Tuesday, July 3, 2012

Respect!

Hah. Ada satu isu yang aku nak sembang kali ni. MLM-ers! Wah....tetiba nak jadi Aidid Muaddib ke aku? Takder maknanyer. Tapi satu kejadian yang berlaku pada FB yang membuatkan aku tiba-tiba rasa macam menyampah pulak.

Kisahnya, aku 'Like' FB page Kevin Zahri. Yang best mengenai page KZ adalah dia akan bg info2 yang bagus tentang diet dan kesihatan. Semalam, beliau telah buat satu review produk yang sangat hot diperkatakan iaitu SDII. Bagi aku review beliau adalah adil dan pendapat peribadi beliau sebagai seorang health instructor, mengikut pengetahuan beliau dalam bidang beliau sendiri.

Tapi tiba-tiba ada MLM-ers yang panas bontot dengan artikel review tersebut. Kononnya alasan KZ tak patut review produk itu tanpa berbincang dan mendapatkan maklumat yang betul dari syarikat pengeluar SDII tersebut. Apekejadahnya nak bg pendapat pun nak bincang dulu dengan syarikat?! Lagipun maklumat yang KZ dapat pun dari laman web pengeluar sendiri. Isu tersebut telah membuatkan KZ menarik balik artikel yang telah dipublish tu. Itu yang membuatkan aku rasa sangat menyampah pulak dengan MLM-ers ni. Siap bagi no contact konon nak adakan pertemuan dengan beliau dan syarikat. Ee....mmg tak boleh belah. Isu ni jadi panas sampai ke hari ini. Dan diorang dok pong pang pong pang pasal tak puas hati tanpa berdebat pun apa yang salahnya dengan fakta dalam artikel KZ. Aku rasa mungkin sebab diorang sendiri tak tahu fakta sebenar dan that is why diorang tak bidas.

Aku tak pernah kisah dengan MLM-ers. Sama ada korang nak masuk sebagai ahli sbb nak guna produk tu sendiri-sendiri atau nak jual untuk menjadi kaya. Aku takder masalah dengan itu. Tapi aku sangat ada masalah dengan MLM-ers yang paksa2 orang dan yang tak boleh terima pendapat orang lain. Aku percaya ramai orang yang macam aku. Kira kalau dalam pilihanraya, kira macam golongan atas pagar. Golongan yang takder masalah langsung dengan MLM. Tapi kalau kita boleh respek MLM-ers ni. Jadi kenapa MLM-ers ni tak boleh respek pendapat orang lain?!

KZ buat artikel tersebut kerana ditanya oleh orang ramai juga. Lagipun sebelum ni KZ ada juga buat review produk HerbaLife yang bagi aku pengisiannya sama jer dengan produk SDII. So kenapa ada MLM-ers SDII ni yang tak boleh terima pendapat? Memang sangat menyampah kot dengan MLM-ers ni. Dalam artikel tuh KZ takder pun suruh orang jangan beli/guna SDII tu. Aku akui ada setengah orang susah nk bersenam dan mereka perlukan sesuatu untuk boost semangat mereka. So diorang pilih semua replacement meal yang ada dalam pasaran macam SDII, Herbalife atau Jusmate5. Lagipun produk2 ini juga boleh menjadi suatu yang dah di-set pada minda, kalau guna produk ni boleh turun 5kg dalam seminggu. Jadi ada orang yg turun berat badan dengan produk-produk ini. Tiada masalah pun untuk percaya dan mahu gunakan semua produk-produk ni.

Masalahnya adalah pasa MLM-ers yang tak boleh terima pendapat dan MLM-ers yang fikir pasat duit je. Aku dah buka salah sorang MLM-er ni punya profile. Buka jer, terpampang cover photo pada profile beliau gambar duit-duit-duit yang banyak. Satu je aku nak cakap dengan orang macam ni. Choii!!!!!!!!!



9 comments:

» NAJA « said...

boooo..mmg anti habis aku dgn MLM ers ni ..tak tau kenapa....

sukahati said...

jgn booo kak suka okeh :p. ada kisah silam dgn MLM-ers ker uols?

sykn's said...

sue: mmg ader kisahnyer cik suka, pasal lampu lamp-burger tuh...trauma dah , siap paksa2 , brainwash bagai..adeke patut galakkan kita berhutang dengan bank semata2 sebagai modal pendahuluan untuk lampu kesihatan yang mcm ramai orang nak beli tu...( - -) sedih acik bila antara kawan rapat masa studi wat camtu...sampai ke sudah taknak kawan, kononnya kita nie tak nak tolong kawan lah, tu lah, ni lah..ok, tu jer.

sukahati said...

tuh la sykn...kalo pasal MLM ni...kadang2 bleh putus sedara :P....btw lampu apa tuh sykn....ni festaim dengar

HaZiFah said...

kenapa MLM-er itu sentap~? kerana "siapa mkn cili dia la kena getahnyer" eh~? silap²...."siapa mkn nangka dia la rasa pedas~" hahaha :p

p/s: "Kira kalau dalam pilihanraya, kira macam golongan atas pagar" >> kakak dh register ke~? keke

sukahati said...

blom register lagi....sempat mengundi ni kalau register skang

sykn's said...

spelling nyer : lampe berger...sila google...ada blog anti mlm ni..hmmm...lampu tu tak salah..but some of the MLM-ers tu je yg ntahapa2...cekidaout

Anonymous said...

Jom buat duit di Internet tanpa sebarang pelabura walau satu sen sekalipun.Hanya di

www.wanginternet.com
























'

Anonymous said...

sorii di www.wanginternet.net

 

Blog Template by YummyLolly.com