Friday, November 28, 2008

Seorang Jejaka bernama Kematz tag saya

My workstation. Huahua....sempit gak, tp ok la untuk aku yg kecik ini :p. Sbnrnyer aku neh yg menumpang tmpt org teknikal. Arituh bos ade tanyer ms kene buat projek lain nih, nak ddk dekat rnd atau stay tmpt sempit neh. Tapi aku nak stay sini sbb sini happening. Kat sana diam ajerrrrrrrrrr. Boring :p.

Sebiji Panadol telah tag saya


1. Do you think you are HOT?

Yaaaaaaaaaaa...ehehe. Pengakuan tak bleh blahhh.


2. Upload a fav pic of you




3. Why do you like this picture?
Taken by Pza. Sbb aku rs gambar tuh shot nyer cantik. Tq Cik Pza.

4. When was the last time you ate pizza?
Wohooo.....serius tak hengat biler. Mcm dah lama giler jer tak mkn. Eh...serius la. Tak ingat langsung neh. Ader sesapa nak ajak aku mkn pizza??

5. The last song you listen to?
Munajat Cinta by The Rock feat Ahmad Dhani. Oh...jatuh cinta ngan lagu nih. Siap repeat track lg :p . Sikit lirik dia yerk kawan2. Tuhan kirimkanlah aku, kekasih yang baik hati~~~~~~~~~~ :p. Tq kpd Dr. Love saye yg bg lagu inih.

6. What are you doing right now besides this?

Baca blog yang ader di tepi neh.


7. What name u prefer besides yours?

Ermm....Sarah?? Wahehehe.....mmg aku nk buh nama salah sorang nama ank aku nnti Sarah.

8. People to tag
siapekah yang bertuah itu...
I) Ila
II) Izan

III) P-za

IV) Nany
V) Che Sue


9. Who is no.1

My housemate.

10. No.3 is having relationship with?

Err....Daud :p. Statement gossip u'ollss.

11. Say something about no.5
Nama dia masa zaman belaja dulu bawah nama aku. Aku no 239, Che sue 240 :D

12. How about no.4?

Kwn aku untuk aktiviti lasak :D


13. Who is no.2

Member zaman skolah yang sekarang dah berkahwin dan bermastautin di Italy.


p/s : Oleh sbb Incik Panadol7e suh aku bg award kat dia atas sbb dia tag aku. Aku takde aper2 award la nak bg. Tapi nahhh...hamek neh :p.



Wednesday, November 26, 2008

Family Day

Last weekend aku g family day kat PD. To be specific sbnrnyer dekat Teluk Kemang. Sbb tuh tadapat pergi kenduri Daus. Mahap Daus. Anyway tahniah la kpd Firdaus si jejaka-hensem-lagi-baik-cam-ustaz dan Christina si wanita-sexy atas majlis perkahwinan korang . Rasenya korang kawen sama ari kot. Eh..ye ker? What ever la. Anyway congrats lg sekali.

Berbalik pasal cerita g PD. Ini bukanla aktiviti tahunan family aku sbnrnyer. Tapi aktiviti saje untuk gunakan voucher free yg aku dpt masa cabutan bertuah arituh. Kitorang stay dekat Ancasa Suite n Spa. Voucher tuh entitled aku untuk dapat apartment 3 bilik. So ngam2 ajer la ngan family aku. Best gak la apartment tuh. Luas dan simple. Nak ker laut pun bleh jalan kaki jer. Cuma bg aku, aku rs pekerja dia kurang mesra gituhh.


Air laut dia standard laa, tak bersih mana pun. Tapi dalam tak bersih tuh, aku layan gak mandi situh :p. Biasalah, bukan senang nak jumpa laut. Hehe.


So tuh jer la update dr aku. Nak cerita lebih2 pun takder aper sangat. Sbb tuh baru arini update. Giler malas tak bleh blah. Yer...aku seorang yang pemalas. Tapi suke di snap gbr :p.

Friday, November 21, 2008

if jumaat then malas , else rajin suam2 kuku

Monday, November 17, 2008

Aku rasa nak menangis :(


Ya Tuhan, kuatkan aku.

Thursday, November 13, 2008

Untuk kali ini, aku mahu menjadi selfish

Ok. Kelmarin aku dapat perkabaran yg buruk. Bg diri aku. Yang membuatkan aku sgt down. Sangat-sangat down.

Aku kene masuk project yang dekat Que-lie tu. Ok...Bukan satu mslh bg aku kene buat projek tu atau kene out station pergi sana. Yang menjadi masalah pd aku adelah dengan cara kerja dan dengan sape aku bekerja. Itu yang membuatkan aku sgt down.

Bila aku dapat tau aje berita tuh dalam meeting, aku rs time tu jugak aku nak taip surat resign. Balik rumah pun dok terpikir lagi. Mmg aku tak boleh nak buat aper dah. Sampai rasa semalam nak pergi kerja pun takde semangat. Rasa nak amik mc/el ajer. Tapi teringat lak aku kene buat meeting minute. Boleh plak nangis bila orang asik dok tanyer betol ker aku kene masuk project tuh. Ohh...sgt tensi dan down.

Jd aku telah bernekad untuk mula menjadi pencari kerja tegar mulai dr sekarang. Aku ambil ini sebagai

1. Ujian Allah kepada aku.
2. Sebagai satu sign drpd Allah untuk aku berambus dr tempat ini.

Aku nekad nak cari kerja baru. Aku tak pernah terfikir sgt untuk tukar kerja sebelum ni. Sbb kerja kat sini walaupun gaji tak sebanyak mana, tapi hati senang. Tapi kalau lepas ni hati aku tak senang, buat apa lagi aku nak ddk sini. Seketul daging yang namanya hati tuh la yang kiter kene jaga kan?? Aku tanak hati aku kotor sbb menyumpah seranah dan sakit hati dengan perangai manusia yang mcm %^&*#@ . Aku nak mencari bahagia jer. Ya Rabbi, tolong aku...ya?

Wednesday, November 12, 2008

Apekah??

Friday, November 7, 2008

Pictures of you, pictures of me. Remind us all of what we used to be

Ini entry untuk balas tag drpd Kematz. Ape kes kene amik gbr tetiba neh jelir?? Dah la aku kat opis. Motif meroyan amik gbr sendiri kat opis sengihnampakgigi?? Adehhh. Tp aku layankan ajer.



Law & Order!

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.
2) DON'T change your clothes, DON'T fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag ur frens


Aku nak tag Izan, Ila dan sesiapa yang lain yang teringin nak buat. Nahh...rasainnnn jelir.

Thursday, November 6, 2008

Tercekikkah atau tercucukkah??

Jd lagi. Masuk kali ni dah 2 kali. Korang pernah rasa tak tulang ikan tercucuk dekat tonsil?? Aku dah jd kali kedua ni. Rasanya?? Tak sakit. Cuma korang rs tak selesa.

Kes pertama dulu, aku rs cam ader sesuatu kat tekak. Aku pun amik cermin, nganga luas2. Kemudian baru perasan ader tulang yang terlekat anatar celah tonsil tuh. Maknayer tercucuk anatar 2 daging. Korang dapat imajin?? Mesti tak kan?? So camne aku buang keluar. Mmg agak seksa sbnrnyer nak buang. Last-last, aku guna jari sendiri. Masuk sampai rasa dinding tekak dan tulang tuh. Kemudian sepit ngan jari, dan buang. Lepas buang tuh, aku rasa macam unbelievable jelir. Haha. Ianya tulang ikan keli.

Smlm, aku rs mcm nak selsema. Korang perasan tak, bila nak selsema,tekak korang rasa agak perit. Mcm tuh la yang aku rasa semalam. So aku pun amik la cermin, nak tgk merah ker tak sekeliling tonsil aku. Kalo merah, kene la minum air banyak2. Tgk2, rupanya ader satu tulang ikan dah tercucuk dekat tonsil aku. So aku aper lagi, terus la cuba nak keluarkan. Tapi tak mau2. Sbb kali ni, tulangnyer pendek skit dr yang dulu. Alih2, aku give up. Aku biar jer. Nnti akan aku usahakan lagi untuk membuangnya. Sbnrnyer, tulang yang ini dah lama dahhh tercucuk kat situ. Cuma ms memula aku perasan, aku give up dan terus terlupa. Lgpon tonsil mcm tak bengkak dah lepas tuh. So aku ingat mcm dah terkeluar dengan sendiri nya kot. Tgk2 smlm tonsil tuh bengkak balik dan tulang tuh masih ada kat situ. Hmmm

Adekah tonsil kita adelah daging yang lembut sehingga tulang leh tercucuk kat situ ek??

Tuesday, November 4, 2008

Di tagged oleh Panadol7e ... bukan panadol beli kat kedai india bawah blok

1. Name one person who made you laugh last night?
- Romlah

2. What were you doing at 0800?
- Nak kene keluar rumah g kerja. Kalo lambat jem tak hengat.

3. What were you doing 30 minutes ago?
- Taip entri baru :p

4. What happened to you in 2006?
- Graduated

5. What was the last thing you said out loud?
- Taklah!

6. How many beverages did you have today?
- Glass of teh tarik and plain water

7. What color is your hairbrush?
- Red

8.What was the last thing you paid for?
- Teh tarik and roti canai. Cost me Rm1.80

9. Where were you last night?
- Rumah laa. Tido.

10. What color is your front door?
- rasanya pink kot

11. Where do you keep your change?
- purse

12. What’s the weather like today?
- cerah

13. What’s the best ice-cream flavor?
- chocolate n vanilla

14. What excites you?
- new things

15. Do you want to cut your hair?
- yup... tapi sayangggggg.

16. Are you over the age of 25?
- Yes...so???wth

17. Do you talk a lot?
- Ntah

18. Do you watch the O.C.?
- No.

19. Do you know anyone named Steven?
- Yes...Steven Spielberg :p

21. Are you a jealous person?
- Yes

24. Who’s the first person on your received call list?
- Mak

25. What does the last text message you received say?
- Missed call from 013*******

26. Do you chew on your straw?
- No

28. Where’s the next place you’re going to?
- Kafe. Mkn tgahri

30. What was the last thing you ate?
- Roti Canai

31. Will you get married in the future?
- InsyaAllah

33. Is there anyone you like right now?
- Err....next!

34. When was the last time you did the dishes?
- Ntah

35. Are you currently depressed?
- Tak

36. Did you cry today?
- Tak

37. Why did you answer and post this?
- Cos someone tagged me.

p/s : Ader soalan yang aku tak jwb. Knp?? Sbb sukahati aku lah jelir
p/s2 : Soalan2 ini dijawab semalam, jd jawapan untuk tag ini mungkin berbeza dr fakta sebenar hari ini.

Monday, November 3, 2008

Aku perlukan rehat...

Hujung minggu yang baru lepas, aku masih sibuk memenuhi aktiviti poya2. Dan sbnrnyer aku sgt letih. Letih yang dicari sendiri jelir.

Sabtu



Aku masuk Canon Photomarathon. Masuk kategori compact ajer la. Mana kan ku ada dslr. Sabtu pagi, pukul 5 lagi aku dah bangun. Bersemangat neh sementelah registration mula pukul 7. Smpi Times Square pukul lebih kurang 7.15am. Erme n da gang pun dah sampai. Orang dah mula beratur. Panjang. Tapi sbb aku masuk kategori compact, pendek jer barisannya sengihnampakgigi. Tapi memula mcm segan giler nak keluarkan kamera aku yang kiut tu, sbb ramai giler yang menunjukkan dslr masing2 siap dengan lens n tripod segala bagai. Start pukul 9 kot. Tak sure sgt sbb excited nak amik gbr jelir. Itupun tema pertama tanya orang lain sbb tak dgr langsung apa yang organizer ckp. Kemudian bertebaranlah manusia2 berbaju merah bagai semut merah yang bertempiaran lari sbb sarang kene pijak dengan manusia. First theme ialah 'Indulge Metropolitan'. Apekah??? Aku hantam jer amik mcm2. Ada gbr yang takde tema pon ader. Aku amik gbr ikut tema sukahati aku jelir. Tapi yang lebih byk adalah gbr syok sendiri. Pose sana sini gelakguling. Mcm pelancong asing yang baru sampai KL. First theme ni mcm ada idea. Tapi tempat yang terhad mls nak pergi tmpt jauh2 dan awal pagi sangat, yang membuatkan aku shoot gbr yang tak berkenaan.





Amik2 gbr sambil berjalan ke Pavillion. Then smpi Pavillion, apekah??? Exclusive sgt ke Pavillion neh smpi amik gbr pon tak bleh. Mmg tak bleh blah. Terus la kitorg amik second theme dkat concept store Canon dalam Pavillion. Second theme ialah 'Mess in Rules'. Dapat jer theme neh, aku dapat idea nak amik gbr orang melintas masa lampu melintas warna merah. Yes, aku dapat amik. Tapi taktau kenapa aku tak hantar gambar tuh. Aku pergi hantar gbr tong sampah??! Mungkin time upload gbr tuh, gila aku dtg jelir .



Third pitstop adalah kat KLCC. So sambil2 berjalan ke KLCC tuh, snap la sana sini. Then amik third theme iaitu 'Goes Green'. So idea aku adalah nak shoot gbr 'recycle bin'. Tapi macam ramai la pulak amik gbr tuh. Last, mcm takde idea nak amik aper. So jln balik ke Pavillion, solat dan rehat. Serius letih beb masa dalam perjalanan balik ker Pavillion tuh. Lenguh kaki dan letih. Aku mmg rasa nak buka kasut jer jalan. Dalam surau Pavillion tuh, sempat la lelapkan mata dalam 15 minit cenggituh. Nikmatnya rasa.


Then siap semua jalan balik ker Times Square. Sampai terus upload gambar, amik mknn dan makannnnn. Siap segala, kitorg jalan2 dalam Times Square. Sempat la aku dan pza buat fish theraphy spa. Dah lenguh kaki kannn. Merasalahhh. Sungguh geli masa mula2 tuh. Si Pza tak henti2 ketawa. Ahahah. Nani pulak siap buat foot massage. Then sempat jugak dia bershopping baju.


Habis tu dah pukul 6, Nani dengan aku ingat nak lepak kat Masjid yang dekat dbp tuh sbb mlm tuh plan nak pergi Maskara Shorties. Gigih kan?? nak tunggu result pun mcm la menang kan?? So baik la berambus sbb mlm tuh ader plan lain. Tapi lepas tu Zehan, member Erme ajak lepak rumah dia jer. So terus lepak rumah dia sbb mcm dekat jugak. Mmg agak bestla Photomarathon ni. So aper yanag aku dapat dari photomarathon ni?? Aku dapat penat, lenguh kaki, kawan baru, experience, seronok, dan kulit yang lebih gelap jelir.

***

Mlm, lepas solat dan mandi2 dirumah Zehan kitorang terus menuju ke Rumah Pena. Sbb Maskara start lebih kurang pukul 8 camtuh. Sampai2, kerusi mmg penuh. So kitorg amik port ddk atas carpet, depan sekali. Belakang Mamat Khalid dan Pyan Habib okayyy. Rasa mcm artis plak sengihnampakgigi. Tapi agak sakit dan panas montot ddk atas tar beralaskan karpet ituh. Tapi ader yang ddk atas tar tak lapik apa2 jelir. Rasa mcm zaman dulu2 pulak, tgk wayang lambak. Start tayangan, masih ok lagi. Lepas2 tuh....ramai giler manusia. Tapi aku sungguh terganggu dengan sorang mamat ddk belakang kitorg. Aper yang tertulis kat skrin dlm mana2 filem, mesti dia nak baca dengan kuat. Apekah??? Member dia tak reti baca ker haper?? Sgt tapaham. Tayangan malam tuh mcm biasa ader filem yang best dan ader yang tak best. Part yang tak best tuh mmg la konfem aku mengantuk. Dah la seharian berjalan sana sini. Mungkin yang buat tak best tuh sbb aku tapaham isi filem tuh sendiri atau juga mungkin aku dah terlalu penat untuk menghadam mesej2nya atau sememangnya aku terlalu bengap ntuk paham seni dalam setiap filem tu. Tapi mmg ada beberapa filem yang aku suka dan tak suka. Mlm tuh jugak aku dapat rembat kumpulan cerpen paling sexy, 'Romlah: The Untold Stories'. Menjadikan ini buku ke-6 dalam barisan buku2 yang aku beli tapi belum baca. Adehhh. Pukul 11, kitorang dah kene blah. Tak sempat nak tgk smer filem.



Aku sampai rumah pukul 12.30 pagi. Sampai2 ajer, aku campak beg kat tepi, salin baju tido, solat isyak dan terus .... padam!

***

Ahad
Pagi2 lagi dah bangun. Kene pergi rumah kakak aku kat Rawang. Dia ader buat kenduri kesyukuran sikit. Terus berdesup amik adik aku dulu. Sampai2, kene la tolong itu ini. Mata aku mmg ngantuk tak bleh blah. Agak2 kerja dah kurang, terus masuk bilik nak lelapkan mata. Sempat la lelapkan mata setengah jam itu pun bangun sbb makcik aku dah dtg. Bersiap2 bagai, kenduri pun berlangsung. Pastuh mcm biase, muka akak neh mmg muka basuh pinggan. Basuh2 pinggan, kemas2 khemah, kemas2 rumah ....smpi ke maghrib jugak habisnya. Baru arini aku rasa sakit pinggan angkat pinggan mangkuk. Mlm tuh kakak aku pergi tgk jln pergi opis baru dia. Malas aku nak ikot sbb penat giler. Aku dok rumah ngan anak sedara sulung aku, bukan untuk berehat jugak. Tapi basuh kain dan gosok baju. Siap semua, kul 11 terlentang la aku tido. Tak ingat ape dah.


Serius. Aku perlukan lebih masa.

Imajin. Bangun pukul 5 - Times Square - Pavillion - KLCC - Pavillion - Times Square - Desa Pandan - Rumah Pena - ZzZzZz - Rawang - Kenduri - ZzZzZz - Kerja.

Takde rehat yang cukup. Aku perlukan rehat. Aku perlukan tenaga. Atau mungkin aku perlukan ecstacy?? jelir
 

Blog Template by YummyLolly.com