Thursday, June 25, 2009

Mana Setangginya


Ahad lepas aku berpeluang menonton teater Mana Setangginya dengan Cikgu Eena. Aku tgk tuh, adalah persembahan hari terakhir. Saja nak test tgk karya sastera tinggi hasil Datuk Nordin Hassan. Lagipun sbb karya ni sepatutnya menjadi tayangan pembukaan Istana Budaya, tapi atas sbb yang tak pasti tidak dapat ditayangkan. So rasa macam ada sesuatuh jer kan. Tuh yang pergi tgk tuhh.

Penonton ...ermm...bleh la kot....ramai jugak...tapi masih ada tmpt ksong. Yang pasti ramai makcik-makcik dan pakcik-pakcik.....juga pada malam itu ada 3 buah sekolah buat rombongan menonton teater tuh.

Aku tak berapa nk puas hati dengan mc malam tuh. Dia asyiklah memuji ke'havoc'an orang di tingkat 2 which is VIP seat. Hello!! Orang lain pon beli tiket jugak okeh.....jgn sbb itu tmpt VIP ko nak up lebeh2 pulakkk. Kalau jemputan dijemput, bgtau la siapa yang ddk kat tmpt VIP tuh atau siapa tetamu kehormat. Ini tak...asik-asik orang tingkat 2....choi sungguh! Nak gak aku tahu siapa manusia tingkat 2 tuh. Huh.

Di pertengahan persembahan, aku tak tau la dari mana atau siapa mereka ini, tetiba jer dok seta belakang aku. Memula seat tuh kosong jer. Salah seorang dari seorang remaja perempuan yang sungguh menganggu tumpuan aku. Sbbnya dia dok gelak-gelak. Kadang benda yang tak sepatutnya gelak pun dia gelak. AKu jd macam.....adoii...tak bestnya. Rasa macam tgk wayang. Dan dia juga bukan setakat gelak. Dia gelak sungguh mengada-ngada. Choii. Mmg tak bleh blah. Aku ngan Eena dok bisik2 kutuk sbb terasa sungguh annoying cara dia gelak tuh. Ingatkan dtg ngan pakwe, sbb mengada lebih. Bila habis tayangan, aku pun paling nk tgk muka budak ni. Rupa-rupanya datang ngan family. Huh. Sabar jer laaa.

Ini adalah sebuah teater yang sungguh berat. Mula-mula mmg tak paham sehinggalah kemunculan Azizah Mahzan yang membawa watak sebagai Mira yang menceritakan satu-satu peristiwa yang menghubungkan satu watak dengan watak yang lain.

Aku tak pasti kenapa, kadang-kadang aku tak dengar butir dialog yang dilontarkan dengan jelas. So sgt spoil lah bg aku. Adakah aku dekat dengan orkestra?? Tak pasti. Tapi rasanya tidak, sbb kalo ikutkan masa menonton Sirah Junjungan, tmpt aku lagi dekat dengan orkestra. Oleh kerana ini karya berat, setiap butir bicara dalam dialog mahupun lirik semasa watak menyanyi adalah sgt penting bagi aku. Sbb dari butir bicara tuh la aku nak faham jalan ceritanya.

Set untuk teater ini tak banyak pun. Rasanya hanya 2 set, tetapi diubah-ubah. Tapi set agak menarik, tak nmpk murah dan buruk. Costume mmg menarik. Dan lagi best, teater ni menggunakan kesan khas, ader letup2 sana sini. Terkejut gak la sikit. Dan yang paling best adalah adanya pari-pari cinta terbang-terbang. Saat babak cinta Iriam dengan Juda bercinta sambil nyanyi2 tuh, sungguh terasa si awang-awangan.

Bab lakonan, Azizah Mahzan sudah tentu mantap. Sabrina Ali sbg Iriam dan Tony Eusoff sbg Juda, biasa-biasa shj.

Secara ringkas teater ini berlatarbelakangkan kaum yahudi. Tapi mesej dari karya ini adalah sesuatu yang relevan dengan situasi semasa. Terlalu banyak mesej yg disampaikan. Antaranya:-

- Bagaimana orang luar dipanggil untuk memimpin sebuah negeri yang kemudiannya membawa pengaruh buruk kepada masyarakat. Digambarkan oleh watak Uzza yang dibawa oleh Hawar untuk memimpin tanah barunya.
- Juga mengenai kaum tersebut yang ingkar arahan Tuhan kemudian mendapat malapetaka bila naga dtg menyerang pd babak akhir cerita ini.
- Permasalahan sosial digambarkan apabila Hawar, bapa kepada Juda adalah merupakan seorang gay.
- Tentang ketamakan manusia yang manhukan kuasa hingga sanggup untuk membuat fitnah. Digambarkan pada babak awal apabila Subat dan Silbi datang kepada Juda dan menuduh Iriam sebagap anak jin laut.
- Kisah Mira lakonan Azizah Mahzan juga membawa mesej yang menarik dimana beliau merupakan seorang yang kaya tapi akhirnya insaf dan bertaubat dengan Tuhan Krishna.

Tak banyak gbr aku ambil. Lagipun banyak goyang ajer. Maleh aku :p.

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com