Aku letih sangat ni. Setiap hari berkemas dengan sungguh gigih, kerana aku akan berpindah. Ya...bukan berpindah kerja atau projek lagi. Kali ini pindah ke rumah sewa baru.
Dah seminggu aku bekerja keras mengangkut barang-barang. Dari hari Isnin lagi, lepas balik kerja aku terus ke rumah sewa baru hantar barang. Lepas tuh balik rumah kemas lagi. Then the next day nak turun pergi kerja bawak sikit-sikit letak dalam bonet dan seterusnya balik kerja hantar lagi barang. Begitulah seterusnya rutin hidup aku dalam minggu ini selepas pulang dari kerja. Kesian jugak dengan Cik Wahida kerana terpaksa menyusahkan beliau menuggu aku tiap kali lepas balik kerja. Huhuhu.
Letih amat. Tapi apakan daya. Ini jer caranya. Kudrat seorang, kene la angkut banyak kali. Nak angkut sekali gus, aku yang tak larat. Dengan nak menunggu lif lagi, angkat barang lagi.....huii....sgt mencabar :p. Hari ni bawak banyak sikit barang. So semalam pukul 12 jenuh la aku mengangkut satu-satu kotak sbb pukul 12 lif tak ramai orang guna. Aku pun tak paham apesal banyak sangat barang aku. Rasanya by hari sabtu, aku dah kene habis mengangkut sbb Ahad ader program penilaian pulak. Time aku tgh sibuk2 nak pindah laa, nak buat penilaian. Mmg serabut gila la aku rasa.
Pulak tuh hari Sabtu neh ada Peklan Frinjan edisi June. Line up agak menarik, tapi apakan daya aku nk mengemas rumah dan bersedia untuk penilaian. Kecewa tak dapat tgk mamat ni. Beliau ada disana. Huhuhu. Lagipun takder member untuk aku melayan ini event. Mak abah aku datang kl pulak tuh minggu ni, jaga geng bas sekolah sbb kakak aku pergi KK. Tapi tak dapat pun nk pergi rumah kakak aku minggu ni. Sekali lagi sebab nak mengemas barang dan bilik. Haihhhh. Letih dan serabut laaaa!!!
Thursday, June 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
umah baru nantii buat baca doa selamat..
tu yang afdal..
takde pon, housewarming pon bule..
janji ada makan2..
=P
Riz - err...ini rumah gua tumpang member jer....sbb dia pon tgh cari org ...so kebetulan gua cari umah len...so masuk jer la umah dia...err...rsnyer tak perlu doa selamat bagai
rumah dah ada penunggu ler rupa nyer..
he he..
=P
kak sue tak cakap pun....klu tak leh tulung ....huhuhu
Post a Comment