Wednesday, December 31, 2008

BB - Bengang Betol

Pagi neh aku bz. Bz dok mengira2 zakat. Esok dah nak masuk tahun baru baru terhegeh2 nk kira. Huhu. Biase la....bulan neh kan aku bz byk.

Pas abis kira2, aku berseronok plak menambah hutang. Ader orang offer card credit la pulek. So aku pon amik. Saje suka hobi menambah hutang :p.

Kemudian lepas tengahari bermula lah episod aku bengang ngan budak opis neh. Diorang ingat aku suke agaknyer diorang buat lawak aku ngan bos aku yg kerek tuh. Selama neh aku layan jer....bleh senyum2 dan layan balik. Tapi orang kata sabar ada hadnya. Aku dah tak bleh terima dah lawak2 dan gurauan korang psl bos aku. Sbb korang bukan rasa sakit hatinyer bekerja dengan dia. Aku neh yg nak mengadap dia hari2, nak bekerja dengan dia! Korang apa tahu?! Korang bleh la nk buat2 lawak, kunun lawak korang la best. Aku yg mendengar neh sakit hati tau tak. Ingat aku suka ker kerja ngan dia?? Korang tak dapat bpos mcm tuh, korang bleh la suka hati. Kalau korang tak bleh nk menenangkan dan menyenangkan hati aku untuk berdepan dengan bos mcm tuh. Lebih baik korang diam!!

Huh!!

Tuesday, December 30, 2008

Mak serikkss u'olss

Alhamdulillahhhhhhhh. Selamat dah aku turun dari pendakian Gunung Batu Putih pada 27th Dec yang lepas. Syukur!

****

Rabu; 10 mlm berkumpul dekat Burger King Gombak...sebelah MRR2. Kumpul jer pukul 10 mlm, tapi bertolak ker Tapah nyer pukul 1 pagi. Voley?! Haruslah mak sangap mengantuk masa tunggu tuh. Dah la siang hari tuh, pegi marathon ulang alik g bank. Pastuh dok siap2 kemas bag bagai lagi.

So sampai RNR Tapah, lepak kat situ sampai lepas Subuh. Then bertolak ker Kg Kuala Woh. Sampai Kg Kuala Woh, masak lunch pack n bahagi ration. Aku n Nani ngelat tak bawak aper2 ration pon :D. Kemudian bermula lah aktiviti trekking kami.

Ms smpi Kuala Woh. Time neh menten senyum lagi

Memula lagi kitorg dah tersilap jalan, kene patah balik. Then bila dah jumpa trek yang betul, ader point yg kene guna tali. Nasib baik ader team lain yang bawak tali dan pakcik tuh nmpk sungguh professional. Jd dia la yang buat route ngan tali supaya kami yang lemah ineh (aku jer yg lemah) bleh ikot lereng yang curam ituh guna tali.

Sungguh aku takder stamina. Trek mmg byk yang menaik ajer (yer la...dah namanyer pun mendaki kan?). Aku jalan bbrp step, lepas tuh mengah2. Jalan skit berehat lebih. Dengan beg berat giler lagi. Sampai point pertama, iaitu gua Azan dah malam. Masa dah maghrib tuh seb baik aku jumpa sekali ngan bbrp org budak laki. So kitorg gerak sama2 nak ker gua Azan sbb dah malam. Masa neh aku n Nani dah berpecah. Sampai Gua Azan kul 8.00 mlm.

Sampai gua, mandi2, mkn2 dan tidur2. Harusss semua keletihan ya amatzz. Next day, aku ngan Nani mulakan pendakian awal sbb kitorg tahu kitorg jln slow, nnti budak2 tuh potong kitorg jugakk :p. Sampai water point kene amik air la pulekkk. Sbb nnti kat puncak mana nak cekau air. Aku serius dah tak larat nk amik air. Muka jgn cakap laa. Muka letih tak bleh blahh. Turun nk amik air tuh plak takder trek. Aku mmg serius dah mls nak amik air, tapi Nani ckp , "Nnti ko jgn nyesal takder air kat atas" :D. Aku pun takut la jugak kan. So paksa la diri sendiri untuk turun amik air. Gler tak bleh blah, takder trek nk turun amik air, dah la curam giler. Pastuh nak naik balik tuh, botol air dah tak serupa botol air dahhh. Mcm botol harta karun jumpa dalam timbunan tanah. Muka, baju semua mmg comot tak hengat. Huhu. Kemudian teruskan perjalanan ke puncak. Alhamdulillah dapat sampai ker puncak pada pukul 7.00 mlm. Masih terang lagi laaaa. Kire ok laa kan?

Sape neh?? Comot nyerhhhhh

Malam tuh, aku join masak2 untuk dinner. Sambil nak ngelat sesi taaruf :p. Mmg enjoy la mlm tuh sbb join budak2 lain yang sgt kelakar. So terlupa kejap tekanan masa mendaki.

Kami! Cuba cari dimana saya? :D

Next day nk turun balik. Cadangan awal adelah untuk mengambil masa 2 hari untuk turun. Tapi kemudian tukar pulak untuk turun one-shot terus. Iaitu sehari jer. Aku start turun dalam pukul 10 kot. Masa turun neh mmg tak bleh blah. Sorang2 potong aku. Kaki aku dah nak kejang2 dah. Bawak beg berat, lutut aku plak tak mampu nk tanggung berat dan tekanan lebih2. So mmg jalan sorang2 dengan slowwwwwwwww giler. Belum termasuk jari kaki aku yang sakit lagi. Pertengahan perjalanan tuh kaki aku mmg tak bleh nak berjalan dah. Sakit ya amat. So aku decide bukak kasut dan pakai sandal ajer. Alhamdulillah bleh la jalan, tapi kemudian sakit tumit la pulak. Tapi bleh tahan lagi. Trek masa turun plak mmg mcm hampehhhhh. Sbb hujan, tanah mmg licin giler. Dah pukul 6, jumpa Nani dekat sungai, dia tunggu aku. Sian dia :p. Kemudian kitorg teruskan perjalanan bersama2. Nasib baik kitorg lepas trek dekat lereng masa masih cerah. Sbb kat lereng tuh sgt bahaya. Lepas dr lereng tuh, perjalanan kitorg dah nak mlm. So kitorg jalan beramai2. Masa neh mmg sgt tertekan sbb aku dah penat tak hengat, jalan2 tak sampai juagk. Pastuh pulak dah malam, dengan trek cam haremmmm lagi. Mmg masa neh aku paksa kaki aku jalan. Alhamdulillah, 9.30 lebeh kurang, kitorg selamat sampai. Sampai jer aku rasa lutut aku gigil2. Huhu.

Neh kasut ker aper neh??

Dah berehat2 kejap, mandi2 dan terus masuk kete berehat dan melelapkan mata. Mlm tuh jugak kitorg ker Cameron Highlands. Sampai Cameron pon sambung tido dalam kete. Next day bangun2 baru sedar kitorg berhenti kat Masjid sbnrnyer. So kat Masjid tuh cuci2 la aper yg patut dan kemas skit2 brg dan terus berdesup g breakfast. Aku ngan Nani dah tak ikut geng budak lain dah.

Pas brekfas pergi cari kedai jual sayur2 kat cameron. Tapi jem tak hengattt. kul 2 lebeh baru sampai Kea Farm. Cik Nani mmg memborong sayur sakann. Aku tak beli aper2 sgt pon. Then masuk kete sambung tido balik. Bangun2 dah kul 5.30 ptg. Terus gerak balik KL.

****

Pengalaman aku dan apa yang anda perlu tahu.

- Mlm dinner tuh, aku selaku orang dapur telah membantu aper yang patut dengan keadaan kuku tangan yang hitam2. Sanggup tak korang mkn agaknyer?? :D
- 4 hari aku tak memerut. Sampai rumah kl baru ader rase nk memerut.
- Kalau sesapa ajak naik gunung lagi, aku akan fikir 2-3-40 kali untuk berkata "jom!".
- Akhir waktu masa nk turun tuh, aku sgt tertekan. Serius, sangat2 rasa tertekan. Sampai rasa nak marah2 dan paksa jer kaki aku berjalan.
- Mendaki bukan hanya perlu kekuatan fizikal, tapi jugak mental. Mungkin kekuatan mental lebih penting dari kekuatan fizikal.
- Aku dapat rasa cemana berjalan atas jambatan buluh pada waktu malam :p.
- Aku dapat lebam dan calar balar yang tidak terkira serta 3 gigitan pacat.
- Kaki aku kecut giler masa naik point pertama.
- Kuku kaki aku dah melekang akibat aktiviti mendaki ini. Jadi sekarang kuku kaki aku sudah menjadi cacat.
- Next day selepas turun bukit, bangun tidur tgk kaki bengkak giler. Sampai kulit cekang dan berkilat. Scary beb tgk kaki sendiri. Rasa cam kaki nak meletup ajer.
- Dalam hutan, tak kesah pon nak ddk kat mana2. Dah tak peduli apa dahh, asalkan ko dapat ddk untuk berehat.
- Kenal kawan2 baru dan dpt juga merekrut budak2 yang suka masuk aktiviti larian. Siap bg no fon supaya aku leh bgtau event larian terkini pd diorang.
- Masa kat puncak, tgk langit penuh dengan bintang2......sgt cantek. Subhanallah.
- Masa aku berjalan sorang2, aku ader terpikir kalau aku jumpa abg rimau. Alhamdulillah takda :D.
- At one point, akibat letih sgt masa nk turun, aku dah memaki2 dalam hati. Astaghfirullahala'azim.
- Trek untuk xpdc mendaki ini sungguh mcm haremmmm. Keadaan hujan lebat memburukkan lagi keadaan.
- Tak pernah aku rasa aku dapat tidur dengan sungguh selesa dan lena dalam kete.
- Pada saat dan ketika ini, kaki aku masih sakit2 dan arini g opis pakai sandal ajer. Mmg selekeh giler.
- Silap aku ialah bawak beg terlalu berat dan memilih gunung batu putih untuk mendaki kali pertama :D. Ramai ckp ngan aku, mmg silap besar festaim naik gunung dah dapat gunung yg mencabar.
- Aku tertinggal towel ngan pouch bag kat Masjid Tanah Rata :p.

****

Untuk orang yang festaimer naik gunung, aku rasa prestasi aku kire ok kot. Tapi aku tak puas hati sgt. Ape2 pun alhamdulilah, semuanya dah selesai dengan selamatttttt.


Ini la gunung batu putih. Cam tak caya jer aku dah conquer :p.

Kepada yang belum cuba, cuba2 lah mendaki. Jgn serik selagi belum cuba. Sbb belum cuba, kiter belum tahu kemampuan kita. Aper yang penting?? KERJASAMA!!!

Tuesday, December 23, 2008

Mengantuk giler

Last saturday aku join UEM Media Boogie Hunt. Bangun awal giler okeh. Kul 4.30 dah bangun sbb janji kat opis dalam kul 5.30 camtuh. Kul 6 gerak ker PJ. Pukul 7.30 lebeh kurang, kereta pon dilepaskan. Start dr PJ ke USJ Taipan untuk cari jawapan kepada 10 soalan. Setel jwp semua, berdesup pegi CyberJaya berpandukan kpd tulip. Sampai, hantar jwpn dan kemudian dpt bonus Q. Soalan bonus Q mengenai padankan pelakon dengan tajuk2 filem dan harus lah aku tak tahu jwpnnyer. Sbb semua filem lama2....ikut tema hunt neh. Filem zaman aku belum lahir dan aku...bukan seorang yg minat sgt tgk filem pun. So team mate aku call la sana sini nk dpt jawapan. Siap Q bonus, dapat 10 lagi soalan dan berdesup plak ker Bangi untuk cari jwpn. Kat sini banyak gak amik masa. Setel kat bangi, hantar jwpn kat tmn aper ntah...tak ingat. Kat situ dapat lagi 10 soalan dengan 1 lagi soalan bonus. Bonus Q kali ni adalah untuk padankan description tarian dengan nama tarian. So sambil2 dalam perjalanan ker Wangsamaju, kitorg jawap la bonus Q tuh. Dah la masa suntuk, jem la pulekk kat MRR2. Sampai wangsamaju, cari2 jwpn then terus submit jwpn dan treasure. Ader antara jwpn tuh kitorg hentam ajer sbb dah tak ckp masa. Lupa plak nk btau, ader 2 treasure yg perlu dihantar. Satu adelah biskut Munchys Music yang kitorg dapat beli, yg kedua ialah air nescafe energo. Aku tak penah tgk nescafe tuh, tp kitorg mmg tau 2nd treasure adelah air sbb clue dia ader guarana. So kitorg ingat air tongkat ali yg ada guarana. Aku pulak, bila ingat guarana terus teringat iklan air Zed Zaidi tuh :p. So terlepas la 20 point. Lepas hantar soalan ader 2 mission pulak. Sorang kene menari ikut ps3 dance mat dan lagi tiga orang kene padankan videoclip tarian yg ditayangkan dengan jawpan yg sepadan. Setel semua, tamat la acara dan bergerak la ke KL Convention Centre untuk acara makan2 dan hadiah dan keputusannya sudah tentulah team aku tak menang :p. Aku sbb first time masuk kann.....tp yg otai2 pon dapat nombor agak bawah. Tapi dapat hadiah gak laa drpd team kitorg kannn. Lucky draw pon aku tadapat. Huhu.



***

Ahad plak join Malakoff Run kat Taman Rimba Kiara nun. Aku n Nany sampai lambat sbb tak tau jln. Pastuh ssh la pulak nk cari parking kat situ. Kitorg sampai, kategori 12km dah lepas pon. Aper lagi, kelam kabut la kitorg - sampai Nany punyer topi ngan towel jatuh ntah kemana tak perasan. Haha. Nasib baik ramai lagi kategori 6km yang baru sampai jugak. So masuk2 terus masuk start point. Then tiba2 jer start. Route larian neh berbukit2 okeh. Dan aku mmg rasa sgt penat. Tak tau la sbb dah lama tak lari ker atau sbb route yg byk bukit. Tp serius rasa mcm nak patah balik jer. Bayangkan eh, kitorg baru berlepas, dah ader orang Kenya(tak tau la dr negara mana, tapi korang paham2 la kalu aku ckp org kenya neh :p) dah patah balik untuk buat 2nd round bg kategori 12km - dan siap potong kitorg lagi untuk habiskan 12km. Tak tau la derang mkn ape masa kecik2 sampai bleh lari laju camtuh :p.

Tapi tuh la, dalam penat2 tuh habis jugak aku lari 6km. Penat tak hengatttt. Balik rumah mmg tido overdose sampai sakit2 kepala. Haha. Gbr nnti aku cilok dr Chanbai. Tahun depan baru dapat agaknyer sbb Chanbai cuti setahun.

p/s : Masa lari nak patah balik untuk habiskan 6km tuh, aku nampak Nazril Idrus si suami Sazzy. Hensem siot :D. Tapi aku tak paham knp orang tak kenal dia. Aku ckp kat Nany n Zam. Bleh tak diorg ckp, sape tuh? Huh??


***

Esok aku bertolak ker Tapah untuk hiking Gng Btu Putih. Adehh...seremnyer. First time neh beb. Takut takder stamina jer. Dah la arini mula period. Adess. Tapi kalau orang lain boleh, knp aku tak boleh kan??? Neh pas keje nk berdesup g JJ beli barang2. Selamber ajer tak kemas2 barang lagi.

***

Aaaa..ada good news :D. One of my best friend gonna be a momma soon. Kawan saya yang saya cerita disini. I'm happy for her and kinda excited too. Hehe. Rasa cam seronot laa. Walaupun masih awal tapi tak salah rasanya untuk doakan kesihatan baby dan diri kawan saya sihat yer kawan2. Aminnn.

Tuesday, December 16, 2008

Gadis hitam legam


@Lumut Jetty

Alhamdulillah. Selamat dah aku dan rakan2 jiwangers bercuti2 di Pangkor. Dr KL pukul 8.30. Sampai Lumut dalam pukul 1 lebih kot. Kat Lumut p mkn2 dulu, n tunggu bbrp lagi rakan2 untuk naik feri sesama. Nak tunggu naik feri tuh punyer la lama. Pastuh feri kene lepaskan untuk budak2 pertahanan awam dulu plak tuh. Mmg hampehh.

Sampai Pangkor, naik van kaler pink terus g chalet kat Teluk Nipah. Check-in smer bagai, then terus bertukar menjadi ikan duyung. Hehe. Terus la layan main2 air di gigi pantai. Ecewahh :p.


Mlm plak layan seafood kat gerai2 tepi jalan area Teluk Nipah tuh. Tapi dalam dok nak mkn2 tuh, window2 shopping dulu kat kedai2 cenderahati. Pastuh baru g mkn. Kitorg order siakap bakar, udang sweet sour ngan sayur campour jer. Harga kire ok laa. Dan rasa pun sgt sedap, terutaman udang dia. Pehhh...sedap gilerr. Ms shopping mopping tgk kedai cenderahati sblom mkn tuh, aku beli la benda sikit, pastuh smpi bilik baru perasan brg tuh dah takde. Ntah mana aku terlepas pegang benda alah tuh. Mmg tak teringat lansung. Sampai bilik baru perasan. Aku mmg ader masalah memegang barang2. Sbb dengan tidak sengaja aku bleh terlepas pegang barang tanpa sedar. Huhu.
Our dinner



Next day. Pagi2 lagi bangun pas subuh, terus g jogging. Jogging pun aku rasa dalam 2km jer. Pusing2 depan Teluk Nipah tuh jer. Pas jogging2, jln la tepi pantai sambil layan jiwang atas batu. Wahaha. Then terus sarap dan bertukar lagi untuk xtvt seterusnya iaitu snorkeling. Snorkel tak hengat la aku n nani, smpi legam2 dah muka.

Tunggu bot nk snorkeling

Pas snorkel2, balik bilik mandi bagai...aku n nani terus tido. Nmpk sangat dah letih. Bdak2 lain g mkn dulu. Pas bangun tido baru la kitorg g mkn. Pas makan kitorg plan ntuk merempit di sekitar pulau. Sewa la skuter. So merempit guna skuter laaa. Tak mencabar langsung. Hehe. Tapi mmg tanak sewa motor biasa sbb aku failed sikit bab2 gear neh. Dah la bukit2 kat pangkor neh. So merempit la kitorg sekitar pulau. Aku bawak moto, yang Nani kat belakang dok snappy2 gbr. Besau gak Pangkor neh. Penghujung jalan kitorg jumpa la Kota Belanda. Kat sini terjumpa lak burung enggang. So tak payah la pegi Sarawak untuk tgk burung enggang. Pangkor pun ada. Bg org yg cam aku yg tak minat sejarah, tmpt neh tak menariks pon ;p.

Hornbills


Peringatan: Adik2, jangan ikot akak yg tak suka sejarah eh. Tanamkan minat pd subjek sejarah.

Time kat Kota Belanda neh la motor takleh start plak. Hampeh. Suh pakcik2 kat situ tolong pun tak leh. Start manual pun takleh. Alih2, call la penyelamat kami, Encik Karl. Haha. Sia dtg jer, terus start, bleh plak. Bengong. Pastuh jalan lagi depan ader la batu bersurat. Tapi tak berhenti pun, sbb cam tak menariks jer :p. Pastuh jalan2 lagi sampai la kat simpang masuk Teluk Sedagas. Tempat yang Nani nak pergi sgt2 ;p. leh sbb kitorg jumpa simpang nk masuk tuh pun dah dekat 6.00 ptg, kitorg plannning untuk pergi esok pagi. So Pastuh patah balik, terus jalan2 lagi terus Jambatan Gantung. Sgt scary okeh jalan nk masuk tuh. Takder org pun. So tak naik pun tgk jambatan gantung tuh. Terus balik dan meneruskan perjalanan ker Teluk Dalam. Layan2 amik gbr, pastuh terus rempit smpi jumpa Teluk Dalam Resort. Lawa la resort neh dan kitorg mintak permission pak guard situ nk masuk amik gbr. Hehe. Pastuh terus balik, dah kul 7 lebih pun masa tuh.

Mlm, ader rancangan untuk bbq. Tapi hujan turun ya amat lebat. So kitorg berselubung jer dalam selimut tido. Tapi dah tgh mlm tuh bleh terjaga la plak sbb bunyi katak giler kuat tak hengat. Kuat giler arr. Serius tensi aku dgr bunyi katak2. Last2 aku ngan Nani dgr bunyi katak sambil kire ader baper ekor katak mlm tuh. Akhirnya ketiduran jugak kami. Hehe.

Pastuh dalam kul 5 lebih cam tuh Erni kejutkan kitorg untuk mkn bbq. Rupenyer bbq start dalam kul 4 camtuh tapi dgr citer kul 5 baru api leh hidup. Bayangkan, bbq pagi buta. Dengan diiringi karaoke oleh katak2 di tepian air2 banjir. Hehe. Tapi aper pun...sedap giler bbq pagi tuh. Sis Jen nyer resipi kot. Terima kasih yerk sis :D.



Abih bbq jer, ari pun dah siang. So aku n Nani meneruskan xtvt kami untuk jungle trekking ker Teluk Sedagas. Jadi merempit lagi sekali kami ke Teluk Gedung dan parking moto kat rumah orang kampung situ. So jalan masuk ke dalam hutan tuh, kitorg main redah jer. Ader la nmpk track orang sebelum neh jalan, so berpandukan jalan tuh jer la. At one point, kadang2 kompius gak ikot jalan mana. Tapi alhamdulillah tak sesat. Ambil masa 15 minit kitorg meredah hutan ntuk sampai Teluk Sedagas tu. Sampai jer Teluk Sedagas, hanya ade satu family jer kat situ dan kumpulan Pertahanan Awam yang datang sama kitorg masa kat Jeti Lumut tuh. Tapi derang blah hujung Teluk. Tak menganggu kitorg. Family tuh pun aku rasa dia dtg guna bot, sbb pagi tuh ader bot dtg hantar bekalan mknn kat diorg. Mmg betul la Teluk neh tak diexplore lagi. Landai jer. Bak kata Nani, rasa cam main2 air di swimming pool private. Kul 9.30 kitorg blah dari situ dan meneruskan xtvt kami dengan berkayak. Layan gak la berkayak neh sbb kitorg leh smpi tempat snorkeling smlm. Dan baru ku tahu sbnrnyer bila dah berkayak tuh, sbnryer di tgh laut tuh ader kawasan yang cetek smpi ko leh berjalan jer, tak payah berkayak. Silap tak amik gbr jer sbb ms berkayak kitorg mmg tak bawak kamera. Tapi aku bajet orang2 yang kat tepi pantai kalo perasan mesti ingat, magik ker ader orang leh jalan tgh laut? Hehe.

Abis xtvt berkayak, kitorg pun balik bilik untuk bersiap2 check out. Kul 12 check out dan masa tunggu feri tuh lagi sekali kene lepaskan Pertahanan Awam dulu. Aku mmg hangin laa. Masa pergi dah bg chance, neh balik pun kene bagi derang dulu feri. Aku dah nak rs muntah2 dah berhimpit beratus smbil berdiri. Sejam lebih gak la menunggu feri. Mmg hangin. Rasa cam nak berkayak jer dr Pangkor ker Lumut. Ecewahh ;p. Sampai Lumut, solat, mkn dan terus naik bas. Sampai KL pukul 8. Sungguh letihss. letihs aku nak mendobi baju.

Jadi hasil dari percutian ini, aku mendapat kulit yang lebih legam. Sampai orang perasan la muka aku terbakau. Adess. Tapi takper, janji kiter suka aper yang kita buat. Untuk keterangan lanjut, lawati blog nani :D dan gbr2 syok sendiri smer kat frenster n facebook. Sekian.

Monday, December 15, 2008

Lagu tiga kupang

Citer g Pangkor, akan update kemudian. Letihs lagi.

***
Aku suka giler ngan idola kecil. Neh aku tgh bukak youtube sambil cari video2 untuk episod sabtu lepas. Yerla, dah aku kat Pangkor, tadapat tgk. Ader tv pun, satu channel ajer.

Disini saya ingin mengistiharkan diri saya, bahawa saya peminat Wada. Suara best giler budak neh. Aku bajet, masa aku kecik2 pun suara aku cam dia. Hahahah. Tapi dulu takder program2 mcm ni, so bakat aku dipendam ajer. Skang neh dah berkarat pun. Haha. Tapi mmg kebanyakan budak2 dalam Idola Kecil ni, mmg aku suke la. Bukan berbakat dalam nyanyian jer. Tgk jd backup singer ngan menari pun boleh tahan. Mmg boleh jd penghibur. Neh tgh nk dok cari mp3 plak. Sapa ada??

Thursday, December 11, 2008

Tiada update

Tatau la nak update apa.Tapi takder update pon nak buat entry jugak. Apekes?? :p Nak buat update ucapan Hari Raya Aidiladha pun, raya dah lepas. Dah lebih dr hari tasyrik dah ni.

***

Esok aku nk bercuti2. Tadi dah siap kerja dan dah bagi pd bos pun untuk testing, walaupun aku tak puas hati sgt dengan kerja aku. Tapi bos yang suruh buat mcm tuh, so aku buat ajer la. Aku pun dah mls nak buat research2 bagai. Sbb hati dah nak bercuti jer.

***

Sekarang ni musim hujan jer petang2. Bbrp perkara aku nk buat asyik terbantut jer sbb keadaan musim hujan sekarang ni.

***

Semalam ada phone interview. Huh! Aku jawab macam hampeh. Confirm failed! Pagi semalam siap terkantoi lagi dengan bos. Dia nampak aku tgh bukak resume, siap tanya lagi. Huhu. Tapi aku buat bodoh jer la dan terus tuka topik tunjuk kerja yang dah siap.

***

Sejak aku tukar theme neh, icon2 smiley aku semua dah hilang. dan aku pun tak ada banyak masa untuk install balik icon smiley dalam theme baru ni. Akan update kemudian.

***

Tak sangka aku pun ada pembaca hantu :p. Walaupun tak ramai, mungkin 1 ke 2 orang sahaja, tapi aku nk cakap juga... terima kasih ya! Ya...kamu :D. Kamu tahu siapa kamu ;D.

Thursday, December 4, 2008

Busy berfoya

Minggu neh minggu yang busy bg aku. Dari hari isnin sampai rabu arituh, sampai opis jer terus buat keje. Takde masa nak surf2, baca blog bagai. Tgk blog sendiri pon tak sempat u'olls. Tgk sekali imbas ajer. Bukan itu jer, ader member ym pun aku tak layan. Gigih kan akak bekerja? :p. Sbnrnyer kerja tuh bos aku bg minggu lepas ari selasa. Dia bg masa seminggu. Tapi dah seminggu aku tak dapat2 buat gak. Aku neh biase la...bile dah over dr expectation time tuh mula la gelabah. Dah la dpt bos tak bleh blah. Asik nk monitor jer aku buat aper. Sungguh tensi. Tapi nasib baik la jugak, minggu nih dia tak masuk opis. Selamat la akak. Dapat la aku buat keje ngan aman tanpa ganguan dan tanpa rasa bersalah sbb belum siapkan keje. Benda dah lama aku tak tgk. Dah 2 tahun aku tak buat, mana nk ingat. Banyak buang masa buat research. Pastu kat opis plak takde sape buat guna benda yg aku guna skang. Terkontang kanting la aku google sana sini selama 3 ari berturut2. Balik rumah pun sambung buat keje. Mmg sgt tekun la. Neh dah siap kerja ptg rabu arituh. Baru la nak lega sikit.

Tapi Rabu tuh plak tetiba aku menjadi bidan terjun la plak bantu karl untuk cari chalet nk bercuti kat Pangkor ngan jiwangers. Sbb plan sebelumnyer tak jd sbb orang tak cukup. Jenuh la plak google sana sini cari info psl chalet. Pas tuh call plak chalet sana sini.Tgk mana yg ader lagi bilik kosong. Biasalah, cuti sekolah kan. Byk chalet yang dah penuh. Pastu call ejen2 cuti. Yang mana bg pakej menariks. Sampai habis la kredit aku dok calling2 :p. Tengahari tadi baru setel. itupun karl ngan aku tawakal jer ngan tmpt kitorg booked tuh. Sbb ader keanehan sikit dengan cara booking dia :p.


Bulan nih jugak bulan yg sibuk bg aku gak. Minggu neh nak balik kg; Raya Haji la katakan. Ptg isnin bali sini balik. Tapi aku cuti sampai ari selasa. Ari selasa nak pergi OU. Nak tebus point insyaAllah sambil shopping mopping skit. Pastuh Jumaat nya plak aku g pangkor 3 hari 2 mlm. Minggu seterusnya, Sabtu, aku masuk Media Treasure Hunt. Ahad esoknya plak, aku masuk Malakoff Run. Then sambung hari khamis bersamaan dengan Krismas, aku ikot nany and arc team g daki gunung batu putih. Pehhh...first time neh beb. Mampus la aku kalo panchett. Harap2 tak. Kene start training balik mulai minggu neh. Dah lama tak training neh. Mau pancit smpi kempis.

Busy yang dicari sebenarnyer neh. Orang lain busy byk jemputan kenduri kawen time cuti2 sekolah neh. Tapi aku satu kenduri kawen pun takder bulan nih. Nampak sangat ramai kawan2 aku yang dah kahwin. Haihhhh.

Wednesday, December 3, 2008

Izan tak kasi aku hidup senang

Aku di tag. Lagi ;p. Oleh Mrs Mirko aka Izan. Tak pernah nak bg aku hidup senang sikit. Baru nk releks2 dr kerja yang baru jer siap :D. Dah la kene tulis2. Aku dah lama tak tulis2 neh. Eh...tp baru jer tadi tulis isi borang kwsp :p

1. Your name/username

Aku tatau la naper gbr neh jd camnih.

2. Right handed or left handed


3. Favourite letter to write

Soklan nak letter, tp aku jwb word ;p. Tgk org yg tag aku pun jwb word ...so aku ikut ajer ler. Perkataan ngantuk aku selalu tulis time aku mengantuk atas kertas yg selalunyer ader dok bawah keyborad atau laptop. Kertas contengan aku :D. Nmpk sgt aku selalu mengantuk

4. Least favourite letter to write


5. Write 'The quick brown fox jumps over the lazy dog'

Tahukah kamu bhw ayat diatas mempunyai kesemua huruf?? Percayalah because its not Ripley's believe it or not :D. Aku pun baru tahu masa test system :p.

6. Tag 6 people


 

Blog Template by YummyLolly.com