Friday, June 5, 2009

Terbaekkk

Ok. Sbb aku sgt suka dengan event Hari Bintang Jatuh. Disini aku kongsi beberapa persembahan 3 bintang venus yang aku suka. Nak full performance untuk sepanjang hari itu, sila ke blog Kematz.

Semboyan - Fynn Jamal feat Wani Ardy



Buka langkah jalan megah
Jangan gentar halilintar
Buka langkah jalan megah
Jangan takut awan ribut

Masih - Ana raffali


Ghost - Ana Raffali


Lagu ni dedicated special untuk kematz and da gang ok u'olls. Hik hik. Naseb baek aku gang dengan Kematz. Wahaha.

Teori Lucu - Wani Ardy
]

Si gadis - 3 venus


Ini lagu yang sungguh asyik masyuk. Terbaekkkkk. Serius best sbb mengisahkan tentang betapa payah nya menjadi perempuan. Kadang-kadang perempuan ni cuba untuk memuaskan hati orang lain tapi sebanyak mana kita cuba puaskan hati orang lain pun, kadang masih tak mencukupi. Kerana manusia ni banyak ragam. Jadi lagu ni menyuruh kita menjadi diri kita sendiri. Selagi apa yang kita lakukan adalah benar, mengapa harus kita mempedulikan cakap-cakap orang lain...kan??? Cewahhh...bebel plak

menjadi gadis itu memenatkan
menjadi gadis itu merimaskan
satu kerja berat yang amat-amat membeban
apatah lagi menjadi gadis yang dirinya sendirian

keterlaluan berani akan dikeji
keterlaluan menangis akan dimaki
perlu gagah dan tak reti tewas
perlu kuat dihenyak dicantas

si gadis menelefonku mlm itu
teresak mencerita jiwa luluh
dihiris bahasa tajam dari mulut
si gadis tiada daya menutup

lalu aku membalas
bukan tugasmu memuas
manusia berbeza minda
tak akan sama

si gadis terus meluahkan hampa hati
perlakuannya salah serba serbi
semakin keliru dengan mahu diri
si gadis soal bagaimana lagi

lalu aku berkata biar nalurimu beraja
mana wujud sempurna pada manusia

kita gadis mmg sering menyonsang rasa
mana cinta mana rasa mana Dia
dengar sini sabarkan dahulu
simpankan air jiwa kamu hanya si-Dia itu

lalu aku berkata biar nalurimu beraja
mana wujud sempurna pada manusia

perlu gagah usah goyah
perlu bangkit dan menjerit
ayuh gadis berhentilah kau menangis
tada da da....

Indahkan liriknya. Huhu...serius aku sangat suka...suka...suka!!


2 comments:

KeMatZ said...

wahhh rajin nye ko salin lirik...

tapi event tu memang terbaiiikkkkk

sukahati said...

aku kan si gadis yang gagah...hehe

 

Blog Template by YummyLolly.com