Hari ahad dah janji ngan nany nk teman dia pergi ke Mines. Tapi sebelum tuh aku pergi shopping mopping kat sini...
Hehehe...tuh diahhh...warehouse baju kecik. Tgk nyonya gbr atas neh beli...peh...satu karung beg plastik besar tuh derang beli. Mesti nak jual tuh :p.
Habis rembat, terus ke Mines. Boleh tak dah berapa tahun dok KL sejak zaman belajar lagi, semalam la first time aku sampai Mines :D. Yang menarik perhatian aku dekat Mines adalah sistem parking dia. Pehhh...mmg baguslah. Harap shopping complex lain pun pakai sistem macam ni. Senang sikit aku :p. Lepas settle hal Nany, makan-makan dan jalan-jalan. Dan aku telah test satu benda :D.
Tapi haruslah mesin camni tak accurate. Motif tinggi aku 199cm?? Choii. Kalau tinggi tuh, aku dah jd model dah sekarang, kot-kot dah jd wakil Malaysia Miss Universe :p. Dah la pengiraan pulse ke aper ntah, mesin tuh keluar error. Banyak kali cuba sampai aku tekan cancel ajer dan terus print result. Tapi time Nany test, boleh plak. Bengong betol. Rugi 2 hengget aku :p.
Balik tuh roger Kematz pasal aktviti menonton teater malam tuh. Rancangan menonton teater tuh tak ader dalam perancangan pun. Masa pagi Sabtu, aku tgk 'Nasi Lemak Kopi O'. Ada temu bual pasal teater 'Tun Mamat dan Mimpi Tuanku'. Jadi aku suh si kematz google psl teater ni, nak tau harga tiket dan venue.
So dari Mines, lepak rumah Nany jap solat asar. Pastuh terus ker Tugu Negara jumpa si Kematz ngan Arina. Motif kat Tugu Negara kan?? Sbbnyer Kematz ngan Arina ada photoshoot bagai kat Tugu walaupun kekdahnya Tugu Negara dah tutup masa derang sampai. Haha. Lepas maghrib, terus ker DBKL yang dekat Unikl tuh sbb kitorang ingat kat situ. Tanya kat pak guard dia cakap dekat Panggung Bandaraya, Jln Raja. Yang kitorang ingat dekat Colliseum. Terus ker jalan TAR, tapi bila tgk macam lengang, tak mungkin lah kat situ. Rupanya panggung Bandaraya tuh dekat Dataran Merdeka. Huhuhu.
Masuk ajer panggung, FULL okehhh. Siap ader yang berdiri. Mungkin sbb FREE. Terus kitorang naik tingakat atas. Kat atas full jugak, tapi at least bleh duduk kat tepi-tepi. Ada disediakan kerusi tambahan untuk kitorang.
Awal pementasan, macam nk balik jer aku rasa. Sbb aku duduk dekat dengan bbrp buah family yang bawak anak kecil. Haiyohhh....very d tak seswai. Anak dia takleh dok diam. Tapi sebab free, takleh nk ckp banyak lah kan. Dah la teater bangsawan. Huhu. Nak bawak anak-anak, nanti bawak tgk teater muzikal Gamat yerk bulan 10 nanti kat Istana Budaya.
Citer 'Tun Mamat dan Mimpi Tuanku' ni kira macam citer dongeng/versi lain mengenai Hang Tuah, Sultan Mahmud dan Puteri Gunung Ledang. Kisahnya, Sultan Mahmud neh jenis nak sebat jer perempuan-perempuan yang cun kat Melaka sampai satu hari dia nak cilok tunangan Tun Mamat. Tun Mamat taknak derhaka sbb Hang Tuah dah pesan, kene hormat pada Sultan. So Tun Mamat buat helah cakap dia mimpi puteri yang lagi cantik duduk kat Gunung Ledang. So Sultan pun hantar la Hang Tuah dengan Tun Mamat g meminang PGL. Hang Tuah dalam kisah ni digambarkan seorang laksamana yang sudah tua. So on the way g meminang, Hang Tuah tak larat dah nak mendaki. Jadinya Hang Tuah bermalam kat bawah, Si Tun Mamat bermalam kat atas sikit. Malam tuh Tun Mamat dok risau cemana nk bgtau yang actually PGL tuh tak wujud. Dia telah bermimpi PGL dan nenek kebayan yang advise dia untuk tipu jer Hang Tuah dan Sultan. Next morning, Tun Mamat buat speku kat Hang Tuah katanya dia jumpa PGL malam tadi tapi PGL mintak hantaran yang bukan-bukan. So versi ini, permintaan hantaran PGL adalah suatu rekaan oleh Tun Mamat. Hang Tuah pun macam tak bleh blah bila dgr permintaan tak masuk akal tuh, jd Hang Tuah malu nk balik jumpa Sultan. So Hang Tuah mewakilkan Tun Mamat jer dan Hang Tuah pun hilanggggggggg. Begitulah ceritanya. Yang best tuh, part last Hang Tuah hilang tuh kan....ader line yang aku suka bila nenek kebayan ader cakap lebih kurang, 'Hang Tuah mengatakan takkan melayu hilang didunia, tapi dialah melayu yang hilang didunia' :D.
Teater ni diarahkan oleh Lokman Ghani. Pengarah yang sama mengarahkan teater Patung Kertas. Agak berpuas hati. Oleh kerana ini persembahan bangsawan, terdapat 6 babak dan 5 extra turn. Extra turn tuh macam selingan dan ia tak semestinya sesuatu yang berkaitan dengan pementasan. Itu la bezanya teater bangsawan dengan teater moden. Set menarik, kostum menarik dan persembahan juga dibawakan dalam bentuk komedi. Cuma persembahan ni tak gunakan mic, so few line yang dilontarkan pelakon tak dengar dengan jelas. Suara pelakon yang jelas of cos la Datuk Jalaludin Hassan. Ashraff Muslim pun...ader perkataan yang kadang-kadang tak dengar. Extra pertama, nyanyian lagu Sri Mesing kurang gemar. Extra turn kedua, lawak reality show zaman dulu, lawak sikit jer bg aku walaupun orang lain eterbahak-bahak. Extra turn ketiga tarian asmaradana, aku suka. Extra turn keempat, pesembahan tarian lagu Nona Singapura, aku suker jugak. Extra turn akhir, Datuk Jalal nyanyi lagu aper ntah, kira biasa sahaja.
Sekian, tammat.
Monday, August 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
sue... apa best nyer system parking kat mines tu...
tiap petak parking ader lampu....kalo kosong warna hijau...tuh jer la bestnyer :p
ko g la mines zam..mesti ko amazed bile tgk..pastu jgn lupa lepak tgk ikan keli gabak.
su mn gmbr ko borong panties?
nany - haahkan...ikan geli besau giler. Perlukah aku nk amik gbr panties dan bra smer?? choii :p
sue, kamu gi warehse sale skiva ek? aku terlepeh lew..
eh napew x gi padini nyer warehse sale? aku pegi tapi cam hampeh jek..sbb gi dh last day so last kopek nye barang..kasut vincci pon dh abeh..
salute la kat ko som... peminat sejati teater. aku tak pernah nengok teater. xtau la aku leh handle ke tak kalau pi tgk teater. =)
Sal - Yup, warehousen Skiva. Aku tak g PAdini tuh sbb rs tak berbaloi...lgpon jauh nun
Izan - Try layan sekali kak :p
Post a Comment