Smlm aku tgk Halaqah. Tajuk 'selsema babi'. Salah satu info yang aku dapat dr Halaqah semalam ialah, korang tau tak selsema babi neh pernah terjadi pada tahun 1918 dengan jumlah kematian yang begitu besar?? Haa...itulah yang Ustaz Danial Zainal Abidin ckp semalam. Pastuh akak pun gigih la google tadik. Ternyata benar yer noks. Kliks sinih. Pastuh ustaz neh ckp lagi bahawa babi neh adalah makhluk yang boleh menerima segala macam virus dan seterusnya menghasilkan virus baru yang lebih bahaya. Haa...kalau dah dasar babi tuh, babi jugak lah kan. Yer laa...kalau tak, takkan la semua jenis benda pun si babi neh boleh telan kann?! Kagum jugak la aku dengan babi neh. Powerful sungguh. Kalau alien ader antibodi yang kuat untuk menghalang dari jangkitan oleh virus-virus yang dicipta oleh babi, aku yakin, pasti alien akan menggunakan babi sebagai senjata menghapuskan tamadun manusia di muka bumi kan?
***
Pagi tadi aku mendengar rintihan kawan aku yang tensi dengan kerja dan kompeni dia kerja sekarang. So dia nak resign. Aku telah memberi galakan kepada beliau. Pastuh masa dia cerita tuh, aku pulak terlebih emo. Aku tak suka orang berlagak. Se-pencacai mana pun jawatan kita dalam sebuah kompeni, kita tetap aset dan kita ada tanggungjwb dan tak perlulah sampai nak menghina. Dan kalau kau adalah bos, kau pun perlu ada etika untuk bercakap dengan staff Huhu. Jd kenapa aku memberi galakan kepada beliau?? Sbb aku pernah melalui perasaan macam tuh jugak dulu. Mmg la kita amik risiko dengan keadaan sekarang dimana wang merupakan elemen penting juga dalam kehidupan. Tapi bagi aku yang lebih penting, adalah menjaga perasaan sendiri, menjaga hati sendiri. Bukankah Allah suruh kita menjaga seketul daging yang namanya hati. Jgn dibiarkan hati ini ditumbuhi tompok2 hitam. Sabda Rasulullah..
"...Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya.Dan apabila ia rosak, rosaklah badan sekaliannya. Ketahuilah! Itulah hati...."
Korang tau tak, bila perasaan korang tak happy, dtg kerja pun rasa mcm2. Rasa tak ikhlas sbb kadang2 hati tuh menyumpah2 dan memaki. Yaa...kerana iman kita tak sekuat mana dats y kita fikirkan begitu. Kemudian sehingga perasaan dan rasa menderita itu sampai maximum, kadang-kadang kita berputus asa, kita tewas. Dan kemudian keadaan ini akan menyebabkan iman kita yang sikit tuh semakin menipis. Sebab itulah aku memberi galakan kepada member aku tu untuk beliau teruskan niatnya itu. Mungkin ini dugaan Allah dan dalam keadaan ini, bagaimana kita nak menjaga hati dan iman kita dari menjadi semakin rapuh. Jd mungkin salah satu cara adalah untuk keluar dari permasalahan itu iaitu dalam konteks ini, berhenti kerja. Dan kemudian berusaha, berdoa dan bertawakallah kepada-Nya supaya dipermudahkan jalan untuk kehidupan seterusnya di dunia dan juga di akhirat. Sesungguhnya, Allah masih sayangkan kita, kerana itulah juga Dia memberi kita ujian ini.
***
Kuku ibujari kaki aku dah tumbuh separuh. Sekarang ni dah nak masuk bulan 6. Aku pergi daki gunung dulu bulan 12 dan kuku baru tumbuh separuh. Jadi disini aku dapat satu teori bahawa, kuku ibujari kaki mengambil masa lebih kurang setahun untuk tumbuh sepenuhnya. Ok...mungkin ada sedikit ralat lah. Mungkin kalau makan mknn yang membentuk keratin lebih, akan lebih cepat kot. Tapi untuk mendapat keputusan yang tepat bagi setiap individu, cabut lah kuku kaki korang masing-masing dan tunggu dia tumbuh. Jgn lupa, catat pada kalendar bila anda cabut.
**
Tetiba hari ni entry aku mcm tazkirah dan sedikit disulami ilmu saintifik pulekk. Takperlaa...sempena hari Jumaat :D.
Friday, May 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
weh
macam tazkirah
penuh informasi
dan jugak emosi :p
Aja - hehe...hari ni jumaat...kiter insaf skit. Minggu depan syaiton la balik :p
kihkihkih sekali panjang da....
kuku ibu jari kaki aku pn penah gak t'cabut.Time tu mggu orientasi kat kolej.So hg byng'n la cmner aku pki sport shoes then kena lak lari2 wat activity ntahapa2ntah itu.Herm..x igt la berapa lama dia nk tumbuh penuh...tp rs2 xde la smpi setaun..herm ntah la x igt ni dh taun berapa?2009 peristiwa tu 2002.RAM otak aku x simpan lak peristiwa itu :P
sekian aje tazkirah jumaat kita dari ustazah sue..
nasib baik pompuan tak leh naik mimbar..
kalu tak, sue bule baca khutbah..
=)
eyswanie - hehe..aku dah post...baru perasan pjg berjela :p
Pza- cuba ko cabut lagi sekali kuku ko tuh...tgk berapa lama dia tumbuh balik :D
Riz - tu la tu...naseb baek perempuan ...tulennnnn
tulen..?
err, err..
=P
ko gile pe nak cabut kuku kaki?..
Post a Comment