Friday, August 15, 2008

Pza tgur aku kat ym, ko dah 2 tahun ker lesen P??

Haih...ms terlalu pantas berlalu. Smlm pegi TPM, buat demo benda yang aku tatau. Voley?? Tp oleh kerana aku mempunyai skill kelentong yang hebat dan dgn konfidennyer selesai la demo smlm tak smpi stgh jam. Hahahaha. Nasib la kepada mereka2 yang tgk aku demo smlm. Tp aku dah bgtau awal2, siap mintak maaf lg kalo demo aku tak fulfill kehendak derang.

Dah setahun sejak aku meninggalkan Puchong. So smlm kt lrt Bukit Jalil, terimbaulah kenangan setahun yang lalu. Ecewahhhhh. Kenangan mcm mana aku merempit dengan skuter cik yah, dr Puchong ker Bukit Jalil, di tgh mlm buta, sewaktu hujan lebat, dengan diekori sorang mat rempit untuk mengambil cik yah di lrt. Mmg takkan luper lahhhh. Dah la aku takder lesen motor.

***

Esok berakhirlah hidup bujangan Mun bersama pasangannya Pozey. Dah lama dah hubungan derang neh. Tak silap aku derang kenal ms kitorg 2nd yr. So kira-kira dah 4 tahun dah perkenalan derang. Derang neh adelah pasangan yang paling aku respek. Sbb derang neh adalah antara pasangan yang tahu menjaga adab pergaulan. Hehe. No offence k. So, untuk Mun n Pozey...

Selamat Pengantin Baru!
Aku doakan semoga perkahwinan berkekalan ke akhir hayat dan diberkati Tuhan.
Amin!





Rahsia Jodoh


Berpasangan engkau telah diciptakan

Dan selamanya engkau akan berpasangan
Bergandingan tanganlah dikau
Hingga sayap-sayap panjang nan lebar lebur dalam nyala
Dalam ikatan agung menyatu kalian

Saling menataplah dalam keharmonian
Dan bukanlah hanya saling menatap ke depan
Tapi bagaimana melangkah ke tujuan semula

Berpasangan engkau dalam mengurai kebersamaan
Kerana tidak ada yang benar-benar mampu hidup bersendirian
Bahkan keindahan syurga tak mampu menghapus kesepian Adam

Berpasangan engkau dalam menghimpun rahmat Tuhan Ya, bahkan bersama pula dalam menikmatinya
Kerana alam dan kurniaan Tuhan
Terlampau luas untuk dinikmati sendirian

Bersamalah engkau dalam setiap keadaan
Kerana kebahagiaan tersedia, bagi mereka yang menangis
Bagi mereka yang disakiti hatinya, bagi mereka yang mencari,
bagi mereka yang mencuba
Dan bagi mereka yang mampu memahami erti hidup bersama
Kerana mereka itulah yang menghargai pentingnya
orang-orang yang pernah hadir dalam kehidupan mereka

Bersamalah dikau sampai sayap-sayap sang maut meliputimu
Ya, bahkan bersama pula kalian dalam musim sunyi
Namun biarkan ada ruang antara kebersamaan itu
Tempat angin syurga menari-nari diantara bahtera sakinahmu

Berkasih-kasihlah, namun jangan membelenggu cinta
Biarkan cinta mengalir dalam setiap titisan darah
Bagai mata air kehidupan
Yang gemerciknya senantiasa menghidupi pantai kedua jiwa
Saling isilah minumanmu tapi jangan minum dari satu piala
Saling kongsilah rotimu tapi jangan makan dari pinggan yang sama..

Menyanyilah dan menarilah bersama dalam suka dan duka
Hanya biarkan masing-masing menghayati waktu sendirinya
Kerana dawai-dawai biola, masing-masing punya kehidupan sendiri
Walau lagu yang sama sedang menggetarkannya
Sebab itulah simfoni kehidupan

Berikan hatimu namun jangan saling menguasainya

Jika tidak, kalian hanya mencintai pantulan diri sendiri
Yang kalian temukan dalam dia
Dan lagi, hanya tangan kehidupan yang akan mampu merangkulnya

Tegaklah berjajar namun jangan terlampau dekat
Bukankah tiang-tiang candi tidak dibina terlalu rapat?
Dan pohon jati serta pohon cemara
Tidak tumbuh dalam bayangan masing-masing?

~Khalil Gibran


***

Yay, esok nak menawan puncak Bukit Tabur. Excited neh. Takut gak pancit esok, sbb dah lama tak training. Sejak kene pergi Kulai dulu, langsung aku tak training. Huhu. Next day nyer pulak aku msk Larian Perpaduan. Adehhh...

p/s : Mun, aku curik gambar ko ngan Pozey. Hik hik. Maapkan sayerhhhh~~~~~~~ :p

1 comments:

Izan said...

asal lesen p lagi ni ha??? aku da zaman tok kaduk ngan lesen p ni. hehehehehe. nak berlagak jap. tp skang ni da lama tak drive. huhuhuhuhu. mampoih aku...

 

Blog Template by YummyLolly.com