Friday, July 10, 2009

Intan Yang Tercanai

Semalam aku berkesempatan menonton tayangan teater 'Intan Yang Tercanai' dengan Kematz. Lepas maghrib, terus zass menuju ke DBP. Tiket beli on the spot ajer.

Pukul 8.45 pintu buka, aku dan Kematz duduk di barisan depan sekali. Kemudian lebih kurang pukul 9, pementasan bermula. Uniknya pementasan ini, stagenya seperti runaway fashion show.

Teater ini mengisahkan pasal Ungku Intan Anis, seorang gadis yang mempunyai peribadi yang terpuji dan pegangan agama yg tinggi. So dia berkawan dengan Daniel Sundaram, seorang lelaki berbangsa India yang tidak mempunyai pegangan agama.

Walaupun Ungku Anis kuat pegangan agama, tapi sebenarnya dia agak terbuka. Sbb dia sanggup ikut Daniel mengarak kavadi dan menaiki beratus-ratus ank tangga sama-sama dengan Daniel dan juga membuat kerja-kerja amal di seluruh pelusuk dunia. So Daniel pun rasa kagum dengan ungku Anis, jadi seakan ada cinta antara mereka. Wahhhh :p.

Ungku Anis pulak kemudian pergi ke Makkah dan dia telah terlibat dalam peristiwa terowong Al-Mu'aysam yang roboh. So pergilah Daniel ke Makkah dengan niat hati untuk mencari cinta hatinya. Dan apakah yang terjadi seterusnya, korang pergi la tgk ataupun google sendiri ya.

Ok. Cerita ini adalah karya cikgu Nordin Hassan. Ingat tak aku pergi tgk 'Mana Setangginya'?? Yaa...ia hasil karya sasterawan yang sama. Ok, aku tak nak bandingkan 'Mana Setangginya' dengan 'Intan Yang Tercanai' sebab 'Mana Setanggi' adalah sebuah karya yang berat.

Karya ini bukan sahaja menceritakan tentang kisah cinta antara dua manusia sahaja tapi juga memberi fokus kepada kejadian Terowong Al-Mu'aysam yang runtuh dimana diceritakan ketika kejadian manusia bertolak-tolak sampai ada yang terbuka aurat, ada yang terbunuh, tolak menolak untuk menyelamatkan diri sendiri sedangkan ketika itu jemaah berada dalam keadaan ihram. Ironinya pula dengan perarakan kavadi yang ditonjolkan. Jadi, ia membawa penonton untuk berfikir sejenak, di kota suci, tmpt untuk menemui Allah tapi akibat panik berlaku kejadian sedemikian rupa.

Dipentaskan selama 1 jam 30 minit, ianya sebuah naskah yang ringkas, tapi padat. Aku langsung tak jemu. Dengan kehadiran pelakon dari segenap sudut dewan, ianya membuatkan kita sebagai penonton perlu sentiasa bersedia pada setiap watak yang muncul. Walaupun pementasan ini disampaikan secara monolog, tapi bagi aku secara peribadi, ia tetap sangat menarik. Aku suka setiap babak yang menunjukkan imbasan lampau setiap kali watak sedang bermonolog. Sebagai contoh babak Ungku anis semasa kanak-kanak, babak Makcik Yong Sutinah nazak serta babak Haji Fadzil menceritakan detik kejadian Terowong Al-Mu'asyam runtuh.


Selain pelakon yang membawa setiap watak penuh emosi, aku kagum dengan muzik dalam teater ini. Aku larut dalam muziknya. Sungguh asyik masyuk. Muziknya membantu memberi kesan untuk penonton merasai emosi setiap watak dan babak. Vokal dalam lagu sungguh harmoni. Kalau dijual OST teater ini, sungguh aku akan beli. Ini serius :D. Kostum pun aku suka. Ringkas, tapi menarik. Gabungan warna untuk ketiga-tiga Lembaga Suci sangat menarik. Bercakap mengenai Lembaga Suci, watak untuk Lembaga Suci dibawa oleh otai-otai teater iaitu Kak Ogy, Norzizi Zulkifli dan Juhara Ayob. Lakonan?? Mantopp. Lakonan watak utama, iaitu Mardian Alwi pun best. Cuma watak Daniel yang dibawa oleh Arwindran, bagi aku biasa-biasa shj.


Tahniah pada setiap tenaga yang terlibat dalam pementasan ini. Semua aku suka. Aku suka karyanya, aku suka muziknya, aku suka lightingnya, aku suka kostumnya. Dengan harga tiket RM20, bagi aku sangat-sangat berbaloi. Akan terus ditayangkan sehingga Ahad ini. Bagi mereka yang nak menonton atau baru nak berjinak-jinak, aku mmg cadangkan korang pergi menonton.

:p


'Jika mustahil pada tersurat, carilah pula apa tersirat'

8 comments:

missgee said...

Ceh..
Dia nengok teater lagi..
lagi nengok teater bila lagi..
Ajak aku sekali..
hehehehe

KeMatZ said...

sue... aku suka nengok ko persembahkan gambar gambar mu... satu kelainan kali ni...

i like...

lagu dah jadi mp3... wakakkaka

sukahati said...

missG - bila ko nak mai sini?? kalu ada...mmg aku hajak

Kematz - apa kelainan gbr aku?? tgk samer jer. Beb...meh mp3...choii tak antar kat email

Ren said...

Setuju.

Intan Yang tercanai lebih dekat dengan penonton dan tidak terlampau tersirat berbanding Mana Setangginya, tapi..setiap pengarah ada cara yang tersendiri. Ikut citarasa masing-masing. :)

nhanania said...

i like 2nd last pic..wahh couple of the year..

sukahati said...

Mr Janggel - thanks sbb sudi singgah :D

Nany - choii...tapi ada hadiah tak award tuh??

Unknown said...

pelukan erat..dia friendly kan kak sue hahaha....mmg hebatla sue !!

sukahati said...

Ila - haa....sgtss la ramahnye. Sampai macam i plak yg rasa segan

 

Blog Template by YummyLolly.com