Tuesday, December 30, 2008

Mak serikkss u'olss

Alhamdulillahhhhhhhh. Selamat dah aku turun dari pendakian Gunung Batu Putih pada 27th Dec yang lepas. Syukur!

****

Rabu; 10 mlm berkumpul dekat Burger King Gombak...sebelah MRR2. Kumpul jer pukul 10 mlm, tapi bertolak ker Tapah nyer pukul 1 pagi. Voley?! Haruslah mak sangap mengantuk masa tunggu tuh. Dah la siang hari tuh, pegi marathon ulang alik g bank. Pastuh dok siap2 kemas bag bagai lagi.

So sampai RNR Tapah, lepak kat situ sampai lepas Subuh. Then bertolak ker Kg Kuala Woh. Sampai Kg Kuala Woh, masak lunch pack n bahagi ration. Aku n Nani ngelat tak bawak aper2 ration pon :D. Kemudian bermula lah aktiviti trekking kami.

Ms smpi Kuala Woh. Time neh menten senyum lagi

Memula lagi kitorg dah tersilap jalan, kene patah balik. Then bila dah jumpa trek yang betul, ader point yg kene guna tali. Nasib baik ader team lain yang bawak tali dan pakcik tuh nmpk sungguh professional. Jd dia la yang buat route ngan tali supaya kami yang lemah ineh (aku jer yg lemah) bleh ikot lereng yang curam ituh guna tali.

Sungguh aku takder stamina. Trek mmg byk yang menaik ajer (yer la...dah namanyer pun mendaki kan?). Aku jalan bbrp step, lepas tuh mengah2. Jalan skit berehat lebih. Dengan beg berat giler lagi. Sampai point pertama, iaitu gua Azan dah malam. Masa dah maghrib tuh seb baik aku jumpa sekali ngan bbrp org budak laki. So kitorg gerak sama2 nak ker gua Azan sbb dah malam. Masa neh aku n Nani dah berpecah. Sampai Gua Azan kul 8.00 mlm.

Sampai gua, mandi2, mkn2 dan tidur2. Harusss semua keletihan ya amatzz. Next day, aku ngan Nani mulakan pendakian awal sbb kitorg tahu kitorg jln slow, nnti budak2 tuh potong kitorg jugakk :p. Sampai water point kene amik air la pulekkk. Sbb nnti kat puncak mana nak cekau air. Aku serius dah tak larat nk amik air. Muka jgn cakap laa. Muka letih tak bleh blahh. Turun nk amik air tuh plak takder trek. Aku mmg serius dah mls nak amik air, tapi Nani ckp , "Nnti ko jgn nyesal takder air kat atas" :D. Aku pun takut la jugak kan. So paksa la diri sendiri untuk turun amik air. Gler tak bleh blah, takder trek nk turun amik air, dah la curam giler. Pastuh nak naik balik tuh, botol air dah tak serupa botol air dahhh. Mcm botol harta karun jumpa dalam timbunan tanah. Muka, baju semua mmg comot tak hengat. Huhu. Kemudian teruskan perjalanan ke puncak. Alhamdulillah dapat sampai ker puncak pada pukul 7.00 mlm. Masih terang lagi laaaa. Kire ok laa kan?

Sape neh?? Comot nyerhhhhh

Malam tuh, aku join masak2 untuk dinner. Sambil nak ngelat sesi taaruf :p. Mmg enjoy la mlm tuh sbb join budak2 lain yang sgt kelakar. So terlupa kejap tekanan masa mendaki.

Kami! Cuba cari dimana saya? :D

Next day nk turun balik. Cadangan awal adelah untuk mengambil masa 2 hari untuk turun. Tapi kemudian tukar pulak untuk turun one-shot terus. Iaitu sehari jer. Aku start turun dalam pukul 10 kot. Masa turun neh mmg tak bleh blah. Sorang2 potong aku. Kaki aku dah nak kejang2 dah. Bawak beg berat, lutut aku plak tak mampu nk tanggung berat dan tekanan lebih2. So mmg jalan sorang2 dengan slowwwwwwwww giler. Belum termasuk jari kaki aku yang sakit lagi. Pertengahan perjalanan tuh kaki aku mmg tak bleh nak berjalan dah. Sakit ya amat. So aku decide bukak kasut dan pakai sandal ajer. Alhamdulillah bleh la jalan, tapi kemudian sakit tumit la pulak. Tapi bleh tahan lagi. Trek masa turun plak mmg mcm hampehhhhh. Sbb hujan, tanah mmg licin giler. Dah pukul 6, jumpa Nani dekat sungai, dia tunggu aku. Sian dia :p. Kemudian kitorg teruskan perjalanan bersama2. Nasib baik kitorg lepas trek dekat lereng masa masih cerah. Sbb kat lereng tuh sgt bahaya. Lepas dr lereng tuh, perjalanan kitorg dah nak mlm. So kitorg jalan beramai2. Masa neh mmg sgt tertekan sbb aku dah penat tak hengat, jalan2 tak sampai juagk. Pastuh pulak dah malam, dengan trek cam haremmmm lagi. Mmg masa neh aku paksa kaki aku jalan. Alhamdulillah, 9.30 lebeh kurang, kitorg selamat sampai. Sampai jer aku rasa lutut aku gigil2. Huhu.

Neh kasut ker aper neh??

Dah berehat2 kejap, mandi2 dan terus masuk kete berehat dan melelapkan mata. Mlm tuh jugak kitorg ker Cameron Highlands. Sampai Cameron pon sambung tido dalam kete. Next day bangun2 baru sedar kitorg berhenti kat Masjid sbnrnyer. So kat Masjid tuh cuci2 la aper yg patut dan kemas skit2 brg dan terus berdesup g breakfast. Aku ngan Nani dah tak ikut geng budak lain dah.

Pas brekfas pergi cari kedai jual sayur2 kat cameron. Tapi jem tak hengattt. kul 2 lebeh baru sampai Kea Farm. Cik Nani mmg memborong sayur sakann. Aku tak beli aper2 sgt pon. Then masuk kete sambung tido balik. Bangun2 dah kul 5.30 ptg. Terus gerak balik KL.

****

Pengalaman aku dan apa yang anda perlu tahu.

- Mlm dinner tuh, aku selaku orang dapur telah membantu aper yang patut dengan keadaan kuku tangan yang hitam2. Sanggup tak korang mkn agaknyer?? :D
- 4 hari aku tak memerut. Sampai rumah kl baru ader rase nk memerut.
- Kalau sesapa ajak naik gunung lagi, aku akan fikir 2-3-40 kali untuk berkata "jom!".
- Akhir waktu masa nk turun tuh, aku sgt tertekan. Serius, sangat2 rasa tertekan. Sampai rasa nak marah2 dan paksa jer kaki aku berjalan.
- Mendaki bukan hanya perlu kekuatan fizikal, tapi jugak mental. Mungkin kekuatan mental lebih penting dari kekuatan fizikal.
- Aku dapat rasa cemana berjalan atas jambatan buluh pada waktu malam :p.
- Aku dapat lebam dan calar balar yang tidak terkira serta 3 gigitan pacat.
- Kaki aku kecut giler masa naik point pertama.
- Kuku kaki aku dah melekang akibat aktiviti mendaki ini. Jadi sekarang kuku kaki aku sudah menjadi cacat.
- Next day selepas turun bukit, bangun tidur tgk kaki bengkak giler. Sampai kulit cekang dan berkilat. Scary beb tgk kaki sendiri. Rasa cam kaki nak meletup ajer.
- Dalam hutan, tak kesah pon nak ddk kat mana2. Dah tak peduli apa dahh, asalkan ko dapat ddk untuk berehat.
- Kenal kawan2 baru dan dpt juga merekrut budak2 yang suka masuk aktiviti larian. Siap bg no fon supaya aku leh bgtau event larian terkini pd diorang.
- Masa kat puncak, tgk langit penuh dengan bintang2......sgt cantek. Subhanallah.
- Masa aku berjalan sorang2, aku ader terpikir kalau aku jumpa abg rimau. Alhamdulillah takda :D.
- At one point, akibat letih sgt masa nk turun, aku dah memaki2 dalam hati. Astaghfirullahala'azim.
- Trek untuk xpdc mendaki ini sungguh mcm haremmmm. Keadaan hujan lebat memburukkan lagi keadaan.
- Tak pernah aku rasa aku dapat tidur dengan sungguh selesa dan lena dalam kete.
- Pada saat dan ketika ini, kaki aku masih sakit2 dan arini g opis pakai sandal ajer. Mmg selekeh giler.
- Silap aku ialah bawak beg terlalu berat dan memilih gunung batu putih untuk mendaki kali pertama :D. Ramai ckp ngan aku, mmg silap besar festaim naik gunung dah dapat gunung yg mencabar.
- Aku tertinggal towel ngan pouch bag kat Masjid Tanah Rata :p.

****

Untuk orang yang festaimer naik gunung, aku rasa prestasi aku kire ok kot. Tapi aku tak puas hati sgt. Ape2 pun alhamdulilah, semuanya dah selesai dengan selamatttttt.


Ini la gunung batu putih. Cam tak caya jer aku dah conquer :p.

Kepada yang belum cuba, cuba2 lah mendaki. Jgn serik selagi belum cuba. Sbb belum cuba, kiter belum tahu kemampuan kita. Aper yang penting?? KERJASAMA!!!

10 comments:

nhanania said...

Gunung Batu Putih laa bkn baru putih..
gelak2 aku bc entry ko..

HaZiFah said...

alhamdulillah
selamat p & selamat blk
dh serik-kah? hehehhe
igt kan pas ni ko nk wat trip ke kinabalu lak :P

sukahati said...

Nani - ala....typo error la...mls nk edit

Pza - Mmg nk wat trip pon...ker KK la tapi :D

Zaidi Al-Kashafi said...

Oho, patutlah aku jumpa tapak kaki manusia masa turun dari gunung batu putih hari tu.

Aku lagi cuak bila trekking sorang-sorang pada hari ke-2 sebelum sampai ke Gua Azan tu.

Izan said...

ganas la minah ni... sume gunung ko da daki ke? giler aktif kawan aku sorang ni...

sukahati said...

Zaidi kashaf - hehe...mmg ader 2 3 tapak yg aku jln tak pakai kasut n sandal

izan - neh sebijik gunung jer aku naik....pasneh aku kene 40 kali sblom naik lagi :p

Zaidi Al-Kashafi said...

Sue, janganlah serik nak panjat gunung lagi. Lepas ni kita panjat gunung-gunung lain pula yang boleh buat weekend trip seperti gunung Bunga Buah kat genting Highland, Gunung Liang Timur-Barat, Gunung bah Gading,Gunung Nuang, Gunung Ledang, dll.

sukahati said...

Zaidi kashaf - Hmm...naik gunung yg kejap2 lg scary...sbb takut tak dapt naik ikot time..maklumlah,...gue selalu pancit...jln pon seloww ajer :p

Unknown said...

"Mendaki bukan hanya perlu kekuatan fizikal, tapi jugak mental. Mungkin kekuatan mental lebih penting dari kekuatan fizikal."

sangat setuju..
aku dah banyak kali panjat gunung..
terus terang kata,
aku tak penah ada stamina yang cukup..

semua nyer menipu diri aje untuk sampai ke puncak..

ha ha ha..
tipah tertipah..

sukahati said...

riz - tau takper....jln dalam keterpaksaan jer

 

Blog Template by YummyLolly.com