Wednesday, October 15, 2008

Langit mendung

Aku suka tidur bila hujan turun.Contohnya mlm tadi. Sungguh best dgr bunyi2 hujan...sambil kau lelapkan mata. Nyaman. Bunyi guruh-guruh yang ala-ala manja. Feelnya sungguh......err.....nikmat sengihnampakgigi. Bunyi2 air hujan tuh seakan suara Jamal Abdillah yang menyanyikan untuk aku lagu 'Tidurlah Wahai Permaisuri' jelir . Sungguh syiok. Cuma aku tak suka petir dan kilat. Tidur sambil dgr bunyi ombak pun best. Mcm aku pergi kem btn kat besut dulu. Orang lain solat subuh, aku yang cuti, baring atas pasir pantai yang sejuk dan tidur ditemani bunyi ombak.

Jd, akibat daripada kenikmatan tidur yang nyenyak malam tadi, aku bangun lambat hari ni. Jd lambat jugak pergi ofis dan lambat juga sampai ofis. Jln pulak jem tak hengattt. Rumah ngan ofis dekat jer, tp perjalanan ambil masa sama mcm orang dr Shah Alam. Boleh?? Pukul 8.40 aku masih terhegeh2 depan simpang rumah aku. Huh.

Kebetulan aku bercakap psl hujan di awal entry ni, aku nak cerita masa aku tensi meredah kesesakan jalan rya pagi td. Ader teksi depan aku. Di tahan oleh 2 orang mat bangla. Salah sorang drpd mat bangla itu sungguh cool beb. Sbb dia pakai t-shirt band Hujan. Sungguh cool kan?? encem Heh. Korang ada??

***

Mlm tadi berjaya menghabiskan buku 'Dunia Ini Sederhana Kecil'. Aku membaca sambil menDENGAR tv. Kalau aku menonton tv, konfemlah aku tak akan baca kan. Jd dalam usaha untuk menghabiskan buku tersebut, aku menDENGAR tv. Lgpun aku tak nak miss criter 'KUMILIKMU' dan 'KISAH KAISARA' sengihnampakgigi.

Ya, dunia ini sederhana kecil. Sejauh mana pun aku nak mengembangkan network kawan2 aku. Balik2 ke situ jugak.

ayam - Laili, kwn ms aku sekolah menengah dulu, satu kuliah dengan si Kemat.
ayam - Si Kemat pulak boleh kenal classmate aku ms matrix, iaitu Hazwan.
ayam - Member chat aku ms 1st yr kenal junior aku mase matrix, Helida, sbb girlfriend sekarang isteri dia berkawan baik dengan junior aku.
ayam - Masa aku berbuka puasa dengan member ACCP arituh, Daus bawak kawan dia, Omar. Dan Omar adlah sbnrnyer satu office dengan Syikin, kawan sekolah aku.
ayam - Daus, pulak kenal dengan Nisya-chan, kawan satu kuliah merangkap roomate aku masa 2nd yr sbb mereka berdua Pegawai Gomen Terulung.
ayam - Masa kat office lama dulu, Si Fadhil yang ddk sblh aku tiba2 ckp, 'mun kirim salam'. Rupa-rupanya, Mun rakan sebilik aku waktu tuh, satu uni dengan si Fadhil dan sebelum kenal Fadhil, actually aku dah dulu dgr citer psl dia. Haha.
ayam - Masa aku 1st yr dulu, roomate aku, Nurul, satu kuliah dengan Amy, bestfriend aku masa sekolah rendah. Salah satu faktor aku rapat dengan budak civil masa kat uni.
ayam - Si Nany pulak satu kuliah dengan Wahida, officemate aku sekarang ni.

Ya, dunia ini sederhana kecil.

***

Minggu ni aku asyik rasa mual dan loya-loya jer busuk. Makan pun sikit-sikit jer. Kenapa yerk? Haihh.

***

Ok. mempunyai rambut warna ala ala 'brunette' mmg idaman aku. Tapi kalau dah beruban, sape nak jwb kawan2?? Dah ada lebih 20 helai uban atas kepala aku. Dan tahukah kamu kawan, uban ni menyebabkan kepala aku gatal. Bila kepala aku gatal, mesti aku cari uban dan mesti jumpa punyalah. Pastu aku cabut...lega. Risau plak aku, uban semakin byk. Aku tau aku dah tua, tp... haihhh. Amik dari sini ,


[Rambut boleh kehilangan warna kerana kekurangan melanin iaitu bahan pewarna semulajadi yang terdapat di dalam badan yang juga dikenali sebagai pigmen.]

Adekah aku terpaksa meminum susu buatan dr China untuk menggalakkan melanin?? jelir


12 comments:

Anonymous said...

huh..lu sure ke tu melamin yg sama.??
lu ada uban dah ke dak? sian lu.. lu kena minum sustagen juniors utk kembali remaja ni..

Ruby League... said...

tak pon try pakai drypers pants. Anak sedara aku dah umur hampir 3 tahun still nampak cam baby sbb pakai benda nih... try la... bak kata iklan dia... "tidur lena pagi senyuman" ahaks..

sukahati said...

ngahaha - dah namanyer sama...mesti la bhn yg sama...gua rs laa.Mungkin bukan sustagen junior la ngah, gua rs kene mkn jamu perawatan remaja putri

panadol7e - cet. aku pon skang neh pakai pampers lagi...tapi bukan la drypants. Period?? tak kesahhh :p

en_me said...

salam pagi jumaat akak itteww..

sukahati said...

akak??? selamber jer panggil gue akak...tak seswai tauuuu :p
Nway...salam pagi jumaat kembali

Izan said...

yela panggil akak... tak lama lg 27 thn weh... huhuhuhuhuhu

sukahati said...

izan - sape 27?? sy baru 22 la kak izan :p

nisya-chan said...

woh..lainla melanin dengan melamin!
melanin tu pigmen tuh..melamin tu yang buat pinggan tuh..jgn cari penyakit ko nih.. :P

nhanania said...

hahah su da giler la tuh..

sukahati said...

nisya - eh...lain ek....wakakkakak. Aku ingat same :p
nani - eh..baru jer aku berjalan untuk kesiahtan mental last week...mana der giler :p

nisya-chan said...

ngahaha..lain..lain..
wah..baru ku perasan Pegawai Gomen Terulung?? haha..banyak la terulung ko..aku rasa kitorg nih Pegawai Gomen Ter-ulu..haha..especially firdausla..ko gi x die kawen nanti??

sukahati said...

tak p la nisya, aku ader family day kat pd :D

 

Blog Template by YummyLolly.com