Monday, April 27, 2009

Post - Mahsuri

Last Saturday melepakkan diri menonton teater Mahsuri bersama2 rakan-rakan seperjuangan iaitu Cikgu Eena bersama kakak dan sepupunya dan juga abg Kematz.

Kali neh seat, pada kedudukan yang agak best. Tapi aku kurang puas menonton pementasan ini. Ceritanya terlalu pendek sedangkan aku rs ianya boleh dikembangkan lagi. Mungkin boleh diselitkan babak bagaimana ajaibnyer kelahiran Mahsuri yg kununnya, mak Mahsuri makan kerak nasi tepi sawah. Kemudian baru la dapat Mahsuri. Walaupun babak ini mungkin la mcm kurang menarik untuk dipentaskan , tapi aku rs babak ini agak penting untuk penonton kemudian menghubungkan keajaiban Mahsuri yg tak boleh di bunuh dengan keris lain selain keris kepunyaan keluarganya. Kemudian kisah cinta Wan Darus dan Mahsuri juga terlalu sedikit. Jika di buat kisah percintaaan mereka mcm babak cinta PGL mungkin lebih syahdu :p.

Pada babak Datok Pekerma Jaya meminang Mahsuri , rasa something wrong somewhere sbb set tak tukar. Agak tidak relevan untuk meminang di jeti? Kemudian setiap kali tukar set, lampu padam, tutup tirai dan sbgnya. Aku rs itu tak perlu sbb kita tahu bhw ini adalah teater. Penggunaan bhs pon mcm ade tak kena. Aku tak pasti pada zaman Mahsuri, panggilan 'Abang' untuk suami sudah diguna pakai atau tidak. The ending part, terlalu mengejut. Mahsuri mati, cerita pun habis. Aku mahu lagi! AKu mahu ada babak tunjukkan Wan Darus balik ke Langkawi dan dpt berita isterinya mati. Dia rasa sedihkah?? Marah pd abangnya kah?? Kecewa kah?? Kemudian mungkin boleh tunjuk juga bagaimana kesan keadaan Langkawi selepas disumpah Mahsuri untuk menunjukkan bahawa sumpahan Mahsuri mmg terjadi kerana beliau mmg benar2 difitnah.

Apa pun Vanidah punya suara sedap jugak. Arja Lee pun lakonan dan suaranya ok juga. Lagu2 dalam teater neh pun best2. Aku suka. Koreografi dari Corrie Lee. Tak Perlu pertikaikan lagi. So overall, kire ok la dengan harga tiketnya.







Abis menonton lepak kat Laman Santai jap dengan Kematz lantaran(hebat jugak bhs aku ni...haha) aku tak mkn sehari suntuk ok u'olls. So ingat nk mkn kat situ smbil2 tgk performance Nija dengan Eliza. Tapi mknn pon dah habis. So tuka port kat belakang IB smpi pukul 3 sambil tgk mat2 rempit dan minah2 rempit serta penyokong2 bola sepak negara. Orang lain dok layan Piala FA, kitorg p tgk teater. Tak 'into' langsung :p.


Bersama kelima-lima Perdana Menteri Malaysia. Haha. Takder kaitan

Ada iras tak? :p

Kami. Incik Kematz yang memegang kamera.

5 comments:

missgee said...

Cis!
nie wat aku jeles..
hehehehe

Bulan 8 aku turun KL
Kasi kenal2kan arr aku
ngan teater..
mcm best..
Ke best pada gambar je? :p

sukahati said...

bulan 8 kak??
kene tgk schedule lahh...ader tetaer aper time tuhhh ....tp kalo minat...sekali tgk...terus nk tgk lagik :D

missgee said...

ya,macik bulan 8 nie.. :)
ape jenis teater bantai je..
Layanzzz..

Saje je..
aku nak perhati
betul ke ko cakap
teater nie best.. :p

sukahati said...

hehe...depends la beb. Kalo minat....mesti nk tgk lagi dan lagi

HaZiFah said...

p x ajak :P

 

Blog Template by YummyLolly.com