans. Sbbnya aku mmg dah tak larat. Rasa nak muntah tuh tak tahan dah. Sampai dekat water station, aku bedal 100plus. Selepas jer bedal 100plus, aku pun memuntahkan isi perot yang kosong :p. Lepasss dah muntah tuh baru la rasa lega sikit. Boleh la berlari dengan sekuat hati :p. Tapi mmg kecewa la sbb awal-awl tuh aku banyak berjalan jer sbb nak tahan isi perut dari keluar. Huk huk.

Friday, March 5, 2010

Penemuan terbaru!

Pertambahan umur berkadar langsung dengan tahap kemalasan!!!

Buktinya...mana cerita pasal larian KL yang buat aku sampai muntah dua minggu lepas??
Dan mana juga cerita pasal aku layan Teater Antara Sabtu lepas??

OMG!! Kene menjadii muda kembali.

Apa rahsia MissG boleh update 2 ke 3 entry dalam masa satu hari walaupun usia sudah menjelang senja??
Hahahaha......
 

Blog Template by YummyLolly.com