Friday, June 5, 2009

Hari bintang jatuh

Hari Ahad.
Hari paling ditunggu.
Hari bintang jatuh.
Hari 3 bintang venus berpujangga


Ahad, aku sambung lagi berpoya. Kali ni giliran Kematz pulak mengigihkan diri pickup aku. Pukul 12 kitorang gerak ke CM. Sampai ajer terus menuju ke foodcourt, lapar giler sehh. Tgh makan, si Romi pun sampai dengan berbaju putih baru beli kat Jusco katanya . Sbb event ini temanya putih. So gigih la semua pun pakai putih :p.

Habis makan, terus ke gallery annexe sbb ikot tiket performance start pukul 1. Tapi sampai-sampai, tgh sound check dan cik ana kita sedang rehearsal. So lepak luar gallery sambil tgk pameran lukisan dari Saharil dan Munkao.

Tak silap aku pukul 1.30 performance start kot. Tak sure sgt sbb time tuh aku g solat dulu. Masuk-masuk jer Fynn Jamal dan mula berpuisi. Event ni ada 2 sesi. Dimulai dengan Fynn Jamal, Ana Raffali dan kemudian Wani Ardy. Kemudian ada juga guest performances dari Rina S dan bacaan puisi dari Shaira Amira dan Ashraff Ishak.

Tentang 3 venus. Fynn Jamal, apa lagi yang boleh dikatakan. Terbaekkk beb. Ana, serius sgt sweet. Wani pulak, sgt cool dan selamba.

Fynn Jamal


Ana Raffali
Wani Ardy

Hari bintang jatuh ni sungguh santai. Mmg syiok stim la layan dan setiap kali 3 bintang venus neh buat performance, sungguh mengasyikkan. Mata aku tak nak lari dari pandangan 3 bintang ini. Tapi tak tahulah, dari di Pekan Frinjan, sampailah di Hari Bintang Jatuh, tempat port baekkkk kitorang mesti diganggu oleh makhluk2 halus. Itu la yg buat spoil sikit. Aku malas nak emo lebih2 pasal ni, sbb kematz dah emo lebih2 dalam blog dia. Haha.

Last performance menggandingkan 3 bintang ini menyanyikan lagi 'Si Gadis'. Sgt suka...suka...suka! Lagu ni juga ada dalam cd yang diorg bagi masa masuk. Mmg berbaloi-baloi lahkan, bayar rm15, dapat cd lagu free :D . Habis event seperti biasa sesi tangkap-tangkap gambar. Semasa ini juga aku tertangkap gambar dengan mamat ni. Huahuahua.



Habis ajer terus me'makan'kan diri di oldtown dan terus pulang kerumah. Apa?? Sambung berpoya? Cukup-cukuplah dua hari aku tak lekat kat rumah :D.




Dalam kotak magis


1 comments:

Unknown said...

hye can I know kat mana ye tempat diorg buat ni?

 

Blog Template by YummyLolly.com