Wahhh...Kak izan rindukan saya laa. Hik hik. Baru berapa ari jer aku tak jenguk blogg aku. Dah nak rindu-rinduann :p.
Aku tak kemana-mana pun. Masih di sini. Cuma ada masalah sikit. Dugaan dari Tuhan. Yaaa...Dia masih sygkan aku.
Apa mslh aku? Mslh dengan kerja sehingga membuatkan aku sungguh tertekan. Tapi sbnrnyer, bukan juga psl kerja. Lebih kepada human factor yang menjejaskan kerja aku. Lebih kurang laaa. Hingga semalam aku nekad untuk buat keputusan yang mungkin menjejaskan masa depan aku. Seharian aku fikir dan aku rasa itu jalan terbaik. Aku cuma mahu lepaskan diri dari masalah ini. Aku nekad, walaupun ada antara korang, kawan-kawan aku bagi pandangan yang bertentangan ngan kehendak aku. Tapi aku nekad sbb keluarga aku menyokong aku. Lagipun, Rasulullah yang hadapi kesulitan dalam dakwah kat Makkah pun diperintahkan Allah untuk berhijrah. Jd aku rasa, mungkin Allah mahu aku berhijrah juga. Jd aku nekad.
Aku bukan nk apa2. Aku nk gembira, aku taknak sedih2. Aku taknak masam2 muka datang kerja. Aku tak suka buat mcm tuh, tp kadang-kadang mood aku dipengaruhi emosi aku. Maaf la kawan2 se-opis yang mana kdg2 aku termarah korang.
Aku tak rasa orang faham apa yang aku hadapi. Orang tak tahu, bila aku dapat berita buruk berkaitan kerja aku jer, mula la aku tak boleh tidur. Menangis tak payah ckp. Hingga pada satu ketika, aku stress hingga aku rasa tahap depression. Orang suruh aku sabar. Tapi aku rs dah sampai limit dah kesabaran aku. Aku dah tak nmpk ruang untuk aku keluar.
Jd pagi td aku jumpa kakak HR. Sbnrnyer nk tanyer psl prosedur untuk keputusan nekad tuh. Tapi kakak HR telah memujuk aku dan memberi cadangan untuk berbincang. So aku just try jer la. Bermusyarah kan bagus. Mmg la nmpk byk keadaan akan memihak aku. Tapi aku ni bilis jer dalam ini kompeni. Bilis nk lawan killer whale, harus la terselit celah gigi. Lgpun aku bukan bermulut manis. Aku tak reti nk ckp lebih2. Tapi ramai juga yg sokong aku ntuk bawak isu ni. Mslhnyer aku pulak yang rs tak best sbb aku tak suka nk burukkan orang lain walaupun orang tuh mmg buruk sbb ini tempat kiter cari mkn, carik rezeki.
Selepas bersemuka tadi, jd akhirnya aku bercuti sampai minggu depan. Bak kata kakak HR, ini pasang surut dugaan dalam kerjaya. Yaa, aku akui itu. Manusia yang seperti 'itu', kat mana2 pun ada. Tapi selagi dia tak kacau kita, takper la. Semacam virus.
Isu neh jd gossip hangat kat opis. Tak suka nyer bila org membincangkan psl diri kita. Rs mcm dah ada tanda kaler merah dalam record book aku...ker dh ada? :p
Kawan-kawan, terima kasih atas sokongan dan pandangan korang. Walaupun pandangan korang bertentangan dari apa yang aku mahukan, tp terima kasih.
*****
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya
Terima kasih missGee atas ayat diatas.....mengingatkan aku :D
Friday, March 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
erm..
=)
sentiasa senyum..
weh, apa masalah ko... tak tau lak aku ko ada prob.. caiyok2.. tabahkan hati.
bak kata cikgu aku, setiap manusia ada masalah. kalau tak de masalah bukan manusia la namanya...
sabar ya.. buat sembahyang istiharah... minta petunjuk dari allah... saya pun ada masalah besar.. tidak mendapat zuriat sehingga kini... tetapi saya tahu allah sedang merancang hidup saya..
sabar ya.. buat sembahyang istiharah... minta petunjuk dari allah... saya pun ada masalah besar.. tidak mendapat zuriat sehingga kini... tetapi saya tahu allah sedang merancang hidup saya..
moga baik baik belaka... :)
Sue..
Ko dah stat cuti ke??
Amik ruang utk bertenang..
Disebalik kesulitan pasti ade kesenangan..
Hati mau bersih..
Sabah mesti lebih..
Hidup Mesti Terus!!!
P/s : Tak print..tak baca lebih baik dari lupa..Sengal arr..hahahahaha
dh b'cuti kat kg la ni?
Som...
wpon aku tak tau aper masalah sebenar ko..mgkn gak aku tak paham keadaan ko skang..tp langkah drastik yg ko bgtu aku tu..mcm x selesaikan masalah..kiter dah keje ni sure byk komitmen..kete, nk bayar itu ini, nk bg family lg ...better ko amik mase bertenang skang ni..cuti,cuti & cuti..sambil tu cari peluang baru..sbb aku pasti mesti ko dah ilang mood nk gi opis...nk wat keje..takper..klu dah abis cuti ko tu..amik unpaid leave plak..then abiskan mc ko...tak payah pk soal keje klu itu memeningkan ko....aku doakan ko dpt yg terbaik lepas ni...
Post a Comment