Smlm, gigih aku ngan Kematz pergi tgk Patung Kertas 2 dekat Matic. Ia merupakan acara yang tidak dirancang sebenarnya. Kat opis pagi semalam, tiba2 rasa macam tayangan Patung Kertas 2 habis pada awal bulan May. Aku pun gigih google nak tgk tayangannya sampai berapa haribulan. Tgk2, habis pada 3 May. Jadi manakan sempat untuk aku tgk sbb hari ni akan pulang ke kampung halaman selepas kerja. jadi peluang untuk aku menonton hanya pada malam semalam. So terus buzz kematz ajak pergi tgk smlm. Dia pun on ajer. So aper lagi, zass, booking ticket semua. Nasib baik ader tiket lagi u'olls.
Lepas maghrib, bertolak lah aku dr opis ker Matic. Tak balik rumah okeh. Gigih giler kan nak tgk teater punya psl. Smpi jer kematz dah tunggu. Ticket pon aku dah suruh dia amikkan. Sape suruh smpi awalkan? Gigihhhhh sgtz. Pukul 8.30 masuk dewan. Ramai penonton lelaki yer kawan2. Aku pun kurang mengerti mengapa senario ini terjadi :p. Masuk dewan, ader penari yang dok statik jer atas pentas. Kalo lenguh baru tuka pose. Motif mungkin untuk mengalu-alukan kedatangan kami la kot. Seat aku ngan kematz, row paling depan okeh u'olls. Kematz siap ckp ms ddk tuh, 'Kalo diorang tarik tgn suh naik pentas macam mana?'. Aku cakap, 'Naik jerla'. Aku jwb camtuh sbb aku tak rasa dia akan tarik2 atau libatkan penonton dlm persembahan. Haaa...tapi amik ko sekali. Kemunculan Cik Muda Bunga Kenanga telah membuatkan aku kecut perut. Dia baling bunga kat audience ok. Naseb baik tak baling kt aku. Dia baling kt budak sebelah sebelah sebelah aku. Eh, tapi aku pempuan kan....konpem la dia tak baling kt aku. Naseb baik. Phewww...Kematz pun terselamat :p. Kalau Kematz kene, haruslah Cik Muda Bunga Kenanga duduk diatas Kematz. Wowwwww. Siap boleh ramas2 lagi tisu didada beliau. Hahaha. Pada babak Malam Gala iaitu malam persembahan PaperDoll mereka untuk memungut sumbangan untuk bantu anak Suhana, ada satu show tak silap aku lagu 'Makhluk Tuhan Paling Sexy'. Dan pada ketika lirik paling sexy tuh, Kemtaz di point out dengan jari okeh, oleh drag queen tuhh. Hahahaha. Sesuatuhhhhhh sgtz u'olss. Hot jugak rupanya Kematz neh. Silap datang ngan aku jer. Kalo tak aku rasa mmg dah kene ngorat dahhhh. Tuh pun dia ckp sebelum masuk dewan, 'motif apesal tgk2 aku?'. :D.
Serius, teater ini sgt bestttttt!! Aku tak tahu pun teater ini adalah teater muzikal sbnrnyer. So bila first opening ader tarian bagai, baru aku tahu ini teater muzikal. So akak was like excited giler u'olls. Lgpun perasaan nk menonton tetaer ini adalah disebabkan ini adalah persembahan musim kedua. So bg aku, pasti ader sesuatuhhhh yang menyebabkan teater ini dibuat lagi untuk kali kedua. Tuh yang beria benar nk tgk tuh.
Takder byk aku nk komen cuma pada babak anak Suhana jatuh pengsan, Ebi Yus pulak yang hantar anak dia balik rumah tapi Si Suhana neh boleh selamber jaga kedai. Mcm takder perasaan jer tgk ank sendiri pengsan. Itu jer la yang aku cam muskil. Yang lain semua best. Mmg tak rugi menonton. Aku suka gbr2 yg pd layar skrin, menghidupkan suasana. Juga suka bagaimana set dan props dimasukkan untuk setiap babak. Sgt cool. Sbb props dimasukkan melalui tarian dan selingan2 yang tidak menganggu tumpuan pun. Dan setiap karakter yang wujud dipentas memainkan peranan masing-masing. Walaupun tumpuan perlu difokuskan pada watak utama, tetapi watak tempelan juga berlakon menyebabkan korang rs nak tgk semua. Lakonan semua mantopppppp. Dari pelakon utama ker pelakon tempelan sehingga ke pelakon kanak-kanak. Budak yang berlakun sbg Adik Chu ms kecik tuh siap goyang gerudi lagi tuhh beb. Aku yang tgk plak rasa nak patah pinggang. Mmg budak tuh pandai berlakon lah. Watak Kareena Kapur adalah watak yang paling kelakar sekali. Kelvin Lau pulak, ohh...dem, body hot giler. Aku pulak jeles. Mmg serius smlm aku rs tercabar sebab nyah2 neh lagi lawa dr aku :p. Then sepanjang persembahan, aku ngan Kematz bisik setiap kali watak baru keluar, 'Ni laki ke pempuan?'. Haha. Dah tak kenal sbb derang cantek sgt. Kemunculan Viviana sbg emcee pada malam gala paperdoll juga tersangatlah best dan spontan. Yerlah, saper tak kenal Viviana kan u'olls. Mmg Diva drag queen dlm bidang dia yang tersendiri. The most nyah yg paling kaku ialah...ermmm....Radhi Khalid :D. Baru balik dr Amsterdam....rambut blonde...hilang muka bangla kata Viviana. Tapi akak sedih la noks....sbb tak dapat nak bergambar dengan laki mak, Ashraff Muslim :p. Hensem giler wehhh. Gugur jantung akak tenungnyer :p. Hehe.
Aku rs macam nk tgk lagi jer. Sape yang tak tgk, pergilah tgk. Ini bukan sekadar hiburan atau drag show. Tapi juga ada mesej yang ingin disampaikan. Juga ia merupakan persembahan amal untuk IJN Foundation. Serius tak rugi beb. Aku yang penat2 pergi tgk balik kerja smpi pukul 11.30 menonton rs sgt berbaloi. Lepas tuh lepak mapley smpai pukul 12.30. Smpi rumah basuh kain bagai sbb dah rendam. Kemas bag pulak sbb hari ni nak balik kampung halaman. Kemudian golek2 takmau tidur. Aku telan ubat tidur separuh biji. Pukul 3 baru leh tidur. Walaupun bangun pagi rs letih, tapi rasanya puas dpt menonton Patung Kertas 2 smlm. Bila teringat some parts, aku boleh senyum sorg2 :D. Mmg Bestlah! Syabas kepada team Patung Kertas 2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Sue..
ko semakin berseronok..
dan aku hanya mampu
menyaksikan kesoronokanmu..
Tak seronok lansung..
huhuhu
P/s:Pipi tu bleh lawan pipi aku :P
MissG - marilah menumpang keseronokan sayerhhh merenung ashraff muslim yang hensem ituh :p
waahha..muka makin gemuk eh?...kene pegi buat slimming muka la gamaknye...
hey sis...Teater Patung Kertas 2 mmg best gile...i siap g tgk 2 kali..wakaka....do check out my blog, ade entry pasal patung kertas
http://adielokman.blogspot.com
p/s: if nk jmpe laki u si ashraf muslim tu, len kali pegy je backstage...huhuhu
wahid - cemana nk slimming muka weh?
overthepagar - tuh la psl...mmg tak rugi tgk byk kali pon
Post a Comment